Tiga hari Syafiq pergi ke Singapura, tiga hari juga Syafiq langsung tidak menghubunginya. Selalunya bila dia ke pejabat sekalipun, dia akan menghubungi Arina andai dia ada waktu kelapangan. Tetapi, kali ni Syafiq seperti menjauhkan diri dengannya semenjak mendapat panggilan pada pagi tiga hari yang lepas. Arina berfikiran buruk terhadap suaminya itu. Namun, dia tidak menceritakan kepada sesiapa pun.
Tiba-tiba..
Handphone Arina berbunyi, pantas dia menjawab."Hello, awak! Kenapa tak call saya? Kenapa takda khabar pun dari Singapura?!" bertubi-tubi soalan Arina utarakan tanpa melihat nama si pemanggil.
"Erkk.. hello, Assalamualaikum Rina. Maaflah, saya dah lama tak call awak. Tapi bila masa saya pergi Singapura pulak ni?" tanya Athirah pelik.
Arina menyangkakan Syafiq yang menghubunginya tetapi, bukan. Suara hampa Arina jelas di pendengaran Athirah.
"Awak okay ke, Rina?" Tanya Athirah, kakak iparnya itu lagi.
"Hmm.. okay, sorry. Tak perasan tadi siapa yang call." Balas Arina perlahan. Rasa sedihnya cuba di sembunyikan.
"Awak tunggu siapa call? Syafiq? Dia pergi Singapura? Buat apa kat sana?" Tanya Athirah lagi prihatin. Dia tahu Arina mudah berasa sunyi jika dia ditinggalkan berseorangan. "Kenapa tak balik rumah ibu ja? Kalau tinggal sorang-sorang kan bahaya."
"A'ah, Syafiq pergi Singapura ada urusan kerja katanya kat sana. Hmm.. ingatkan taknak susahkan ibu, tu yang tak terfikir juga nak balik sana."
"Saya ada kat rumah ibu ni, and saya ada something nak share dengan awak!" Teruja sekali suara Athirah di pendengaran Arina.
"Ada apa wak?" tanya Arina cuba menceriakan suaranya.
"Saya pregnant!"
Arina terkedu. Tak tahu mahu gembira atau sedih. Perasaanya kini bercampur baur. Gembira untuk abang dan kakak iparnya atau sedih untuk Syafiq yang langsung tidak menghubunginya.
"Heyy! Kenapa awak senyap je Rina? Tak gembira ke saya pregnant?" Athirah seperti berjauh hati dengan reaksi Arina yang diam sahaja itu.
"Ehh! Tak! Tak! Saya tumpang gembira untuk awak. Tahniah awak, sampaikan tahniah saya juga untuk abang. okay?" Arina cuba memujuk.
"Terima kasih Rina, awak datanglah rumah ibu, saya ada kat sini."
"In Shaa Allah, saya tunggu Syafiq balik dulu ni. Nanti saya datang, kalau dia dah balik." Dia sendiri tak tahu apakah Syafiq akan balik harini ataupun tidak.
"Okay, awak!" Athirah mematikan panggilan.
Arina melepaskan keluhan yang panjang. Dia cuba menyibukkan diri dengan mengemas rumah pada hari itu. Namun, sehingga malam menjelma, Syafiq tidak kunjung-kunjung tiba.
Selesai makan malam berseorangan, Arina masuk ke biliknya untuk tidur. Dia tidur bersendirian mengubat hatinya yang lara itu.
---
Arina terjaga apabila mendapati ada sesuatu beban yang sederhana berat memeluk dirinya. Dia menjadi lemas plus takut. Tubuhnya yang mengiring cuba bangun. Tangan kirinya yang bebas cuba mencapai sesuatu yang boleh dijadikan pertahan dirinya.
Arina berjaya mencapai buku novel setebal 400 muka surat tu untuk memukul 'beban' di belakangnya itu. Pantas Arina bangun dan cuba memukul sambil menutup mata.
"Kyahhhh!!" Teriak Arina sekuat hati sambil memukul berkali-kali tanpa melihat. Dia segera ingin mencapai telefonnya bersedia untuk menghubungi polis andai itu adalah seorang penjahat.
Namun, belum sempat dia ingin berlari keluar bilik dia mendengar erangan dari katilnya.
"Aduhh.." suara erangan itu. Dia mengusap lengannya yang sakit di ketuk berkali-kali oleh Arina.
"Syafiq?" Arina menghampiri dan menyelak selimut yang menutupi tubuh "penjahat" tadi. "Apa awak buat ni? Kenapa balik tak kejut saya?" Marah Arina sambil cuba memeriksa lengan suaminya itu.
"Saya tak sanggup nak kejut awak, tidur macam baby je. Omeyy angat.. " sempat lagi dia bergurau dalam sakit. Arina menekan kuat tangan suaminya yang lebam di pukulnya tadi. Kuat gila kot. "Aduhhh! Sayang, perlahanlah sikit. Aduhaii.."
"Tulah awak, padan muka. Balik tak kejut saya, ni la yang awak dapat. Selamat saya tak karate awak tahu?!" Bebel Arina lagi.
"Huhuu.. maaf sayang. Tak sengaja. Janji tak buat lagi!" Syafiq membuat mimik muka comel seperti kanak-kanak yang ingin berjanji. Arina paling tak suka orang berjanji, jadi dia hanya diam.
"Jangan berjanji, kalau rasa tak boleh tepati." Perlahan sahaja suara Arina. Dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk mandi.
Syafiq hanya memandang sayu, dia tahu Arina merajuk.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...