Bab 15

5.4K 149 2
                                    

"Tadi tu, Syafiq. Sepupu saya belah ayah. Dia anak kepada pengusaha program ni." Tiba-tiba sahaja Anis bersuara tanpa dipinta.

"Ohh.. handsome!" balas Athirah teruja. Namun, Rina hanya berdiam diri, tidak memberikan reaksi. Athirah menyiku lembut bahu Rina. 'Apa?' Kening Rina sudah terangkat. Anis tidak perasan reaksi kosong yang dibuat oleh teman barunya itu.

"Awak berdua dah kahwin, tunang ke?"

"Haa.. cakap pasal kahwin, tunang ni, Tirahh.. ingat sikit, FA menunggu tu." Rina pula mengenakan Athirah. Semenjak kes mereka berjumpa haritu, Ariff telah mengambil satu langkah ke hadapan untuk lebih mendekati Athirah. Kali ini, abangnya serius untuk bercinta.

"Ohh.. Athirah dah ada yang special. Awak pulak Rina?"

"Ehh, Anis! Awak sibuk-sibuk tanya kami ni, awak tu dah berpunya ke?" Athirah cuba mengalihkan topik. Dia faham gejolak di hati Rina bila menyoalkan soal jodoh.

"Family saya dah jodohkan saya." Balasnya sedikit sayu. "Tapi, saya dah ada pilihan hati."

"Family awak jodohkan awak dengan siapa? Awak kenal ke?" hanya Athirah yang memberi respon. Rina sudah terdiam. Tidak tahu ingin memberikan respon apa.

"Kenal. Hmm.. " Anis membalas lemah.

"Baguslah kalau kenal kan? Eh, ke tak? Hehe.."

"Hmm.. entahla. Okaylah, lupakan. Jom kita tidur? Dah pukul 10 ni, esok banyak lagi aktiviti kita kena handle."

Mereka pun bersiap-siap untuk tidur. Athirah menutup lampu utama dan membiarkan satu lampu meja saja yang terbuka. Cahaya malap menghiasi suasana bilik tidur mereka.

Rina tidak dapat melelapkan matanya. Dia menekan punat on telefon bimbitnya, skrin menyala. Kelihatan gambar wallpapernya adalah gambar dia bersama Zamir Affandi semasa hari pertunangan mereka.

'Mirr, Rina rindu.' Bisik hati Rina.

"Ya Allah, Kau sampaikanlah salam rinduku kepadanya. Al-Fatihah." Ucapnya perlahan. Lalu, mutiara jernih dari matanya mengalir. Rina tidur dalam tangis. Pukul 2 pagi, dia terjaga. Lalu, dia menunaikan solat Tahajud. Moga tenang hatinya. 'In Shaa Allah..'

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now