Bab 42

4.5K 134 3
                                    

Arina mendapat panggilan dari Bonda Mir yang ingin datang melawatnya di rumah baru. Semenjak Arina berpindah keluar dari rumah ayah dan ibunya, Bonda Mir juga mengikut anaknya untuk tinggal bersama katanya.

"Bonda nak datang dengan Zarul ni. Syafiq izinkan ke?" Tanya Bonda di dalam perbualan telefon mereka.

"In Shaa Allah, Syafiq izinkan. Rina pun dah minta izin dia tadi bonda sebelum dia keluar meeting."

"Baiklah, kalau macam tu. Malam ni bonda datang ye."

"Okay, bonda. Jangan isi perut dulu tahu? Rina akan masak!" katanya lagi teruja. Dia lebih kepada tanda tanya sebenarnya, Zamir ada adik lelaki ke? Setahunya, Zamir tidak pernah menceritakan perihal adik lelaki bernama Zarul. Zamir hanya ada Kak Long Zaharah! Tapi, siapa Zarul?

"Hmm.. baiklah! Bonda tak sabar dah ni." Mereka pun memutuskan talian telefon.

Arina memikir-mikir apa yang harus dia masak malam ni.

"Hmm.. aku masak asam pedas ikan parilah! Favourite bonda! Winkkk!" ucapnya setelah mendapat idea. "Great! Semua bahan pun ada. Bagus! Bagus!"

Arina pun memulakan aksinya di dapur. Dia menyediakan semua bahan serta menyiang ikan pari tersebut. Syafiq pulang lalu, memeluk Arina secara diam-diam yang mengejutkan Arina sehingga darah ikan pari yang melekat pada tangan Arina di lumurkan ke muka Syafiq. Tu tindakan refleks k bukan sengaja.

"Haa.. tulah! Siapa suh sergah-sergah lagi. Kan dah kena!" Bebel Arina sambil tergelak melihat reaksi muka geli suaminya itu.

"Eii. Hanyirnya.." dia cuba menggeselkan pipinya ke baju yang Arina pakai tersebut. Arina menyedarinya lalu, menepis manja.

"Awak, kotorlah. Dah, pergi mandi sana. Busuk lah awak ni. Lepastu, turun semula tahu? Tolong saya sediakan masakan ni." Syafiq pun menurut sahaja. Dia menaiki tangga menuju ke biliknya. Sesudah siap mandi dan memakai baju, dia turun semula untuk membantu isterinya di dapur.

"Nak masak apa ni?" Tanya Syafiq.

"Saya nak masak asam pedas ikan pari. Awak makan kan?"

"Mestilah makan sayang, yang saya tak makan ikan keli. Macam awak! Uhu.." Syafiq tersengih manja. Teringat kisah mereka dulu di Program Kepimpinan, Syafiq menghulurkan telur dadar kepada Arina kerana mereka sama-sama tak makan ikan keli.

"Hehe.. awak tolong kupaskan bawang tu, boleh?" Pinta Arina sambil tersengih. Dia malu sebenarnya.

"Boleh." Syafiq mengambil pisau dan mengupas bawang tersebut. Mengalir-ngalir air matanya kerana kepedihan. Dah macam orang menangis!

"Awak okay tak?"

"Okay tapi, bawang ni pedih sangat.." teresak-esak dia 'menangis'.

"Hahaha.. kalau tak okay, takpelah. Awak berhenti lah dulu. Tu amiklah air, saya dah buatkan tadi." Masa bila Arina buat air tu pon Syafiq tak tahu. Dia berhenti lalu, meminum air oren Sunquick yang dibuat oleh isterinya itu. 'Hmm.. sedap!'

Mereka pun menyambung aktiviti memasak itu bersama. Hinggalah sampai waktu Maghrib, selesai mereka siap memasak, mereka menunaikan solat bersama-sama. Syafiq mengimamkan Arina!

'Ninno! Ninno!' (Bunyi loceng kononnya.)

"Haa.. Bonda dah sampai kot." Arina mendahului Syafiq. Syafiq hanya membuntuti isterinya yang teruja itu membuka pintu.

"Assalamualaikum, Rina!" Riuh suara bonda setelah pintu dibuka. Arina dan bonda berpelukan melepaskan rindu.

"Waa..alaikumusalam.." terketar suara Arina saat terlihat siapa di sebelah bonda. 'Mir?' Mata Arina tidak mengerdip kerana merenung 'Mir' di sebelah bondanya.

"Ehemm.." Syafiq berdehemm.. Arina kembali ke dunia yang nyata. Dia baru teringat, ada suaminya di situ. Kalau tidak, hendak sahaja dia pengsan kerana terkejut. "Jemputlah masuk, bonda. Erkk.. siapa ni ya?" Syafiq ramah bertanya.

"Zarul. Anak bonda." Zarul menghulurkan tangan dan di sambut oleh Syafiq mesra. Tapi, Syafiq merasakan seperti ada aura 'insecure' pada Zarul pabila melihatkan reaksi isterinya sebentar tadi.

"Ha.. jemputlah Zarul, bonda masuk ke rumah kami. Maaflah, rumah tak besar mana pun." Syafiq bersuara lagi. Arina di sebelahnya sudah terdiam hanya tersenyum kelat.

Mereka pun makan bersama sambil berborak kosong. Arina pula hanya menjawab pabila namanya di sebut. Syafiq sudah merasa cemburu kerana dari tadi, Arina merenung Zarul. Zarul pula membuat muka selamba. 'Ada apa sebenarnya ni?'

Sesudah makan, Arina ke dapur membasuh pinggan dan bonda membantunya.

"Bonda tahu apa yang Rina fikirkan dari tadi semenjak nampak Zarul kan?" Bonda memulakan topik.

"Kenapa bonda?" Arina masih ingin menyembunyikan perasaan tanda tanyanya.

"Zarul Arffan, adik kandung Mir. Anak bonda. Dia ikut ayahnya ke US lepas bonda dan ayah Mir berpisah dulu. Sebab tu korang tak pernah berjumpa, Mir pulak tak suka nak bercerita pasal hal ni. Dia sedih sangat sebab kami berpisah, masa tu diorang masih kecil lagi, Mir, Zarul dan kak long Zaharah semua masih perlukan kami tapi, kami dah takda jodoh kan. Nak buat macam mana. Kami berpisah pun dengan cara baik, sebab tu bonda izinkan ayah Mir bawak Zarul pergi. Bonda pun tak sangka, wajah mereka sama, masa kecil tak nampak sangat sama wajahnya. Tapi, bila dah besar ni nampak seiras sangat. Terubat rindu bonda pada Mir bila tengok Zarul tu." Cerita bonda panjang.

"Tapi, kenapa wajah mereka iras sangat bonda? Sebiji. Macam copy and paste!" Arina terkejut. Ya, dia terkejut jumpa manusia yang begitu serupa dengan bekas tunangnya itu dulu. Hal ini membuatkan hatinya berbolak-balik. Lebih tepat lagi, dia teringat Zamir Affandi!

"Sebetulnya mereka kembar tahun. Mir lahir di awal tahun dan Zarul lahir pada hujung tahun. Entahlah, bonda pun taktahu Rina."

"Hmm.." Arina kehilangan kata-kata. Dia senyap dan duduk di meja kecil di dapur itu. Cuba menenangkan diri dan bonda pun turut sama duduk.

"Bonda tahu, Rina mesti akan teringat kat Mir kalau tengok Zarul. Sebab tu bonda tak bagi Zarul datang masa majlis Rina dulu." Dia tersenyum sambil menggenggam tangan Arina. "Kalau Rina tak suka, lepasni bonda takkan bawak Zarul dah bila berjumpa dengan Rina."

Suasana kembali hening. Arina hanya tersenyum pendek. Sungguh dia hilang mood. Tragedi hitam, kembali berlayar di matanya. Dia meraup wajahnya, cuba menenangkan diri lagi.

Di ruang tamu pula...

"Zarul, kau kenal ke isteri aku?" Teragak-agak Syafiq bertanya. Sesungguhnya dia tertanya-tanya kenapa wajah isterinya berubah saat melihat Zarul. 'Mereka pernah kenal kah?'

"Tak. Cuma aku tahu, dia pernah nyaris jadi kakak ipar aku." Balas Zarul.

"Ohh, jadi kau adik arwah Zamir?"

"Yepp! Bonda cakap muka aku dengan arwah sebijik sejebon sama. Mungkin pasal tu kot Rina terkejut tengok aku."

'Tak dinafikan kalau betullah muka mereka sama, Zamir mesti good-looking macam Zarul ni. Ha! Masa kes berlanggar kat kedai buku dulu tu. Patutlah macam kenal je bila nengok muka mamat ni. Rupanya muka dia sama dengan mamat yang dulu tu.' Syafiq bermonolog dalaman.

"Haa.. borak apa tu?" Sergah bonda yang datang dari dapur. Arina datang membawa sepiring potongan kuih kek batik dan air teh 'o' panas.

"Jemputlah minum.." Arina tersenyum lalu, duduk di sebelah Syafiq yang sudah menepuk-nepuk sofa disebelahnya.

"Hmm.. manis airnya, semanis orang yang membuatnya." Puji Zarul. Arina pula sudah tertunduk malu. Tak sanggup bertentang mata, dia masih dalam mood dilema.

"Haipp! Zarul, isteri orang tu. Syafiq, minta maaf ya? Zarul ni muka tak malu sikit, dia suka mengusik." Bonda menjeling ke arah Zarul yang membuat muka selamba itu.

Syafiq hanya tersenyum kelat. Dia jealous memerhatikan tindak-tanduk Zarul yang seperti ingin menggoda isterinya itu.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now