Bab 21

4.8K 151 0
                                    

Imbauan lalu..

"Abang!" Panggil Anis kepada Syafiq.

"Haa.. kenapa?"

"Takda apa, saja. Jom keluar?" Ajak Anis.

"Malaslahh.. pergilah ajak Tengku Farhan sana." Tolak Syafiq.

"Kan Anis dah cakap, Anis tak suka Farhan tu!" Bentak Anis. 'Abang Syafiq ni tak tahu ke yang aku ni suka dia?' omel Anis di dalam hati.

"So?" Syafiq malas mahu melayan kerenah Anis yang kadang-kadang tu mengada semacam.

"Abang temanlah Anis. Pleasee.." Anis membuat muka ajet-ajet comel pula. Namun, tidak dilayan Syafiq.

"Malas!"

"Ok, fine!"

"Anis, apa kata papa dan mama Anis nanti, Anis kan dah nak bertunang. Kita bukan kecil lagi, dah tak boleh nak macam dulu. Kita kan ada batas dalam pergaulan?" Pujuk Syafiq pula. Kali ini, dia menggunakan pendekatan yang lebih lembut agar dapat menyedarkan Anis.

"Anis tahu. Tapi, Anis tak sukalah Tengku Farhan tu. Kenapalah papa dan mama tak jodohkan kita je kan?"

"Ishhh.. ada pulak ke situ. Mungkin papa dan mama Anis dah ada yg terbaik untuk Anis, anak tunggal mereka."

"Tapi, Anis tak kenal pun dia tu. Entah siapa-siapa entah." Anis mencebik menyampah.

"Anis kenallah dia dulu. Mesti ada sebab yang baik kenapa papa dan mama Anis jodohkan dia dengan Anis. Takkanlah dorang nak jodohkan Anis dengan penyangak pulak kan?"

"Hmmm.."

"Kalau lepas kenal dia, Anis still tak suka, Anis bagitahu la papa dan mama kay?"

"Anis dah terbiasa dengan abang, Anis taknak orang lain."

"Eh, tak bolehlah gitu. Anis kenal dulu dengan Tengku Farhan tu."

"Bosanlah abang ni. Sama je dengan papa dan mama."

"Abang dah anggap Anis ni macam adik abang ja. Adik beradik mana boleh kahwin." Syafiq menasihati dengan lebih lembut sekali takut melukakan hati Anis. "Dengar cakap abang, kenal dulu Tengku Farhan tu. Tak kenal maka, tak cinta." Ucap Syafiq lagi kepada Anis.

Anis sudah di anggap seperti adiknya sendiri. Dia mengganggap setiap yang diperkatakan Anis itu hanyalah satu gurauan dan tidak mengambilnya serius. Jikalau benar Anis ada perasaan kepadanya, dia akan membuat langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan ianya berlaku.

Syafiq tersedar dari imbauannya.

Salah satu caranya untuk mengelak dari Anis iaitu dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara. 3 tahun dia pergi belajar di Jordan dan 2 tahun juga dia mencari pengalaman bekerja di sana, sudah cukup membuatkannya bertambah matang dalam membuat keputusan. Dia juga telah memberitahu kepada kedua ibu bapa Anis akan perasaan Anis kepadanya. Dan sebagai langkah berjaga-jaga mereka telah sepakat memisahkan mereka.

Setelah 5 tahun, Syafiq balik ke Malaysia semula. Anis pula sangat teruja untuk bertemu dengan Syafiq setelah sekian lama menahan rasa. Namun, semuanya berubah apabila Syafiq sengaja menemukan Anis dengan Tengku Farhan. Anis beransur-ansur mengalihkan perhatiannya kepada Tengku Farhan. Lama-kelamaan, Anis dan Tengku Farhan jatuh cinta. Benar kata orang, tak kenal maka, tak cinta!

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now