Sekembalinya aku di tanah air, aku dikejutkan dengan pelbagai berita yang membuatkan aku tersenyum sendiri. Semuanya berubah dan ianya sungguh membahagiakan aku. Aku bersyukur, ya Allah.
Kakak sulungku, Arini Shafika juga selamat melahirkan seorang lagi ahli keluarga Dato' Ridhwan. Kini, aku sudah ada tiga orang anak sedara! Yeayy! Seterusnya, abangku, Faizul Ariff telah berkahwin dengan Athirah, sahabat baikku. Ya, ini sama macam yang terjadi di dalam mimpi aku. Tak lama lagi mereka juga akan dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah.. Tak sabarnya aku.. Ha! Tidak dilupakan juga, adik bongsuku, Erul (Fakhrul Adam) juga telah berjaya graduate dan kini bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat besar.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Aku bersyukur atas nikmatMu, ya Allah. Mereka semua telah berjaya dan bahagia dengan apa yang mereka miliki sekarang.Tidak dilupakan juga.. Zamir Affandi telah selamat diijab kabulkan seminggu yang lepas. Aku amat bersyukur ya Allah, hatinya terbuka juga untuk wanita yang lain. Dia telah berkahwin dengan seseorang yang juga sama kerjayanya seperti dia. Kebetulan juga, isterinya bernama Nur Syahirah. Mungkin sudah memang jodohnya memiliki isteri yang sama namanya seperti aku. Apa-apa pun, saya akan tetap mendoakan kebahagiaan awak di dunia dan di akhirat, Mir.
Dan aku?
Hmm.. entahlah. Aku bersyukur sekarang dengan apa yang Allah berikan kepadaku. Kesihatan yang baik, kehidupan yang bahagia bersama dengan orang-orang tersayang. Tiada satu nikmat Allah pun yang dapat aku ragui. Terima kasih Allah, sebab memberikan kesempatan untuk aku meneruskan hidup ini.
~17 June
Tinta Arina Shahira Ridhwan..Arina Shahira menutup diarinya. Dia tersenyum merenung ke luar jendela. Nikmat Allah sungguh besar, ada pelangi selepas hujan, sama seperti hidup kita, ada bahagia selepas berduka.
Keningnya terangkat sedikit pabila melihat luar rumahnya ada sebuah kereta yang sangat asing baginya baru keluar dari perkarangan rumahnya. 'Mungkin kawan ayah kot..' fikir Arina Shahira.
"Rinaa.." panggil ibu lembut.
"Ya, bu. Kenapa?"
"Ada orang ni datang nak meminang Rina." Mendatar sahaja suara ibu.
Arina Shahira tersenyum manis. Lalu, bersuara. "Rina serahkan segalanya pada ibu dan ayah, kalau ibu dan ayah terima, Rina pun In shaa Allah akan terima." Dia memegang lembut tangan ibunya.
"Betul ni?"
"In Shaa Allah, betul bu."
---
Kini, hari yang di nanti-nanti telah pun tiba iaitu hari pernikahan Arina Shahira. Dengan siapa? Dia sendiri tidak tahu. Semuanya di uruskan oleh ayah dan ibunya, sedikitpun dia tidak dapat membantu. Sebab apa? Ibunya kata 'surprise untuk Rina!'.
(Arina Shahira POV)
Aku duduk menunduk di atas pelamin kecil yang tidak jauh dari tempat tok kadi dan bakal suamiku duduk. Purdah yang senget, aku perbetulkan tanpa memandang ke arah bakal suamiku. Memang aku tak pernah tahu, siapakah dia, dia kerja apa, bagaimana rupa dia. Yang paling penting, aku tak pernah tahu pun nama dia siapa. Sadis bukan? Huhu..Tapi, itu semua tak menjadi penghalang kepadaku, in shaa Allah, aku akan terima dia seadanya. Athirah dan Kak Rin yang mengendong Raisya juga sudah tersenyum-senyum melihatku. Sesekali mereka menunjuk ke arah bakal suamiku. Namun, sedikitpun aku tak memandang ke arahnya.
Aku membetulkan kedudukanku. Tangan ibu juga aku gapai, cuba mencari kekuatan. Ibu tersenyum manis. Tenang aku melihat wajahnya.
Kedengaran tok kadi sudah memulakan kerjanya. Sesekali tok kadi mengusik bakal suamiku dengan pelbagai soalan. Aku tidak dapat mendengar baik suaranya kerana telah di tenggelami dengan suara-suara orang ramai yang ketawa. Aku hanya mampu menanti dengan penuh debar.
"Syafiq Khair." Pabila nama itu disebut lantas, aku berpaling untuk melihat. 'Syafiq?'
"Ya, saya!"
"Aku kahwin dan nikahkan dikau dengan Arina Shahira binti Ridhwan yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya senaskah al-Quran.."
"Aku terima nikahnya Arina Shahira binti Ridhwan dengan mas kahwinnya senaskah al-Quran." Lancar sekali dia menyebutkan lafaz itu. Aku terpegun.
Mereka semua telah mengangkat tangan untuk berdoa selepas selamat akad nikahku. Aku masih dalam mood terkejut campur terharu. Ibu memelukku lama, tumpah juga air mataku.
"Heyy, Rina tak boleh sedih tahu? Kena gembira selalu sebab dah ada yang sayang Rina macam mana ibu dan ayah sayang Rina." Bisik ibu sambil menyeka air mataku.
---
Ya, kini Syafiq Khair sah menjadi suamiku. Meskipun dia bukan yang pertama tapi, aku berharap dia akan jadi yang terakhir bagiku.
Cinta dan sayangku kini milik Syafiq Khair seorang. Hatiku di jaganya dengan penuh kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi.
Kehadiran permata hati, Khursyid Khair bin Syafiq Khair menjadi penawar yang magis di hati aku dan suami.
Khursyid bermaksud matahari manakala, Khair pula bermaksud kebaikan.
Semoga Khursyid menjadi sehangat matahari yang sentiasa menyenangkan hati ibu dan ayahnya dengan amalan kebaikan serta mengubati setiap duka kami. Dalam pancaran cahayanya yang terang, Khursyid juga akan menjadi pembakar semangat untuk aku dan Syafiq terus mengukir kebahagiaan.
"Saya sayang awak kerana Allah, terima kasih sayang sebab hadiahkan saya kebahagiaan ni." Ucap Syafiq penuh tulus selepas mengazankan anak kami.
"Saya sayang awak juga kerana Allah. Terima kasih juga untuk segalanya, ayang."
Syafiq meletakkan Khursyid disebelahku lalu, dia mengucup dahiku lama. Bahagia.
Terima kasih, ya Allah. Kau hadirkan dia untukku sebagai penyejuk di mata dan penawar dihatiku. Semoga Syafiq Khair akan menjadi yang terakhir bagiku. Semoga juga kami sekeluarga bahagia hingga akhirnya. In Shaa Allah, Amin..
~Alhamdulillah, TAMAT~
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...