Hati Syafiq terusik apabila melihat gambar-gambar kenangan mereka di Tanjung Resang Challet, Mersing minggu lepas. Pelbagai kenangan suka dan duka dia lalui bersama The Brave Red. 'Aishh.. comel je 'budak' ni.' Waktu dia menuturkan kata itu matanya tertancap pada Rina. Namun, dia tidak menyedari reaksi spontannya itu.
"Fiq tengok apa tu? Meyh sini mama tengok." Pinta ibu Syafiq, Puan Sri Khatijah yang datang tiba-tiba.
"Ehh mama, takda apalah." Syafiq cuba menyembunyikan gambar dia berdua dengan Rina yang kelihatan janggal itu.
"Meyh sini mama nak tengok. Cepat! Dah pandai ye nak sembunyikan dari mama." Puan Sri Khatijah cuba meraih gambar tersebut dari tangan anaknya. Dengan tersengih-sengih Syafiq pun memberikan gambar-gambar tersebut kepada ibunya. Ibunya membelek-belek gambar itu satu persatu.
Dan tiba pada gambar yang terakhir.. "Cantik! Apa nama dia?"
"Apa yang cantik mama? Siapa?" Syafiq berpura-pura tak tahu.
"Elehh, jangan nak soroklah. Mama tengok Fiq duk tersengih-sengih dari tadi tengok gambar ni. Apa nama dia?"
"Hehe.. Arina Shahira. Tapi, kami tak ada apa-apa pun maa.. dia sama-sama jadi fasilitator group dengan Fiq masa program tu." Terang Syafiq. Entah kenapa hatinya berbunga bila menyebut nama Arina Shahira. 'Gadis yg sama telah mengetuk pintu hatiku dahulu.. hmmn..' hati lelakinya berbisik.
"Yelah tu. Dahla, jom teman mama shopping."
"Okay maa, sekejap Fiq bersiap." Syafiq pun bingkas bangun untuk bersiap-siap. Mereka berdua pun keluar menuju ke Hilton Mall.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...