Athirah membawa Rina menaiki keretanya menuju ke destinasi mereka.
"Berapa jam lagi ni nak sampai?" tanya Rina. Sudah cukup panas punggung dan lenguh-lenguh pinggangnya. Dia menggeliat kecil di sebelah penumpang.
"Dalam lebih kurang satu jam ja lagi. Sabar kay? Hehe.."
"Hmm.. sakit dah punggung saya ni tau?" Rina membetulkan kedudukkannya di tempat sebelah pemandu itu.
"Sabar kay? Hehe.." daripada tadi asyik sabar, sabar, sabar. "Rina, saya nak tanya boleh?" Athirah memecah kesunyian.
"Tanya apa? Tanyalah.."
"Saya tanya, awak jangan marah tau?" Athirah menunggu reaksi positif Rina.
"In Shaa Allah." Rina tersenyum. "Dah, nak tanya, tanya jelah tapi, jangan lupa fokus kat depan tu." pesannya pula.
"Okay, saya tanya eh? Awak tak nak cari peganti tunang awak?" Tanya Athirah tersekat-sekat suaranya kerana takut salah cakap. Lama Rina berdiam diri. "Rina, maafkan saya. Takpe, kalau awak taknak jawab. Saya faham. Ok, lupakan k?" tiba-tiba, Athirah rasa bersalah kerana bertanyakan soalan itu.
"Hmmm.. sokay Tirah." Rina bersuara dalam nada ceria. Serba salah jadinya Athirah.
"Awak, maafkan saya." Athirah sudah cuba meraih tangan Rina di sebelahnya sambil fokus dengan pemanduannya. Di genggam erat setelah merasakan tangan Rina dapat dicapainya.
"Sokay, fokuslah pandang depan sana." Athirah melepaskan tangan Rina perlahan. "Sejujurnya, tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Mir dalam hati saya. Tapi, jodoh tu ketentuan Allah kan? Kita tak tahu lagi macam mana akhirnya. Jadi, saya dah tinggalkan lagi sikit ruang untuk yg 'lain' singgah. In shaa Allah, itu pun kalau sempat berjodoh dengan manusialah. Tapi, kalau dah ajal pulak macam mana kan?" Rina memberikan jawapannya.
"A'ah, betul tu. Ajal, jodoh semua rahsia Allah." Athirah mengiyakan jawapan Rina. "Awak jangan sesedih okay? Saya ada. Family awak ada." Lalu, Athirah tersenyum lagi.
"Tapi, buat masa ni saya still tak boleh lupakan arwah Mir lagi. Dia terlalu istimewa buat saya. Cuma Allah tak izinkan untuk kami bersama. Allah pinjam kan dia hanya sementara buat saya. Saya bersyukur sangat sebab dapat kenal dia, sayang dan menyayangi dengan dia serta mencintai dia. Semua tu ada hikmahnya."
"Fitrah kehidupan kan, ada yang datang dan ada jugak yang pergi. Cuma tulah, lambat atau cepat sahaja."
"Jangan risau, sekarang saya dah boleh terima kenyataan yang Mir bukan untuk saya, dia hanya pinjaman daripada Allah. Dua tahun jugak saya dah bazirkan masa meratapi kepemergiannya. Cukuplah saya menyusahkan ibu, ayah, kak long, abang dan semua keluarga saya. Kenapalah saya lambat sedar semua ni. Astaghafirullah.." sayu saja bunyinya.
"Takpelah, sekarang awak dah tebus balik. Lagipun bukan awak yang minta semua ni jadi kan? Maaf, saya tak selalu jenguk awak masa awak sakit dulu."
"Takpe, saya faham. Saya pun tak ingat awak kalau awak datang masa tu. Terima kasih jugak sebab awak selalu call ibu saya tanya dan ambil berat pasal saya. Doakan saya ya?"
"In shaa Allah. Okaylah, kita tutup pasal ni yaa.. Lagipun dah nak sampai dah ni tempat tu."
Athirah terus memfokuskan terhadap pemanduannya. Arina Shahira pula duduk berdiam diri memikirkan apakah kesudahannya nanti. Moga hatinya akan lebih tenang setelah dia berjaya menyibukkan diri nanti.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...