Bab 55

4.2K 104 0
                                    

Syafiq mengajak Arina pergi ke Singapura bersama-samanya. Hal ini menyebabkan Arina tertanya-tanya, apa yang Syafiq cuba sampaikan.

"Saya tahu, awak mesti curiga sebab saya selalu ke Singapura, kan?" Syafiq menduga. Dia tahu, Arina pasti akan merasa curiga dengannya kerana dia menyorokkan sesuatu.

"Maafkan, saya. Ss-sayaa.."

"Its okay, my dear.. Saya faham, saya akan ceritakan segalanya pada awak nanti bila kita dah sampai hospital. Okay?"

"Hospital? Siapa sakit?" Arina bertanya dalam nada terkejut.

Syafiq hanya membalas pertanyaan Arina itu dengan senyuman.

---

"Mana Syaf?" tanya Syafiq kepada seorang lelaki. Arina hanya mengikut Syafiq tanpa banyak soal.

"Dia kat dalam, tengah bagi Sarah makan. Jemputlah masuk, Fiq. Ni isteri kau ke?" Tanya lelaki itu pula sambil merenung ke arah Arina.

"Aah, kenalkan, ni Arina." Ujar Syafiq sambil memeluk bahu isterinya. "Sayang, ni Aizat, adik ipar saya merangkap kawan baik saya." Arina hanya menunduk dan tersenyum pendek.

"Jomlah, masuk." Ajak Aizat mesra. Mereka sama-sama masuk ke dalam wad khas tersebut.

"Syaff.." panggil Aizat lembut. Waktu itu Syafiqah sedang menyuapkan bubur pada Sarah.

"Yaa.." jawab Syafiqah sambil berpaling. "Eh, Abang?!" Dia terus berlari mendapatkan abangnya. Aizat mengambil alih menyuapkan Sarah bubur. Dia memberikan ruang kepada kedua adik beradik itu untuk melepaskan rindu.

"Abang datang ni." Balas Syafiq sambil mendekati Syafiqah. Syafiqah pula memeluk erat Syafiq. Tiap kali, dia terpandangkan abang kandungnya itu, pasti dia akan merindui keluarganya. Dan tiap kali itu juga, hatinya merasa sedih. "Heyy, shuhh! Please don't cry.." Syafiq mengusap lembut belakang adiknya itu cuba meredakan perasaan sedihnya.

"Abang, ni kak Rina ke?" Tanya Syafiqah apabila melihat Arina yang sedang memerhati mereka itu. Tubir matanya juga bergenang melihat adegan dua beradik itu.

"Aah.. Sayang, ni kenalkan adik saya, Syafiqah." Syafiq memperkenalkan Syafiqah.

"Akak!" Syafiqah datang memeluk Arina. Arina membalas pelukannya mesra, penuh dengan kasih. "Abang selalu cerita pasal akak dan tunjuk gambar akak, dalam gambar cantik, in real life pun cantik. Wow! Untung abang dapat isteri cantik!" Syafiqah berjenaka walaupun masih di dalam mood sedih.

"Ada-ada sajalah, Syaf ni." Arina pun ketawa kecil. "Ni anak Syaf? Siapa namanya? Comelnya.." Arina masih tidak faha m kenapa Syafiq merahsiakan perihal Syafiqah ini.

"Aah.. Sarah namanya." Balas Syafiqah. Selesai memberikan Sarah bubur, Aizat meminta izin untuk keluar. Sarah pula berehat. Dia tersenyum ke arah Arina.

---

"Kenapa awak rahsiakan mengenai Syaff? Dia kan adik kandung awak.." Arina bertanya. Mereka sama-sama duduk di ruangan rehat wad khas tersebut.

"Ada rahsia keluarga yang saya simpan." Balas Syafiq sambil menunduk.

"Takpa, biar Syaf cerita. Dah sampai masanya, Syaf bagitahu apa sebenarnya yang terjadi." Dia tersenyum lemah. Arina dan Syafiq bersedia mendengar luahan Syafiqah.

Syafiqah menarik nafas dalam-dalam sebelum menceritakan hal yang sebenarnya. "Masa Syaf study kat US dulu, Syaf pernah banyak kali terlanjur dengan seorang lelaki ni. Syaf cintakan dia sangat, dia cinta pertama Syaf. Syaf berikan segalanya pada dia.." Syafiqah berjeda sekejap melepaskan keluhan kecil.

"Syaf minta dia bertanggungjawab lepas Syaf tahu Syaf mengandung. Tapi, dia tak mahu. Dia tinggalkan Syaf macam tu ja. Syaf tak tahu nak buat apa, sebab masa tu kandungan dah berusia dua bulan. Syaf balik ke Malaysia walaupun Syaf takut mama dan papa serta abang tak terima Syaf dah. Syaf dah menconteng arang kat muka dia orang. Syaf malu sangat.. Tapi, Syaf kena terima apa-apa kemungkinan. Jadi, Syaf kuatkan semangat untuk balik jugak. Syaf bagitahu pasal ni tapi, tak detail sangat and Syaf tak bagitahu jugak pada mereka siapa ayah kepada kandungan Syaf tu. Masa tu Syaf benci sangat kat dia. Syaf tak nak ingat nama dia langsung pun sebab Syaf terlampau marah. Sebab tu Syaf rahsiakan semua nii.." Panjang cerita Syafiqah sambil di iringi tangisnya, dia mengenangkan nasib dirinya yang sanggup melukakan perasaan kedua orang tuanya serta abangnya itu.

"Sebab tu jugak, mama dan papa marahkan Syaf sangat. Dia orang halau Syaf dari rumah. Syaf bawak diri ke Singapura ni. Kat sini Syaf berjumpa dengan abang Aizat. Dia sanggup terima Syaf seadanya. Dia jadi pak sanggup untuk selamatkan maruah Syaf. Abang pula, sanggup jadi wali Syaf semasa kami nikah dulu. Mujurlah, abang tak buang Syaf jugak.." sambungnya lagi sedih. Beberapa kali, Syaf mengelap air matanya yang mengalir deras itu. Arina memeluk bahu adik iparnya itu.

"Haipp.. mama dan papa tak buang Syaf la. Mereka sayang Syaf sangat-sangat. Nanti, lepas Sarah sembuh, Syaf baliklah rumah. Mereka pun sebenarnya rindukan Syaf, abang tahu walaupun dia orang tak cakap." Syafiq cuba memujuk.

"Syaf malu bang, Syaf malu nak jumpa dia orang." Makin deras esak tangisnya. Arina memeluk Syafiqah cuba menyalurkan kekuatan. Hati perempuannya turut bersimpati, sesekali air matanya menitis juga.

"Shuhh!" Pujuk Arina. Kini, tahu lah dia kenapa Syafiq merahsiakan mengenai Syafiqah.

"Mereka tak buang Syaf, cuma mereka marah Syaf. Kenapa Syaf mesti rahsiakan segalanya? Kenapa Syaf sanggup buat macam tu pada mereka? Sebab tu mama dan papa marah sangat kat Syaf. Syaf baliklah. Okay?" Pujuk Syafiq lagi.

"Nak ke mama dan papa terima Syaf lagi? Terima Sarah?" Soal Syafiqah.

"Abang nak tanya, Sarah tu anak Syaf dengan lelaki tu ke? Siapa lelaki tu Syaf?" Tanya Syafiq pula, dia mahukan kepastian siapa ayah kandung Sarah sebenarnya. Syafiqah tidak pernah memberitahu mengenai Sarah kepadanya. Adakah benar juga apa yang diperkatakan oleh Zarul kepadanya tempoh hari?

"Ya. Tapi, baru-baru ni dia ada datang jugak."

"Jawab jujur dengan abang, Zarul ke ayahnya?" Soal Syafiq lagi.

"What?! Zarul? Apa awak cakap ni Syafiq?" Arina terkejut. 'Tak mungkin Zarul..!'

"Mm-macam mana abang tahu?" Syafiqah pula bersuara lemah namun, jelas dia terkejut apabila nama Zarul disebut oleh abangnya.

Serentak dengan itu, ada satu suara memberi salam. Semua mata tertumpu ke arah suara itu.

"Assalamualaikum." Tegur Zarul.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now