Aku terdiam. Wajah-wajah kesayanganku di hadapan juga terdiam mendengar penjelasan daripada ibu. Aku turut termenung selepas mendengar penjelasan ibu. Segalanya sukar untuk aku terima.
Tiada seorang pun berani bersuara, semua melayan perasaan, termasuk aku. Aku masih lagi tidak habis berfikir.
Masuk akalkah aku koma selama lebih 3 tahun??
Kata-kata ibu masih terulang tayang lagi di fikiranku.
"Haishh, apa Rina cakap ni? Rina belum kahwinlah macam mana nak ada anak?"
Berkali-kali, aku cuba menidakkan tetapi, semuanya membuatkan otakku sesak. Jammed! Aku masih terpana mendengar kata-kata ibu.
Benarkah selama ini ku hanya bermimpi? Mimpi selama aku koma??
"Rina sayang, tarik nafas perlahan-lahan. Ibu tahu ni semua susah untuk Rina terima. Tapi, Rina belum kahwin. Tak ada istilah anak dalam hidup Rina."
Aku memandang anak mata ibu meminta kekuatan. Jelas di wajahnya memunjukkan ada kejujuran.
"Semalam Rina sakit bu, sakit nak bersalin. Sekarang ni kan Rina ada kat hospital. Macam mana pulak Rina boleh koma ni? Mana anak Rina? Dia okay ke? Syafiq, mana anak kita?" Aku bertanya lagi sambil mendesak Syafiq yang duduk di sebelah Zarul.
"Rina, sabar okay? Ibu akan cerita kat Rina, segalanya. Rina tarik nafas dan dengar baik-baik ya?" Ibu cuba memujukku lagi.
Aku mengangguk lemah, cuba menjadi pendengar yang baik.
"Rina ingat tak 3 tahun yang lepas, Rina kena culik?"
Aku diam cuba mencari memori ku yang hilang. Mengikut perkiraanku, patutnya sekarang 2016! Kalau 3 tahun yang lepas so, 2013 lah kan? Masa tuu..
Sakit di kepalaku datang lagi, makin berdenyut dan mencucuk-cucuk pabila aku cuba mencari sisa memoriku yang hilang.
Kelihatan seorang doktor bergegas masuk, selepas di panggil oleh abangku.
"Puan, harap jangan terlalu menekan atau memaksa pesakit untuk mengingat apa-apa sekalipun. Ingatannya belum pulih sepenuhnya. Bagi dia masa dan rehat secukupnya. Koma yang panjang ni mungkin akan bawak kesan sikit pada diri dia. Harap semua dapat bersabar ya?" Pesan Dr.Fiza. Doktor yang sama menyambut kelahiran anakku.
'Kalau betul aku koma lepas bersalin bermakna anakku sekarang sudah berumur 3 tahun?' Fikirku. Masih tidak faham dengan situasi yang aku hadapi sekarang.
"Hmm.. baiklah doktor. Saya cuba." Balas ibu sambil menatap wajahku sayu.
Walaupun aku masih tidak faham situasi sekarang. Tapi, aku teringin sangat untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi terhadap diriku ini.
"No, Rina nak tahu apa sebenarnya yang terjadi sepanjang 3 tahun Rina koma? Apa penyebabnya? Just tell me, please." Rayuku.
"Doktor?" Ibu memandang Dr.Fiza penuh sayu.
"Hmm.. silakan, cuma jangan terlalu mendesaknya. Puan pun kena tenang." Pesan Dr.Fiza akhirnya. Dia juga ada di situ untuk mendengar penjelasan ibu.
"Tiga tahun lepas, Rina kena culik dan hampir sahaja terbunuh. Rina ingat tak dengan siapa Rina kena culik? Apa penyebabnya semua tu?"
Ok, yang ni aku ingat!
"Ingat, Rina kena culik dengan penjenayah yang Mir tengah cover kes dia masa tu. Dia berdendam dengan Mir sebab Mir berjaya dapat kesan kegiatan dia. Dia jadikan Rina tebusan. Kan, ibu?"
"Ya, betul tu. Alhamdulillah, Rina ingat. Tapi, Rina ingat tak siapa yang kena tembak?"
"Kenapa ibu nak ingatkan Rina dengan kisah sedih tu? Ibu jugak pesan dengan Rina kan, doakan arwah Mir supaya dia tenang di sana." Aku balas sambil menyeka air mataku yang tiba-tiba sahaja mengalir di pipi. Sedih apabila teringatkan peristiwa hitam itu.
Zarul menghampiri ke katilku. Aku hanya menunduk, sedih untuk menatap wajahnya yang persis arwah Mir.
"Awak salah Rina." Ucapnya perlahan.
"Ya, saya bersalah sebab tak berjaya selamatkan Mir. Maafkan saya, Zarul." Balasku dalam sedu.
"Bukan, Rina. Awak dah salah sangka. Bukan saya yang kena tembak tapi, awak, Rina." Kata-kata Zarul menyebabkan aku terpana.
'Apa maksud dia sebenarnya?'
"Ni Mir, sayang. Awak dah lupa ke?" Aku terkejut dan menekup mulutku yang separuh ternganga mendengar pengakuan Zarul itu.
"Rina, betul ni Mir. Bukan Mir yang kena tembak tapi, Rina! Rina tak ingat?" Celah ibuku.
Aku menggeleng. "Rina tak ingat bu, Rina hanya ingat Mir yang terkorban sebab nak selamatkan Rina. Kenapa Zarul mengaku sebagai Mir pulak?"
"Mm-macam mana awak kenal adik saya, Zarul?" Tanya lelaki yang dikenali sebagai Zarul? Zamir? Ah! Sesiapa jelah..
"Sebab awak Zarul lah!"
"Saya tak pernah berjumpa dengan adik saya lagi, macam mana awak boleh kenal dia?"
"Tak kelakarlah Zarul. Jangan bergurau." Arina masih tidak percaya.
Masakan orang dah mati boleh hidup semula?
"Saya tak buat kelakar Rina, saya Zamir. Zamir Affandi, tunang awak."
"What?!"
Selepas itu, pandanganku kelam. Kepalaku semakin berdenyut-denyut, sakit yang dirasa tidak dapat ku tahan. Aku pengsan lagi.
*****
Haii gaiss..
Maaf lama tak update. Busy sikit.
Huhuhu..Gaiss, maaf jugak. Saya cam tak sampai hati nak end kan kisah Rina dan Syafiq.
Keringlah idea nak tamatkan.
Maaf lagi sekali.Maaf jugak, saya cam tak srius. Saya tak tau la nak end kan mcm mana.
Pape pon saya akan cuba habiskan sesi throwback dulu.
Terima kasih sebab masih setia membaca. Sayang uolss sekalian.
Stay loyal k huhuhu..💝
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...