Bab 36

4.3K 128 0
                                    

"Hello, Assalamualaikum."

"Hello, Waalaikumusalam."

"Saya nak jumpa awak malam ni, pukul 9."

"Ni termasuk ke yang 30 minit tu?"

"Terserah pada awak."

"Ok. Dimana?"

"Cafe Masam Manis."

"Baiklah."

Talian di matikan oleh Rina. Syafiq pula termanggu memikirkan apa yang mahu tunangnya itu ingin sampaikan malam nanti.

'Dia nak putus tunang ke?' bisik hati mengakalnya.

"Ishhh. Tak lah! Takk mungkin!" Bidasnya pula cuba menafi.

'Dia nak cakap dia suka aku ke?' Lagi sekali hatinya menyoal.

"Ehhh.. takda lah tak mungkin! Serius saja bunyinya."

'Entah-entah dia nak cakap dia dah ada orang lain???'

"Lagilah tak mungkin! Bercakap dengan orang sangat pun tak!" Syafiq Khair masih bersoal dengan hatinya.

'Habistu apa? Mesti perkara yang penting kalau tak, mesti dia tak ajak berjumpa.'

"Ahhh.. tunggu jelah nanti malam."
Kesimpulannya, dia cuba untuk husnudzon sahaja. Bersedia untuk apa sahaja kemungkinan yang bakal Rina cakapkan.

-----------------------------------------------------------

"Ada apa awak nak jumpa saya?"

"Di sebabkan kita hanya ada dua minggu lagi sebelum nak langsungkan majlis perkahwinan kita jadi, saya nak ceritakan serba sedikit tentang saya. Dan terserah pada awak nak buat apa lepas ni. Samada nak teruskan atau tidak. Dengar dulu saya cerita baru tanya ya.."

'Ohh.. pasal dia rupanya.. Hmm..' bisik Syafiq. "In Shaa Allah.." Balas Syafiq pendek namun, tenang sekali bunyinya. Dia bersedia mendengar cerita dari tunangnya itu. Walaupun serba sedikit dia sudah tahu perihal Rina kerana dia ada melawat bakal mertuanya dalam diam.

"Ok, Bismillah.. sebelum ni, saya pernah bertunang. Nama tunang ehemmm.. bekas tunang saya Zamir Affandi bin Alias. Kisah kami tak kesampaian, dia pergi dulu sebab nak selamatkan saya. Saya redha walaupun ambil masa yang lama untuk pulih trauma tu. Saya ni ada pelbagai masalah hati dan kalau betul awak boleh terima saya, saya harap awak dapat jaga hati saya."

"Dah habis ke? Boleh saya tanya?"

"Hmmm.. silakan."

"Sebab apa ya dia pergi?"

"Arwah Mir adalah seorang anggota polis, di bahagian siasatan jenayah. Dalam seminggu sebelum kejadian tu dia ada cakap kat saya dia tengah cover satu kes besar dan suruh saya hati-hati sebab penjenayah tu ada ugut nak cederakan orang yang Mir sayang." Dia berjeda seketika untuk menarik nafas panjang. Sejujurnya dia ingin melupakan kisah pedih ini tapi, dia perlu tekadkan hati untuk menceritakan kepada bakal suaminya itu agar tiada rahsia antara mereka.

'Tepatkah keputusan aku buat ni untuk menceritakan segalanya pada Syafiq?' Dia menyambung semula. "Namun, Mir belum ada cara untuk tangkap penjenayah tu. Sampailah satu malam tu, lepas saya hangout dengan kengkawan saya, tetiba saya kena culik masa tengah cakap dalam telefon dengan Mir. Malam tu malam kemuncaknya, Mir buat pelbagai cara untuk selamatkan saya. Saya tak tahu penjenayah tu bawak saya ke mana kerana saya tidak sedarkan diri."

"Then, apa jadi?"

"Dan apabila saya sedar, saya di ikat oleh penjenayah tu. Dia cakap dia dah rancang semuanya untuk mengumpan Mir datang berjumpanya berseorangan. Mir datang untuk selamatkan dengan bersyarat tidak membawa senjata mahupun anggota-anggota polis yang lain. Mir rahsiakan perkara ni daripada pihak polis demi keselamatan saya."

"Awak okay tak ni? Takpelah kalau awak tak nak teruskan." Pujuk Syafiq apabila melihat ada mutiara jernih di tubir mata Rina. Dia sudah tahu cerita pedih Rina ini daripada bakal mertuanya. Namun, dia mahu mendengarnya dari Rina pula.

"Penjenayah tu suruh pilih antara saya dan Mir. Mir pilih dirinya dan dia terkorban. Saya lihat dengan mata saya sendiri dia ditembak dan dia.. Dia menghembuskan nafasnya terakhir dipangkuan sayaa..." Akhirnya, air mata Rina mengalir dengan laju.

Tapi, dia lega, kerana dapat menceritakan segalanya kepada Syafiq. Yakni, dia sendiri tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun apa perkara sebenar yang berlaku disebabkan depression yang dialaminya itu. Keluarganya hanya tahu melalui laporan siasatan polis yang dibuat untuk menangkap penjenayah itu.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now