Bab 1

9.5K 274 0
                                    

"Mirrrrrr!!" Jerit Rina di dalam tidurnya.

"Rinaa.. Rinaa.. bangun sayangg.." lembut suara yang mengejutnya itu. Terpisat-pisat Rina bangun. Dia terus memeluk tubuh ibunya itu. "Rina mimpi Mir lagi ya?"

Saat mendengarkan itu, Rina terus menangis lagi dan lagi. Terhinjut-hinjut bahunya dan boleh terdengar esakan kecil Rina di dalam pelukkan ibunya.

"Ibu, Rina tak boleh!" Adunya dalam esak tangis. Ibunya, Puan Saleha mengusap lembut kepalanya cuba menyalurkan kekuatan kepada anak perempuannya itu.

"Rina sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Mir okay sayang? Doakan Mir supaya tenang kat sana." Nasihat lembut ibunya. Dia sudah tidak dapat menahan betapa sakitnya dia apabila melihat keadaan anaknya itu sekarang. Nalurinya sebagai seorang ibu adalah untuk melihat anaknya itu tersenyum semula. 'Ibu nak Rina yang dulu sayangg..' rintih ibunya.

Akhirnya, air mata ibunya juga mengalir mencurahkan rasa kesedihan yang telah lama terbuku di hati. Rina mengangguk lemah dan mengemaskan pelukannya.

"Rina kan dah janji dengan Mir, Rina nak bahagia?"

"Rina cuba, bu.." berat sungguh hatinya ingin melupakan Mir. Insan yang telah berjaya mencuri hatinya itu. Kini, hanya tinggal kenangan. 'Bagaimana cara untuk saya lupakan awak Mir??'

"Rina mesti kuat, untuk diri Rina, untuk kami semua dan untuk Mir jugak. Okay?" Ucap ibunya sambil menyeka air mata yang bersisa di pipi Rina. Rina memejamkan matanya cuba menghindari dari rasa kesedihan yang menyelubungi dirinya di saat itu. Namun, tidak jua hilang. 'Allah.. ampunkan aku.'

Sudah setahun, peristiwa pahit itu berlalu namun, Rina masih lagi begitu. Mana tidaknya, tunang yg dicintai mati kerana ingin menyelamatkannya. Rina lebih suka menangis, bersendirian serta merintih di dalam biliknya. Makan dan minum pun terabai. Hanya makan dan minum sekali sehari sahaja. Sesiapa yang melihat keadaannya yg tidak terurus itu pasti akan kasihan kepadanya.

'Ya Allah, kembalikanlah kebahagiaan yang dulu kepada anakku. Kami ingin melihatnya seperti dahulu. Rina yang manja, suka mengusik, petah berkata-kata serta seorang yang aktif. Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepadanya agar dia kuat menghadapi dugaanMu ini ya Allah. Amin ya Rabbal Al Amin.' Bisik hati ibunya.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now