Bab 11

5.6K 150 0
                                    

Tepat jam 11 .30 pagi Rina dan Datin Saleha sampai di rumah. Mereka mengemas semua barang yang telah di beli oleh mereka.

Harini tugas memasak di ambil alih oleh Rina. Lama tak pekena Asam Pedas special yang di buat olehnya.

"Okay, semua. Jemput makan.. Rina dah lama tak masak so, kalau tak sedap jangan marah okay?" Sengih Rina.

"Perghhh.. baunya mantepp dik!" Ariff sudah membuat tanda good di jarinya. Ariff pun membacakan doa makan sebelum mereka menjamu selera.

"Alhamdulillah, kenyangnya. Sedap mak oii asam pedas ni." Ayah memuji masakan Rina. Usai menjamu selera, mereka duduk berehat sambil menonton televisyen. Rina meminta diri untuk masuk ke biliknya, ada kerja yang perlu di bereskan iaitu menanda buku latihan anak-anak muridnya. Begitulah kehidupan hujung minggu mereka. Manghabiskan masa lapang bersama keluarga. Kadang-kadang mereka berkebun di belakang rumah, kadang-kadang mereka keluar beriadah bersama-sama. Sungguh bahagia sekali.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now