Aku merasa pening, sakit yang mencucuk-cucuk di kepalaku. Mataku dibuka perlahan. Masih samar. Aku seperti baru terjaga dari mimpi yang panjang. Keadaan di sekelilingku juga sungguh asing sekali. Aku lihat ke segenap ruang di dalam bilik sederhana kecil itu.
"Aku kat mana ni?" Aku mengumam keseorangan. Di bilik itu cuma ada aku seorang.
Tiba-tiba..
Pintu bilik itu dikuak perlahan. Tubuhku masih terbaring kaku di atas katil pesakit, di hampiri oleh seseorang. Tidak sampai setengah minit, masuk pula orang kedua.Ibu? Ayah?
Aku cuba bangun tapi, mereka menolak perlahan tubuhku supaya berbaring semula.
"Kenapa ni bu? Ayah?" Suaraku tidak terkeluar. Hanya gerak bibir yang dapat mereka lihat.
Tanpa menjawab pertanyaanku, mereka berdua memelukku erat seperti sudah lama tidak bertemu.
Bukankah aku berada di samping mereka semalam?
Aku masih tidak faham apa yang berlaku. Semakin ku cuba mengingati, semakin kepalaku berdenyut-denyut sakit.
"Arghhhh..!!" Jeritku apabila sudah tidak tertahan menanggung sakit.
Ayah terus berlalu keluar dan datang semula dengan seorang doktor perempuan. Ibu setia di sampingku sambil menggemgam tapak tanganku.
"Saya kenapa ni, doktor? Ibu, Rina sakit apa?" Kesemuanya hanya diam tidak menjawab pertanyaanku. Ibu sudah memeluk ayah pula sambil berlinang air mata melihat keadaanku.
Doktor perempuan itu terus cuba melakukan tugasnya. Pabila tubuhku bertindak negatif, dia mencucuk tanganku dengan jarum memasukkan cecair yang tidak aku ketahui apa.
Perlahan-lahan, aku merasa lemah. Mataku mula tertutup rapat. Bermimpi yang indah lagi.
---
"Tahniah, encik Syafiq dan puan Rina, anak lelaki!" Ucap doktor perempuan itu sambil mempamerkan wajah gembira.
"Terima kasih doktor!" Balas Syafiq sambil meraup mukanya dan mengucapkan syukur kepada Allah.
"Ayang, mana anak kita?"
"Ni, sayang. Tengok Khursyid Khair kita. Comel kan? Sayang, terima kasih!" Syafiq mencium lama di ubun isterinya. Anaknya itu diletakkan disebelah isterinya agar dapat dilihat dengan lebih dekat.
"Comelnya putera kita, ayang." Balas Arina sambil menangis bahagia. "Ayang, terima kasih sebab sentiasa dengan saya, menyayangi saya, menjaga saya."
"Shuhh! Aipp, tak mau pikir macam tu okay, my cutie wifey paupau. I love you, sayang. Terima kasih sebab buktikan cinta sayang jugak." Syafiq tersenyum bahagia sambil menunjuk ke arah anak mereka.
"Terima kasih ayang, maaf juga atas kesilapan saya pada ayang. Maaf, segala kurang yang datang dari diri saya." Semakin lirih suara Arina. Air matanya mengalir.
"Dah, sayang. Tak mau sedih-sedih. Haa.. kan Khursyid dah menangis. Ibu, cepat berikan susu." Syafiq mengelap air mata Arina dan segera memberikan arahan untuk memberikan anak mereka susu kerana menangis.
Nyaring suara kecilnya memenuhi segenap ruang di bilik itu. Arina tersenyum dalam menangis kerana bahagia dapat dikecapinya. Terima kasih Allah.
---
Aku terjaga dari mimpi, tersenyum bahagia melihat ruang bilikku dipenuhi wajah-wajah tersayang. Ada ibu, ayah, kak Rin. Aku mencari wajahnya. Mana dia?
Ibu masih setia duduk di sebelah katilku. Dia juga tersenyum melihat senyuman manja yang aku hadiahkan.
"Ibu, kenapa menangis? Rina bukan nak pergi berperang pun, Rina ada kat sini." Ucapku sambil mengusap air mata ibu yang mengalir laju. "Heii, kenapa semua ni? Janganlah menangis, buruk tahu?!" Arina sempat berjenaka walaupun hatinya ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.
"Ibu, mana dia?" Tanyaku setelah suasana reda.
"Ada kat bawah dengan abang Ariff, Erul pun ada, ibu suruh diaorang makan sekejap. Dari tadi, kami tunggu Rina sedar."
"Rina rehatlah dulu. Nanti kalau rasa dah okay sikit, cuba gerak-gerakan tubuh kamu tu, bagi dia berfungsi semula." Ayah pula bersuara. "Ibu dan Kak Rin akan tolong kamu nanti." Ayah berlalu keluar.
Aku mengangguk lemah sambil cuba mengangkat tanganku. Tapi, aku merasa tak kuat, sakit sangat terasa di seluruh sendi-sendiku. Aku melihat di pergelangan tanganku, kenapa makin kurus?
"Lapar tak, Rina nak makan?" Tanya Kak Rin pula.
"Kita bagi Rina buburlah, lagipun dia baru terjaga. Karang perut dia terkejut pula makan benda berat-berat."
"A'ah. Tadi pun, Dr. Fiza ada pesan." Sahut Kak Rin menyokong bicara ibu. Aku hanya menjadi pemerhati, diam tanpa bicara melihat situasi yang tidak ku fahami.
Ibu menyuapkan bubur ke bibirku. Aku membuka mulut perlahan. Tidak sampai 5 suap aku minta ibu berhenti. Terasa sakit diperutku.
Tiba-tiba, aku teringat sesuatu."Ibu, anak Rina mana?"
"Anak?!" Tanya ibu dan Kak Rin balik. Jelas riak di wajah mereka terkejut.
"Ya, anak Rina dengan Syafiq. Mana Syafiq, ibu?" Serentak dengan itu, pintu bilik itu dikuak seseorang. Dan masuk 5 orang lelaki, semua wajah itu ditelitiku lama. Ada ayah, abang Ariff, Erul..sampai di satu wajah, aku berhenti.
"Ayang, mana anak kita?" Tanyaku kepadanya, lelaki itu pula terkejut. "Syafiqq.." panggilku pula manja.
"Aa-nak?" Tergagap dia bertanya. Zarul disebelahnya pula hanya merenungku tajam. Aku cuma terseny biasa memandang Zarul.
"Haishh, apa Rina cakap ni? Rina belum kahwinlah macam mana nak ada anak?" Aku terpana mendengar ibu bersuara.
*****
Haa.. jeng! jeng! jeng!
Stay tuned okay?! Wink!Okay, jangan lupa sudi-sudilah jengah cerita saya yang lain, Putus Terpaksa dan Love You, Dierr!
Dann..
Jangan lupa vote and comment kay?
Terima kasih. ^_^💝💝💝
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...