Bab 14

5.4K 168 0
                                    

Program Kepimpinan..

"Assalamualaikum?" Tegur seorang yang tidak di kenali mereka sesudah mereka berdaftar. "Saya Anis Nabilah binti Ahmad, panggil Anis ja. Cikgu sekolah jugak ke?" Ucapnya lagi sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan mereka.

"Waalaikumusalam. Saya Athirah Jamal, panggil Tirah. Ni kawan saya Arina Shahira Ridhwan." Balas Athirah mesra sambil memperkenalkan sekali Rina.

"Boleh panggil saya, Rina." Dia menghulurkan juga tangan dengan mesra tanda salam perkenalan.

"Ohh.. kita satu bilik kan?"

"Eh, bilik saya dan Tirah, A03. Awak?"

"Samalah! Hahaha.. jom!" Mereka menujuk ke arah bilik mereka.

Di malam hari..

Selesai solat berjemaah Maghrib dan Isyak di Masjid At-Tarbiyyah, Kg. Sri Mersing, mereka di hidangkan makan malam.

"Awak okay tak Rina? Kenapa makan nasi dan sayur je, diet ke?" Perli Athirah sekadar ingin bergurau.

"Hmmm.. saya okaylah. Cuma ikan tu, saya tak makan." Bisik Rina perlahan takut di dengari oleh orang lain. Almaklumlah, mereka jugak duduk satu meja dengan orang lain termasuk lelaki.

"Ehh, awak tak makan ikan tu? Ikan keli?" Athirah bercakap kuat. Rina terus mencubit lengan sahabat baiknya itu. 'Ishh.. cakaplah slow-slow, malu tahu tak?' Bebel hatinya.

"Diamlah sikit, kang orang dengar." Memang semua di meja itu sudah terdengar perbualan mereka di sebabkan Athirah tadi.

"Hehe.. maaf. Jadi, macam mana ni? Kesian awak. Takkan nak makan sayur ja."

"Hmm.. sokay. Takpelah." balas Rina lemah sahaja bunyinya. Dia menambah kuah sayur kobis lemak tu ke dalam pinggannya itu lagi. 'Hmm.. cukuplah ni.'

Tiba-tiba, salah seorang lelaki yang duduk di hadapan mereka itu meletakkan sesuatu di hadapan Rina. Apabila dia mengangkat mukanya, dia terkejut kerana terdapat telur dadar yang tinggal separuh. 'Erkk, mamat ni nak bagi aku makan ke?' Tanya hatinya. Dia hanya memerhatikan reaksi lelaki tersebut. Namun, tiada balasan.

"Makanlah, Rina. Sepupu saya tu macam awak juga. Dia tak makan ikan keli." bisik Anis kepada Rina.

"Haa?" Rina sudah blur. 'Sepupu?'

"Ni ha, Syafiq ni sepupu saya. Dialah yang bagi awak telur dadar tu. Makan jelah, kesian awak. Takkan nak makan nasi kosong je."

"Makan jelah Rina. Rezeki jangan ditolak!" Bisik Athirah pula. Melihatkan respon Rina yang blur itu, Athirah ringan tangan mencubit telur dadar itu lalu, diletakkan di dalam pinggan. "Malulah tu.." ejek Athirah.

"Ishhh.. mana ada. Nak makanlah ni." Rina hanya tertunduk. Tidak memberikan apa-apa reaksi. Kosong. 'Terima kasih.'

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now