Bab 2

8.1K 231 0
                                    

Setahun selepas itu..

Rina bersiap-siap pada pagi itu. Dia mengenakan baju kurung moden bewarna hijau turqoise serta selendang bercorak polkadot kecil. Nice! Simple tapi cantik sekali. 'Ok, siap!' Dia turun ke bawah menuju ke meja makan untuk bersarapan. Semasa dia duduk, semua mata tertumpu kepadanya. Dia hanya membuat muka selamba sahaja seperti tiada apa-apa berlaku dua tahun lepas.

"Rina okay?" Tanya ibunya lembut.

"Okay." Balasnya pendek.

"Rina nak pergi sekolah ya?" tanya ibunya lagi. Kalau di ikutkan dia hanya bercuti selama sebulan bergaji tapi, di sebabkan apa yang dilaluinya itu menyebabkan trauma yang sangat mendalam, keluarganya telah meminta cuti tanpa gaji dengan pihak sekolah serta meminta tempoh untuk memulihkan semangat Rina. Permohonan itu telah lulus dan Rina diberikan ruang dan masa untuk pulih seperti sedia kala.

Rina mengangguk sekali. Dia mengambil sekeping roti bakar yg telah di sapu jem blueberi kesukaannya. Lalu, dia meneguk air masak untuk membasahkan tekak. Setelah itu, dia bersalaman pula dengan kedua ibu bapa serta abangnya, Faizul Ariff yang tersedia daripada tadi merenung pelik ke arahnya.

'Rina dah okay ke?' soal di hati mereka. Memang dalam dua tiga hari ini Rina telah menunjukkan sikap yg positif terhadap keluarganya. Namun, mereka tidak menyangka secepat ini dia berubah walaupun mengambil masa dua tahun.

"Rina boleh memandu tak?" tanya abangnya pula. Sejujurnya Rina masih trauma. Namun, dia cuba menguatkan hatinya untuk pergi ke sekolah pada hari itu tanpa berbincang dahulu dengan keluarganya. Cukup, dia sudah tidak mahu menyusahkan mereka lagi.

Semenjak seminggu yang lalu dia telah mendapat satu mimpi yang aneh dan seperti ada maksud yang tersirat. Mungkin itu adalah hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT untuk mengembalikan semangatnya yang hilang dahulu.

"Takpe, abang hantarkan. Okay, bye, bu! Bye, yahh!" Tanpa di pinta, Ariff telah menyalami tangan kedua ibu bapanya serta segera meluru ke arah kereta Audinya. Tanpa dipinta, Rina juga telah memboloskan diri duduk di sebelah pemandu setelah menyalami kedua orang tuanya. "Okay, let's go!" Ariff memandu dengan berhati-hati.

Namun, tiba-tibaa..

"Abang!!" Jerit Rina terkejut. Hampir sahaja dia teringat kisah lama namun, dia mengusirnya jauh.

"Maaf Rina, abang tak sengaja." Ariff hampir terlanggar kucing yang mahu melintas jalan. "Rina okay tak?" Tanyanya bimbang, bimbang jika adiknya itu mengalami trauma lagi.

"Hmm.. Rina okay, abang tu hati-hati." dia tersenyum pendek. "Jomlah abang, nanti lambat pula Rina sampai sekolah."

"Baiklah." Ariff memulakan semula perjalanannya. Setelah 5 minit memandu, destinasi mereka pun sampai.

"Terima kasih, abang." Ucap Rina sambil menyalami tangan abangnya itu.

"Sama-sama, nanti waktu nak balik tu call je abang okay? 2 petang kan?" Rina balas dengan anggukan kecil sahaja. "Hmmm.. ok, bye!" Ariff terus memulakan perjalanannya semula menuju ke pejabatnya pula.

"Bismillah.." Rina memulakan langkahnya. Ya, langkah yang baru dan bersemangat.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now