Bab 19

5.1K 171 5
                                    

"Harini kita Explore Race! So, guyss! Let's do it the best!" kata-kata semangat Rina. Semua ahli kumpulannya bersorak semangat.

"Okay, kumpulan The Brave Red jomm kita explore!" Kata ketua mereka pula, Shaza dan selepas itu mereka pun memulakan explore race mereka dengan bantuan peta lokasi yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Fasilitator tidak dibenarkan turut serta. Hal ini kerana untuk memberikan pengajaran kepada murid-murid supaya lebih berdikari tanpa bantuan orang dewasa. Mereka perlu saling bekerjasama untuk menjadikan urusan mereka lebih mudah.

Rina duduk di bawah pokok berseorangan. Sudah tiga hari mereka di situ. Namun, dia tidak ada masa untuk menghubungi keluarganya. Jadi, dia ambil keputusan untuk menelefon ibunya sebentar. Selepas melepaskan rindu menelefon ibunya, dia pun kembali berehat dan melihat kawasan di sekitar berikut.

"Dah lepas rindu?" Tanya suatu suara.

"Haa?" Rina terkejut lalu menoleh ke arah suara itu. "Ohh.. hmmm, Alhamdulillah." Dia membelek-belek pokok yang ada di sekitar itu.

"Baguslah. Tinggal dengan family lagi?" Tanya Syafiq ingin tahu.

"Aah. Kenapa?" Rina masih buat endah tak endah.

"Jadi anak, family awaklah yang jaga?"

"Saya belum kahwin, macam mana nak ada anak?" Rina membuat muka pelik dan menoleh sekilas. 'Dah kenapa mamat ni?'

"Hahaa.. betul cakap cikgu saya dulu. Untuk mendapatkan sesuatu, kita kenalah usaha. Tapi, usaha tu tak semestinya kita kena straight to the point. Mungkin ada benda lain yang kita boleh buat untuk dapatkannya. Kan?"

"Maksud?" Rina masih tidak mengerti.

"Macam sayalah, sebenarnya saya nak tanya awak dah kahwin ke belum? Tapi, saya tanya anak awak family awak ke yang jaga? Tapi, awak jawab awak belum kahwin. Kan sama?"

"Hmmm.. ohh macam tu."

"Takdalah saya hanya bergurau. Maaf, andai awak terasa."

"Okay."

"Kadang-kadang, sesuatu yang beri impak yang mendalam pada diri kita tu juga boleh berikan kita satu pengajaran yang besar. Allah takkan uji hambaNya untuk tujuan yang sia-sia tapi, ada yang tersirat dan ada yang tersurat. Bersyukurlah, Allah masih mahu sedarkan kita, bangunkan kita daripada tidur dan mimpi yang panjang. Ada peluang lagi untuk kita kembali kepadaNya."

"Kenapa awak tiba-tiba cakap macam ni? Awak tak kenal saya.." Rina memberikan lontaran wajah yang pelik lagi.

"Perlu ke kita kenal seseorang dahulu, baru nak nasihatkan orang tu?"

"Entah tapi, lebih proper kalau awak nak nasihat tu awak intro dulu. Saya akan lebih selesa macam tu." Rina tertunduk malu selepas menyedari keterlanjurannya dalam berbicara. 'Ishh.. mulut ni!' Marah hatinya kerana terlanjur kata.

"Hahaha.. jadi, awak nak kenal dengan saya la ni? Okay, saya tunaikan hajat awak yg nak tahu pasal saya tu. Saya Syafiq Khair bin Abdul Kadir.. Lagi, awak nak tahu apa? Umur? Tempat tinggal? Asal? Hahaa.." sempat Syafiq berjenaka.

"Saya taknak tahulah!" Muka Rina sudah merona kemerahan. Dia malu!

"Habistu awak yang suruh saya intro tadi. Bukan ke?"

"Saya tak suruh pun. Saya cuma cakap!" Rina mencebik. 'Bila masa seyhh aku nak kenal dia ni?'

"Hahaha.. apa-apalah. Awak boleh panggil saya Syafiq. Dan awak, Arina Shahira binti Ridhwan? Nak saya panggil apa?"

Rina hanya berdiam diri, lemas dengan situasi sekarang. Sudah begitu lama dia tidak bercampur dengan lelaki selain dari ayah serta abangnya. Situasi itu membuatkannya awkward.

"Okay, saya panggil awak Shahira." Lantas, Syafiq telah memutuskan untuk memanggilnya dengan nama, Shahira. Jarang sekali orang memanggilnya dengan nama itu.

'Ehh, sesedap dia je panggil aku Shahira.' Bebel hatinya.

"Barulah sweet, Syafiq, Shahira, Syafiq, Shahira. Kan? Ahahaa.." Syafiq tergelak kecil. "Comeyy angatt.."

"Erkk.. apa awak cakap?" Rina bertanya apabila dia tidak dengar apa yang di tuturkan oleh Syafiq itu.

"Hehe.. takda apalah." Syafiq tersengih pula.

"Erkk.. gila ke apa?" Annoying Rina  dibuatnya. Dia mencebik sahaja, malas mahu melayan.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now