Bab 6

6.5K 190 0
                                    

"Kenapa muram ja ni?" Tanya Kak Rin kepada adik perempuannya itu setelah mereka mengambil tempat duduk.  "Tunggu Mir ke?" Duganya pula.

"Eh, mana ada kak!" Bidas Rina pantas. 'Memang betul pun tapi, Mir lagi pentingkan kerja berbanding dirinya ini. Hmm.. nasiblah badan dapat pakwe pegawai polis.' Bisik hati Rina. Dia bangun apabila namanya di panggil oleh seorang pelayan.

Tiba-tiba...

Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to my precious one!
Happy birthday to you!

Kedengaran suara yang amat dikenalinya itu datang dari arah belakang. 'Mimpi kot..' Rina cuba menepuk pipinya tapi, apabila di sedarkan oleh kakaknya itu dia segera menoleh kebelakangnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat, Mir tegak berdiri tidak jauh darinya sedang memetik gitar. Mir segak memakai kemeja bewarna merah beserta tai dan seluar hitam. Sungguh tampan sekali! Arina Shahira sudah menekup mulutnya, tergamam melihat situasi yang memeranjatkannya ini. 'Apa ni? Mimpi lagi ke?' Segera dia mencubit lembut pula pipinya. 'Auchh! Sakitlah!'.

Zamir Affandi menuju ke arahnya dengan penuh segak. Dia meletakkan gitar tadi di sebelah kerusi di situ. Lalu, Mir merubah haluannya menujuk ke arah kedua ibu dan ayah Rina. Dia menghulurkan tangan ingin menyalami ayah Rina. Di sambut dengan penuh kemesraan oleh ayah Rina iaitu Dato' Ridhwan. Mir menuturkan sesuatu di hadapan keluarga Rina. Rina pula masih tidak dapat manafsir perbuatan Mir itu. Dia hanya memerhatikannya sahaja tanpa berkelip mata tanda kaget.

"Ayah, ibu. Izinkan saya melamar Arina Shahira binti Ridhwan sebagai suri di hati saya?" Rina hanya dapat menangkap ayat itu sahaja yg dipertuturkan oleh Mir itu. 'Aku masih bermimpikah ini?'

Sesudah mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu dan ayah Rina, Mir mendekati dan melutut di hadapan Rina pula. Lalu, dikeluarkan sebentuk cincin bertakhtakan berlian putih.

Semua yang ada disitu sudah menyegih melihat adegan romantis itu. Semuanya kelihatan terharu dengan perbuatan Mir yg sangat berani bagi mereka semua itu.

"Sudikah awak, Arina Shahira binti Ridhwan menerima saya, Zamir Affandi bin Alias sebagai imam awak?" Ucapnya sambil menyuakan cincin di hadapan Rina.

"Aw..wakk!" Arina Shahira hilang kata-kata. Air mata kegembiraan jatuh dipipi gebunya. Tanpa berfikir panjang, dia mengangguk laju. Hubungan cinta yang telah lama terjalin kini ingin disatukan dengan ikatan yang sah. 'Alhamdulillah..'

Cincin itu di sarungkan oleh ibu Mir yang sedia ada di situ yang sekian lama menyorok bersama kakak sulung Mir iaitu, kak long Zaharah. Suasana amat gembira dan terharu melihat adegan itu. Giliran Rina pula bersalaman dengan bakal mak mertuanya itu. Air mata terharu Rina diseka oleh bakal mak mertuanya itu, iaitu Puan Sri Zaleha yang dipanggil bonda.

"Dahh, jangan nangis. Buruk nanti rupa bakal menantu bonda ni."

"Hmm.. terima kasih bonda."

Mereka semua menikmati hidangan istimewa dari cafe YI Cuisine itu. Mereka juga sempat merakamkan gambar kenangan buat hari bersejarah dalam hidup Rina itu.

"Sayangg, jom ambil gambar berdua!" bisik Mir di telinga Rina. "Erul, ambilkan gambar abang dengan Kak Rina kamu ni." dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Erul.

Gambar itulah yang menjadi kenangan terindah buat dirinya. Rina telah mencuci dan dijadikannya sebagai penanda buku. Baginya lebih mudah untuk di bawa dan dia jugak telah membuat banyak salinan supaya sentiasa mengenang kenangan terindah di dalam hidupnya itu.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now