Meskipun Zamir Affandi adalah si pemilik cinta pertama Arina Shahira namun, ada lagi cinta yang lebih Agung.
Maha Suci Allah.
Cinta kepadaNya tiada ternilai, cinta sepanjang zaman dan takkan pernah ada penghujungnya.Peluang kedua tidak disia-siakan. Arina Shahira mengembara mencari keredhaan Allah. Dia telah menyambung pelajarannya di Yarmouk Universiti, Jordan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah & Pengajian Islam (Fiqh & Usul , Al-Quran & Sunnah, Aqidah & Dakwah).
Arina Shahira bersama dua orang lagi rakan baiknya yang juga berasal dari Malaysia iaitu, Aliah dan Norkhairiati sudah di tahun akhir pengajian mereka.
Tiap-tiap pagi mereka akan berjalan kaki untuk ke universiti selama 10 minit perjalanan. Perjalanan untuk pergi ke universiti juga agak mudah kerana penempatan yang disediakan untuk pelajar adalah berhampiran dengan universiti tersebut. Hal ini memudahkan mereka untuk tidak menggunakan kenderaan dan jimat dalam kos pengangkutan.
Arina Shahira sendiri suka dengan pengalaman manis mereka berjalan dan berjumpa dengan orang-orang dari pelbagai bangsa di tanah Arab ini. Dia menghabiskan sisa-sisa pengajiannya di situ dengan hati yang terbuka. Mungkin dia akan rindu untuk datang ke sana lagi.
---
"Shahira, sepanjang kita belajar kat sini, sekalipun awak tak pernah tunjuk wajah awak pada kami berdua, kenapa ya?"
"Mesti awak cantikkan? Saya yakin!" Aliah menyokong Norkhairiati.
Arina Shahira tersenyum di dalam purdah yang dipakainya. "Suatu masa nanti awak berdua akan dapat melihat wajah saya ni. In Shaa Allah."
"Kami tak sabar nak tengok wajah awak! Huhuhu.." Mereka berdua juga ketawa kecil sambil menutup sedikit mulut. Menjaga.
"By the way, Shahira.. ni ada surat untuk awak." Ujar Aliah sambil menghulurkan satu sampul surat berwarna pink cair.
"Dari siapa ni?" Tanya Arina Shahira pelik.
"Entahlah, saya terjumpa ni masa nak masuk ke dalam rumah tadi. Ada tertulis nama awak kat situ jadi, saya ambillah dan bagi pada awak."
"Okay, terima kasih awak."
"Eh, bukaklah. Saya teringin juga nak tahu apa isinya. Dah banyak kali dah awak dapat surat semenjak kita di tahun tiga lagi di sini. Mesti secret admirer awak kan?"
"A'ah! Bestnya jadi awak, ada orang minat dalam diam. Huhuhu.." sokong Norkhairiti pula.
"Laa.. saya tak fikir apa pun bila dapat surat-surat ni tahu? Dan saya tak kenal langsung siapa yang bagi surat-surat ni. Jadi, saya akan kategorikan surat-surat ni semua surat layang yang ingin berkongsikan perasaan dan ilmu pada saya sahaja."
"Tapi, dari segi sudut pandangan saya, dia macam ada mesej yang tersurat dalam setiap penulisan dia tu. Saya rasa dia suka kat awak." Norkhairiti berkata tenang.
"Manalah tahu ni jodoh awak yang terakhir. Kan?" Aliah pula menambah. Mereka berdua sudah tahu pengalaman lama Arina Shahira yang membuatkan dia mengembara mencari dirinya yang sebenar.
Arina Shahira merenung dalam melihat surat yang berwarna pink itu. Perlahan-lahan dia membukanya.
Bismillah..
Assalamualaikum, Arina Shahira.
In Shaa Allah, saya nak tulis surat ni untuk bakal zaujah saya yang jauh di mata tapi, dekat di hati.
Dengan izinNya, saya berjumpa awak.
Dengan izinNya, saya jatuh cinta pada awak.
Dengan izinNya, saya ingin memiliki awak.
Dengan izinNya juga, adakah awak sudi terima saya? Terima hamba Allah yang juga sama-sama mencari keredhaan Allah ini.In Shaa Allah setelah tamat pengajian nanti saya akan datang melamar awak secara officially.
Semoga tercapai hajat saya untuk memperisterikan awak, Arina Shahira Ridhwan.
Ikhlas dari In Shaa Allah bakal zauj awak, SK.
Arina Shahira melipatkan kembali surat itu. Dia redha. Andai itu jodoh terbaik yang Allah hadiahkan kepadanya, dia terima dengan hati yang terbuka.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...