Bab 18

5.2K 150 1
                                    

"Jadi, kita kena buat yg lagi terbaik supaya kita dapat apa yang kita nak, okay?!" Jerit Syafiq memberikan kata-kata semangat. "Bukan untuk menang je tapi, kita dapat kekalkan semangat setiakawan, bekerjasama dan saling bantu-membantu sesama kita. Itu yang penting!" Sambung Syafiq lagi. Kata-kata Syafiq itu di sambut semangat oleh ahli kumpulannya. Mereka bersorakan riang.

"Awak taknak cakap apa-apa pada mereka, Shahira?" Tanya Syafiq kepada Rina. Sejujurnya, Rina tidak mengerti kenapa Syafiq memanggilnya dengan panggilan itu. Rina pula kurang berbicara dengannya berbanding ahli kumpulan mereka yang lain. Dia amat mesra dengan budak-budak tetapi, tidak dengan lelaki.

"Apa-apapun, awak semua kena seia sekata, jangan ada rasa tak puas hati sesama kamu. Barulah kumpulan ni jadi yang terbaik dan boleh menang." Rina menasihati mereka. Syafiq hanya menjadi pemerhati. "Okay, tu sahaja. Saya nak jumpa Shaza dan Aman sekejap di dewan makan lepas ni, yang lain boleh bersurai." Rina terus berlalu ke dewan makan meninggalkan Syafiq di situ dan di ikuti oleh kedua orang murid tadi. 'Ada yang perlu di selesaikan.' bisik hatinya.

------------------------------------------------

"Aman, awak ada masalah ke dengan Shaza?" Tanya Rina lembut seperti seorang kakak kepada adiknya. "Okay, let i tell you something. Awak kena hormat dia mungkin bukan sebagai seorang ketua tapi, sebagai seorang perempuan yang lemah." Sambungnya lagi apabila tidak mendapat reaksi daripada Aman.

"Saya tak tahu apa masalah dia dengan saya cikgu, dia suka cari masalah dengan saya." Shaza bersuara apabila melihat Aman hanya berdiam diri.

"Mana ada, cikgu!" Aman tiba-tiba bersuara tegas.

"Sabar, Aman. Kita nak selesaikan masalah ni dan bukan nak tambah masalah." Celah Rina cuba meredakan keadaan. "Jadi, awak bagitahu saya apa yang awak tak suka? Yang awak tak puas hati?"

"Sebenarnya, saya tak suka perempuan jadi ketua saya. Tu je!" Terang Aman lemah. Dia tertunduk, takut untuk memandang wajah cikgunya di hadapannya.

"Laa.. awak tak boleh la macam tu, Aman."

"Kenapa cikgu?"

"Okay, jadi awak pun tak suka saya la ni?"

"Eh, bukan macam tu cikgu. Saya suka cikgu. Cikgu baik dan mesra je dengan kami semua."

"Jadi, kenapa awak tak suka Shaza pula?"

"Dia lain, cikgu lain. Tak sama!"

"Memanglah tapi, sekarang situasi dia lebih kurang sama. Saya dan Cikgu Syafiq pun ketua awak, saya pun perempuan, cikgu Syafiq tu lelaki la kan, hahaa.." dia cuba buat humor. Shaza pun ketawa kecil. "Cuma yang berbeza, saya ni bukan ketua kumpulan awak, kami hanya fasilitator awak. Awak hormat je pada kami berdua tapi, kenapa awak tak boleh hormat ketua kumpulan awak?"

"Hmmm.." Aman terdiam.

"Samakan?" Rina terdiam sejenak.

"Cikgu, saya minta maaf. Cuma bagi saya perempuan tak sesuai jadi ketua. Masa zaman Rasulullah mana ada pemimpin perempuan cikgu, ayah saya kata."

"Betul tu, betul apa yang ayah awak kata. Tapi, itu tak bermakna awak boleh berkasar dengan perempuan. Awak tahukan Rasulullah juga cukup memuliakan perempuan?"

"Tahu cikgu, ayah saya pun pernah cakap."

"Haa.. jadi awak sepatutnya melindungi perempuan bukan memusuhi mereka sebab mereka tu ketua awak. Tak bolehlah macam tu. Ya?"

"Hmm.. baiklah cikgu. Shaza, saya minta maaf." Tanpa dipinta Aman meminta maaf daripada Shaza.

"Saya maafkan, janji ya awak takkan ulangi lagi?" Shaza tersenyum manis.

"Saya janji."

"Bagus, kalau macam tu. Aman, awak boleh pergi dah. Ingat apa yang cikgu pesan. Okay?"

"Baik, cikgu. Terima kasih." Aman pun berlalu pergi.

"Okay, selaku ketua kumpulan, Shaza walaupun awak perempuan jangan pernah tunjukkan awak lemah pada semua orang. Awak kena buktikan yang awak juga mampu buat." Rina menasihati Shaza setelah Aman pergi. "Jangan takut-takut, jangan malu-malu, beranikan diri awak. Okay?" Nasihatnya lagi.

"Baik cikgu, terima kasih cikgu atas nasihat cikgu. In shaa Allah, lepas ni saya akan lebih berani." Bersemangat sekali Shaza. Dia seperti di lahirkan semula. Rina tersenyum bahagia.

'Dahulu pun aku macam ni, pemalu. Tapi, semenjak ada Mir aku menjadi berani. Terima kasih Mir, sebab ubah saya ke arah yang lebih baik..' bisik hatinya sambil tersenyum.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now