Bab 56

4.3K 107 2
                                    

"Korang selesaikanlah berdua. Aku nak pergi." Syafiq terus menarik tangan isterinya supaya mengikutinya sama.

"Abang, Syaf nak abang dan kak Rina dengar jugak. Please.." pujuk Syafiqah. Syafiq duduk di seat single berdekatan dengan Arina yang duduk di seat couple dengan Syafiqah.

"Maafkan saya, Syaf. Saya tak sepatutnya, tinggalkan awak macam tu ja. Saya takut sangat masa tu." Zarul bersuara kesal. Dia mengusap mukanya berkali-kali.

"Saya tak nafikan Zarul, awak memang baik. Walaupun, awak dah ambil segalanya okay everything from me. Cuma saya tak sangka sangat, saya ingatkan awak akan bertanggungjawab dan kahwin dengan saya lepas saya bagitahu awak yang saya mengandungkan anak awak. Tapi, awak tinggalkan saya macam tu ja.." Kali ini Syafiqah lebih tenang.

"Ya, saya menyesal sangat.. Saya tak tahu apa yang patut saya buat masa tu. Saya kekeliruan, Syaf. Antara amanat abang saya dan masalah saya dengan awak ni.. hmm.." Arina hanya memerhati. Dia tidak menyangka Zarul sanggup bertindak kejam sebegitu. Dia tidak boleh membayangkan andai dia berjumpa Zarul lebih awal lagi, pasti dia sudah berkahwin dengannya.

"Takpelah, Zarul. Benda dah lepas. Saya pun dah bahagia dengan suami dan anak saya." Di mengusap perutnya yang seperti sudah kelihatan itu. Sebenarnya dia sudah mengandung 4 bulan.

"Ss-sarah tu anak saya?" Tanya Zarul terketar-ketar.

Lama Syafiqah terdiam. Arina pula mengusap belakang tubuh adik iparnya itu. 'Sudah tiba masanya, Zarul patut tahu.'

"Ya." Ringkas sahaja Syafiqah membalas setelah dia melepaskan keluhan bagi mengurangkan bebannya. Dia berserah segalanya kepada Allah SWT.

Pantas, Zarul mendekati Sarah yang sedang terbaring lemah. Dia memeluk Sarah dengan sepenuh kasihnya. Zarul jatuh sayang dengan seluruh jiwanya kepada anaknya itu. Suasana hiba menyelubungi mereka lagi.

"Sarah sakit apa?" Tanya Zarul.

"Sarah cuma demam panas. Tapi, sekarang suhu badan dia dah okay sikit." Balas Syafiqah. "Awak takkan ambil Sarah daripada saya kan?" Anak mata Syafiqah berkaca. Runtun hati Zarul melihatnya.

"Saya nak anak saya membesar dengan sihat dan aktif, serta cukup kasih sayang dari ibu dan bapanya. Saya tahu, saya banyak buat silap kat awak dulu. Kali ni, saya takkan buat silap dah. Tapi, awak kena janji dengan saya, jangan bawak Sarah jauh-jauh ya? Bila-bila ja saya boleh tengok dia kan?"

"Maksud awak Zarul? Awak takkan bawak Sarah pergi?" Zarul mengangguk laju lalu, dia tersenyum ke arah Syafiqah. "Terima kasih, Zarul. Terima kasih!"

---

Mereka bergelak ketawa melayan celoteh Sarah yang nakal walaupun sedang sakit. Arina pula menahan kepalanya yang tiba-tiba pening. Badannya juga terasa lemah. Namun, dia kuatkan semangatnya untuk kelihatan kuat kerana  dia tidak mahu merisaukan suaminya.

"Sayang, comel kan Sarah?" Syafiq tergelak kecil melihat kelitah Sarah itu.

"Comel! Kan best kalau kita ada anak jugak kan?" Arina terlebih teruja tanpa menyedari ayat yang di tuturkannya. 'Erkk, malunya..'

"Awak nak baby ke? Huhu.." Syafiq sudah tersenyum nakal. Arina pantas mencubit manja lengan suaminya itu.

"Assalamualaikum?" Satu suara yang cukup di kenali Syafiq dan Syafiqah menyapa. Mereka semua terkejut. Lagi satu kejutan datang.

---

"Mama! Papa!" Syafiq terus menerpa untuk bersalaman dengan kedua papa dan mamanya. Di ikuti oleh Arina.

Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Abdul Kadir datang mendekati Syafiqah yang sedang berkaca mata. Mereka saling berpelukan melepaskan rindu serta saling bermaafan.

"Dahlah ma, pa, Syaf.. benda yang lepas, jangan di kenang dah. Kita teruskan jelah hidup ni." Syafiq tersenyum melihat kebahagiaan di depan matanya ini. Dia memeluk bahu isterinya. Aizat menjadi pemerhati saja, dia melayan Sarah.

"Ma, paa.. ni suami Syaf, abang Aizat." Syafiqah memperkenalkan Aizat. Aizat bersalaman dengan kedua ibu bapa mertuanya.

"Terima kasih Aizat, sebab jaga Syaf untuk kami." Ucap Tan Sri Abdul Kadir sambil memeluk Aizat.

"Papa, dah tanggungjawab Aizat sebagai suami Syaf untuk jaga Syaf dengan baik." Balas Aizat sambil tersenyum.

"Syaf, balik ya. Mama dan papa nak Syaf balik rumah kita semula."

"Maa, Syaf ada suami, ada anak. Syaf nak selalu ada di samping mereka."

"Aizat, bolehkan kamu dan Syaf duduk dengan mama dan papa?" Tanya Puan Sri Khatijah. Dia masih cuba memujuk.

"Lagipun, rumah kami besar. Kami sunyi, kalau ada cucu-cucu, barulah meriah je rumah kita tu kan mama?" Tan Sri Abdul Kadir juga mencelah.

"Haa.. betul tu. Marilah pulang ke Malaysia ya, Syaf. Aizat?"

"In Shaa Allah ma, paa." Syukurlah keluarga mereka telah bersatu semula.

Tiba-tiba..
Arina terasa tubuhnya ringan. Pandangannya mulai kabur.

"Sayang, kenapa ni?" Sayup-sayup suara Syafiq di pendengaran Arina. Semua keluarganya telah mengeremuni Arina. Dia jatuh pengsan serta dunianya sudah jadi gelap-gelita.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now