Bab 38

4.3K 129 0
                                    

Hari pernikahan Syafiq & Shahira serta Ariff & Athirah...

Majlis akad mereka dilangsungkan di rumah banglo milik Dato' Ridhwan dan Datin Saleha. Selepas selesai akad Ariff dan Athirah, tiba giliran Syafiq dan Shahira pula. Rina mengangkat mukanya memandang Syafiq yang penuh dengan debaran itu.'Ya Allah, andai benar dia jodohku, jadikanlah dia yang terakhir. Amin.' Bisik hatinya.

"Aku terima nikahnya Arina Shahira binti Ridhwan dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran." Sekali lafaz sahaja Rina sudah menjadi miliknya yang sah. 'Alhamdulillah.' Semua keluarga dan tetamu yang hadir menyaksikan majlis itu, mengucap syukur kerana semuanya telah selamat.

Berlinangan air mata Rina saat Syafiq menuturkan akad itu. 'Allah, moga kau memberikan rahmat ke atas masjid kami yang baru dibina ini.' Syafiq menghampiri Rina perlahan. Dia melihat wajah isteri yang baru dinikahinya itu. 'Ya Allah, jadikan dia bidadari ku di dunia dan di akhirat.'

Syafiq menghulurkan tangannya untuk dicium oleh isterinya lalu, di sambut syahdu oleh Rina. Sungguh mengharukan suasana tersebut.

Kini, selesai sudah majlis akad Syafiq dan Shahira beserta Ariff dan Athirah. Semuanya berjalan lancar. Mereka duduk melayan tetamu yang hadir. Sungguh ceria sekali, terpancar seri pengantin kedua-dua pasangan tersebut.

"Alhamdulillah.. selesai sudah majlis akad. Hampa semua siap-siap, sat gi pukui 2 nak sanding pulak." pesan Dato' Ridhwan kepada anak-anaknya.

"Baik yah." Jawab mereka serentak.

"Pergilah makan dulu, jamah-jamah ka apa yang patut, mandi semua." Tambah ayahnya lagi. Di balas dengan anggukan dari kedua anaknya dan anak menantu.

"Sayang, jom makan." Ajak Ariff kepada isterinya dan mereka pun pergi menikmati jamuan. Tinggallah Syafiq dan Rina di situ dengan wajah kekok.

"Err.. awak nak makan?" tanya Rina kekok tetapi, dia cuba menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Syafiq.

"Entahlah, saya tak tahu. Awak nak makan?" tanya Syafiq semula.

"Saya tak rasa lapar lagi. Tapi, kalau awak nak makan, saya temankan." Balas Rina tanpa memandang Syafiq. Malu mungkin?

"Hmmm.. boleh jugak. Kita kongsi eh?"

'Kongsi?' Soal hati Rina.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now