Syafiq kurang fokus dengan pemanduannya. 'Kau sudah berpunya!' Jerit hatinya. Tanpa disedarinya, dia telah menghentak stereng keretanya. Mamanya di sebelah sedikit terkejut dengan reaksi tiba-tiba anaknya itu.
"Fiq, okay tak ni? Kalau tak ok, kita berhenti sekejap?" Ujar mamanya cemas.
"Haa? Maaf, ma.. Fiq terlupa tadi." Dia cuba berdalih.
"Terlupa apa? Terkejutkan mama je lah Fiq ni. Nasib baik takda lemah jantung tauu.." Mamanya tahu semenjak pulang bershopping dengannya haritu, Syafiq banyak berubah. 'Nih tak lain lah ni, patah hati si Arina Shahira tu dah berpunya. Haishh.. kesian anak aku.' Bisik hatinya.
"Takda apa lah maa.. Hal pejabat." Syafiq masih mahu menyembunyikan perasaannya. "Maa, harini maa masakkan lauk asam pedas ye? Fiq ngidamm.. huhuhuu.." dia cuba ubah topik pula.
"Haa.. yelah. Papa kamu pun semalam ada bagitahu mama, dia teringin nak makan asam pedas." Puan Sri Khatijah tahu bahawa anaknya cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. 'Mama tahulah Fiq, jangan berlakon.'
"Yeayyy!"
"Tak payah nak yeayy sangat. Balik ni tolong mama kat dapur!" Arahan Puan Sri Khatijah sama seperti arahan seorang ketua kepada orang suruhannya. 'Nanti mama korek jugaaa.. jangan nak rahsia sangat ya, Fiq..'
"Hehee.. baik, maa!"
'Fuhh.. selamat mama tak tanya banyak!' Lega.
----------------------------------------------------------
5 tahun dahulu..
Syafiq bermundar mandir di dalam kedai buku Popular itu. Dia mahu membeli buku-buku motivasi kesukaannya. 'Hmmm.. baru dua, nak lagi satu lah!' Bisik hatinya.
Dia pun pergi di sekitar kawasan rak motivasi yang bersebelahan dgn rak novel. Kelihatan seorang gadis sedang asyik membelek sebuah novel. Dia hanya memandang kosong ke arah gadis tersebut. Lalu, Syafiq pun terus mencari-cari buku motivasi yg lain.
"Haishh.. ni semua dah ada. Takda yg latest ke?" Bisiknya perlahan sambil berjalan tanpa menoleh ke hadapan. Tiba-tibaa..
Dushhh!!
Bertebaran buku di lantai akibat dari perlanggaran yg tidak terduga itu. Habis buku-buku yg dipilih Syafiq tadi bercampur dengan buku yang telah terjatuh itu. 'Salah siapa ni?' Soal hati Syafiq."Maaf, saya tak nampak awak tadi." Ucap gadis itu. Dia mengemas semua buku yang jatuh ke lantai. Pekerja di kedai buku Popular juga turut membantunya. Syafiq masih tercengang. Dia menggosok-gosok lengannya yang sengal itu. 'Boleh tahanlah sakitnyaa..'
"Encikk??" Ucap gadis itu sambil melambai-lambai tangannya ke arah muka Syafiq. Syafiq tersedar dari lamunannya.
"Haa?"
"Maaf, saya tak sengaja."
"Okay." Namun, Syafiq lagi terpaku apabila melihat lirikan mata gadis yg melanggarnya tadi. 'Mata dia..'
"Ehh, sayang. Kenapa ni?" Tiba-tiba, satu suara mencelah. Syafiq kembali ke dunia yg nyata.
"Taklah, tadi saya terlanggar dia." Gadis itu menjawab. 'Suami ke tunang ke pakwe dia?' Soal Syafiq di dalam hati. "Maaf encik, tak sengaja." Ucapnya sekali lagi.
"Encik, okay? Rina okay tak?" Tanya lelaki itu ramah.
'Pakwe dia kott..' Syafiq membuat kesimpulan sendiri. Saja ingin menyedapkan hati yang telah dicuri itu. "Haa? Saya okay. Maafkan saya juga." Balas Syafiq sambil mengurut-urut lengannya yang terasa sengal itu.
"Baguslah.. betul ni encik tak apa-apa? Kami boleh hantarkan ke hospital, kalau encik mahu."
"Its sokay, tak mengapa. Terima kasih." Syafiq membalas ramah sambil tersenyum kelat. Gadis di sebelah lelaki itu tersenyum sedikit dan menunduk.
'Kening dia ya Allah..' bisik gadis itu.
"Okay, kalau macam tu kita pergi bayar lah. Rina dah habis pilih?" Mereka pun berlalu pergi meninggalkan Syafiq yg termanggu di situ. 'Rinaa..'
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...