Bab 51

4K 113 4
                                    

Selama seminggu mereka di Pulau Rawa, banyak kenangan indah yang tercipta. Mereka juga sama-sama mengenal hati budi masing-masing. Baik dan buruk diterima seadanya.

"Maafkan saya, Syafiq.."

"Sayang, kenapa ni?" Syafiq pelik melihat isterinya yang tiba-tiba sahaja sedih.

"Maaf, kalau awak high-expectation tentang saya. Saya banyak kekurangannya." Arina membuat nada sedih.

"Shuhh!" Syafiq meletakkan jari telunjukknya di bibir mulus Arina. "Saya terima awak seadanya, sayang. Dari dulu sampai sekarang."

"Ha?! Dari dulu sampai sekarang??" Arina membuat reaksi terkejut. "Saya tak faham."

"Hehe.. janganlah buat muka macam tu."

"Eiiii.. awak ni, sengaja kan nak memain." Arina mencubit manja lengan suaminya.

"Auchh! Bisa tu boleh tahan.. huhu.." Syafiq mengusap lengannya yang menjadi mangsa cubitan manja Arina.

"Padan muka!" Arina menjeling pula.

"Betullah.. dari dulu sampai sekarang.. tetap cantik, tetap comel, tetap pau dan paling penting tetap clumsy! Hahaha.." Syafiq sudah ketawa besar.

"Awak pernah kenal saya ke?" Arina mencebik melihat reaksi suaminya yang seperti mengejeknya itu.

"Tak. Tapi, saya pernah lah jugak terserempak dengan awak sebelum ni. Hahaha.. kelakar betul!"

"Masa bila?"

"Firstime, masa kat kedai buku. Awak terlanggar saya." Syafiq memulakan sesi 'throwback'.

"Erkk? Saya tak ingat. Ada ke?" Arina cuba mengingat kembali. 'Ada ke? Aku ni dahla selalu pergi kedai buku, tak teringat pulak pernah jumpa dia.'

"Ada! Kemain lagi awak khusyuk baca novel sampai tak pandang kiri kanan, saya yang jadi mangsa sampai bahu saya sakit tauu dan.. habis terabur buku-buku kat situ, awak kerjakan. Hahaha.."

'Ahahh! Mamat kening tebal tu ke?' Arina teringat kembali kisah lamanya. Dia tersenyum dan tergelak kecil. "Ohh.. masa tu rupanya. Serious talk, saya tak perasan awak! Maafkan saya."

"Masa tu jugaklah, saya jatuh cinta pada awak tahu?" Syafiq memegang tangan isterinya. Arina membalasnya dengan pandangan kasih. "Mata awak tu, pipi pau awak tu. Hahaha.." sempat lagi dia mengusik. "Tapi, dulu takdalah se'pau' ni. Hahaha.." lagi sekali Syafiq mengusik.

Arina pantas memegang pipinya sambil membuat reaksi monyok. Dia malu. "Jadi, awaklah pemilik kening tebal tu. Haha.. sekarang nampak lain, awak cukur kening ke?"

"Mana ada. Berdosa tau cukur-cukur kening ni." Dia mengangkat-angkat keningnya. Arina tergelak kecil. 'Tak berubah apa pun, kening tu tetap kening pilihan hatiku.. huhuhu..'

"Hahaa.. comel sangat!" Arina mencubit pula pipi suaminya. Geram!

"Awak lagi comel! Pergi pasaraya pastu bebel-bebel sampai tak sedar lantai licin. Selamat ada 'The Flash' nih tau? Zup zupp!!  Sampai untuk menyelamatkan awak. Hahaha.."

"What?! Tu pon awak ke?" Arina menekup mulut kerana terkejut. Banyak kebetulan rupanya..

"Hahaha.. yelah. Awak ni memang clumsy." Syafiq tidak berhenti mentertawakannya. 'Lucu sangat ke?' Arina menarik muka tanda merajuk.

"Alolololo.. sayang, please jangan merajuk lagi. Huhuhu.." pujuk Syafiq sambil membuat muka comel. Arina berpaling sambil menyembunyikan senyuman bahagia. "Acececehhh.. senyum bahagia nampak?" Syafiq mengusiknya pula.

"Mana ada!" Arina membuat muka selamba.

"Yelah tu.. sayang, sayang sayang sayang tau? Sayang sangatt.." kata-kata Syafiq lagi sekali membuatkan Arina merasa seperti di awangan. Bahagia lagi. Huhuhu..

---

"Sayang, kali ni saya kena pergi Singapura lagi." Syafiq berkata selepas menjawab satu panggilan. Arina tidak memberikan apa-apa reaksi. Faham sudah dengan kerja suaminya itu.

"Kali ni berapa lama?" Tanya Arina, dia kembali diam.

"Mungkin tiga hari." Syafiq melihat reaksi isterinya seperti merajuk dan dia kembali bersuara. "Sayang, saya pergi sekejap jer.." Syafiq cuba memujuk lembut.

"Hmm.. okay." Arina tersenyum. Namun, di dalam hatinya ada sedikit merasa curiga.

---

Arina mendail nombor seseorang, dia akan cuba meminta bantuan bagi mendapatkan kepastian. Dia tidak mahu ragu-ragu lagi.

"Assalamualaikum." Arina menyapa dahulu apabila mendapati talian sudah bersambung.

"Waalaikumusalam.. Rina?"

"Ya, saya. Zarul, saya nak minta tolong. Boleh?" Arina menarik nafas dalam. 'Harap Zarul dapat bantu aku.' Bisik Arina.

"Yeahh, sure Arina. What?" Tanya Zarul. Dia akan membantu apa sahaja kerana dia sudah menganggap Arina seperti kawannya dan juga bekas bakal kakak iparnya.

"Tolong tengokkan Syafiq."

"What do you mean?" Zarul terkejut dengan permintaan Arina.

"Entahlah. Saya tak tahu kenapa saya tertanya-tanya. Dia macam sorokkan sesuatu daripada saya." Arina sudah bernada sedih.

"Okay, okay. Awak keep calm okay?"

"Hmm.. okay."

"Jangan risau, saya akan tengokkan Syafiq. Awak jangan fikir sangat okay?"

"Okay, Zarul. Terima kasih sebab sudi tolong saya." Arina merasa sedikit tenang.

"Aipp.. tak mau cakap macam tu. Kita kan kawan? Saya akan bantu apa yang termampu." Zarul cuba memujuk.

"Tapi, awak kena janji dengan saya. Lepas awak dah tahu, awak kena bagitahu saya. Anything okay? Saya nak awak jujur jugak dengan saya. Jangan sorokkan apa-apa."

"Okay, In Shaa Allah."

"Okay, Zarul. Terima kasih lagi sekali. Assalamualaikum.." Arina menamatkan panggilan sesudah Zarul membalas salamnya. Dia berharap sangat Zarul dapat membantunya.

---

Zarul menjalankan aktiviti menyiasat tentang Syafiq. Ke manapun Syafiq pergi dia mengikutinya.  Setiap gerak-geri Syafiq dari airport di perhatikannya.  "Hmm.. setakat ni, Syafiq okay je. Takda yang mencurigakan." Dia terus menerus mengikuti Syafiq dengan berhati-hati. Takut di sedari oleh Syafiq.

"Maafkan aku Syafiq, aku bukan tak percayakan kau. Tapi, aku kena pastikan kau tak menyakiti hati Rina. Aku dah berjanji dengan arwah abang aku untuk jaga dan pastikan Rina bahagia, walau bukan dengan aku sekalipun. Kalau betul kau curang, hmm.. aku tak teragak-agak untuk rampas Rina dari kau." Bisik Zarul sambil memerhatikan Syafiq di kejauhan. Syafiq masih tidak menunjukkan apa-apa yang mencurigakan. Sampai sahaja di Hotel Suria, kelihatan Syafiq telah mendaftar masuk. Sesi penyiasatan Zarul di hentikan kerana tubuhnya telah penat.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now