Bab 3

7.4K 240 0
                                    

"Assalamualaikum, cikgu!" tegur seorang budak perempuan lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

Rina menyambutnya serta menjawab salam dengan senyuman yg manis. "Lama tak nampak cikgu, cikgu sihat?" Tanyanya lagi.

"Alhamdulillah, cikgu sihat." balas Rina. Itu adalah Aqilah, pelajar darjah 3 tapi, tu adalah pada dua tahun lepas. Mesti sekarang dia sudah di darjah 5.  'Masya Allah, banyak jugak yg berubah dua tahun ni.' getus hati Rina. Selepas itu, dia terus menuju ke bilik guru. Pihak sekolah sudah sedia maklum, yang dia akan masuk mengajar semula. Pagi itu sekolah tidak mengadakan perhimpunan di sebabkan hari itu adalah hari biasa.

Sesampainya Rina di bilik guru, dia di sambut mesra oleh semua guru-guru. Ada jugak yang tidak lekang memberikan kata-kata semangat kepadanya. Almaklumlah, dua tahun terpaksa bercuti tanpa gaji di sebabkan apa yg berlaku ke atas dirinya dua tahun lepas.

"Tempat Rina, tu ha kat tempat lama. Kami tak ubah apa-apa lagi. Esok Rina akan dapat jadual kelas mengajar okay?" Ujar Cikgu Athirah, cikgu Bahasa Inggeris yang juga kawan baiknya di sekolah itu.

"Terima kasih, Tir." Rina menguntumkan senyuman kepada sahabat baiknya itu. Lama dia tidak berjumpa dengan sahabat baiknya itu.

"No problem la sayangg.." sambil mengenyitkan matanya. "Ok, awak duduk la kay prepare apa yg patut. Saya ada kelas ni pukul 8 pagi. Byeee!"

Rina hanya membalas dengan lambaian tangan. Ambil masa la jugak dia nak bemesra seperti dahulu. Kini, Rina lebih banyak tersenyum berbanding bercakap.

Bayangan silam sesekali cuba merantai perasaanya. 'Tidakkk! Janjiku pada Mir, akan ku tunaikan. Aku harus bahagia! Ya, bahagia!'

Rina memejam rapat matanya. Setitis air matanya mengalir namun, cepat di sekanya. Takut ada yg melihat. Dia cuba menyibukkan diri dengan mengemas barang-barang di atas mejanya. Tiada satu habuk pun, pasti tiap-tiap hari Mak Mun kemas. 'Terima kasih, Mak Mun.,'

Dalam selitan buku, terdapat sesuatu yang mengganggunya. Dia buka dan melihat ada sekeping gambar. Air matanya menitis lagi. Kali ini, lebih laju.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now