BAB 1:Anak Pungut!|PROLOG|

97.1K 1.2K 35
                                    

Matahari sudah pon berada tegak di atas kepala.Walaupun matahari sudah terbit,aku masih lena di atas katil.Kepenatan malam semalam ke clubing masih lagi terasa.Itulah runting harian ku sebagai pelajar kolej yang keras kepala dan sosial.

"Bella!! Dah pukul berapa dah ni!.Harini takde kelas ke? Bella??.Dengar tak ni?"

Pintuku diketuk oleh lelaki yang bernama Ad,abang angkatku.Kami dibesarkan bersama oleh bapaku,En.whoohyun.Tetapi,tiada sedikit pon perasaan sayangku kepadanya.Malah,aku lebih benci dengannya.

Aku tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu.Kini,yang tinggal hanya kasih sayang seorang Ayah.Kasih sayangku dibahagi dua akibat hadirnya si anak pungut itu.

"Bella?? dengar tak apa abang cakap ni? Bangun sekarang". Ad meneriak di luar bilikku.Aku hanya memekakkan telinga.Ikutkan hati nak aje aku maki hamun dia.

Ad terus masuk ke dalam bilikku.

"Bella bangun sekarang! apa nak jadi dengan bella ni?? tiap-tiap malam pergi club, and then bangun lewat." leterannya aku tidak menghiraukan.

Aku masih memekakkan telingaku.

"Bella nak abang guna cara kasar ke?" Ad mengugut ku

Pantas aku bangun dan meliat.

"Kau ni pagi-pagi dah memekak! lepastu main masuk je dekat bilik aku ni. Kau fikir besar sangat ke pangkat kau sampai nak tengking-tengking aku?". Aku menengking Ad dengan nada suara yang tinggi.Marahku mula membuak.

"Nak kurang ajar lah ni? sekarang ni bukan pagi but tengahari." selamba Ad menjawab

"Kau dengar sini eh! hidup aku,life aku.Kau jangan nak sibuk ambil tahu pasal aku.Kau tu hanya anak pungut je.Sedar diri tu sikit anak pungut!". Aku melenting. Rambutku yang serabai terus diabaikan olehku kerana perasaan marahku terlalu kuat.

"Abang taknak gaduh dengan Bella sekarang.Now,pergi mandi". Ad kelihatan tenang ketika menjawab.

Aku telah lama mempunyai hasat iri hati dengannya kerana dia dah rampas kebahagiaan yang aku ada dulu.Itulah punca utama yang menyebabkan aku benci dengannya.Dia fikir, dia tu bos agaknya.Semua kena dengar cakap dia termasuklah papa.

"Oii anak pungut!! kau bukan bos dekat dalam rumah ni eh! behave sikit! anak pungut ni memang biadab eh?"Sindiranku membuatkan dia sentap

"Jaga mulut tu sikit bella!"

"kalau aku taknak,kau nak buat apa dengan aku?."

Aku langsung tidak mempunyai perasaan takut dengannya walaupun dia seorang lelaki dan aku pula hanya seorang perempuan.Perempuan pon kuat jugak! Dia ingat aku ni perempuan yang suka dengar cakap lelaki agaknye!.

Pantas pipiku ditampar oleh Ad.Aku rasa seperti berada di dalam penjara yang terkurung dan terkawal. Rasanya amat perit!.Dialah orang pertama yang menamparku di dunia ni.Mak bapak aku pon tak pernah nak berkasar dengan aku.Aku menyelak rambutku yang tempias akibat ditampar olehnya.

"Aku benci kau Ad!! aku benci kau!!."

Aku memegang pipiku yang kemerahan dan hampir menitiskan air mataku.Aku tetap gagahkan raut wajahku supaya tidak menunjukkan yang aku sedang bersedih.

Pintu bilik air di dalam biliku dicapai.Aku menghempas pintu itu dengan kuat untuk memberi isyarat dengannya bahawa aku sedang marah.

"Dumm!!!" pintu yang dihempas olehku berdentum dengan kuat.

"Haish..degil betul budak ni.Nak je aku tumbuk mulut dia tadi.Nasib baiklah perempuan." Ad berleter keseorangan.

Setelah selesai mandi dan bersiap,aku turun ke bawah.Aku melihat papa sedang bersantai sambil membaca surat khabar.

"Aik?? papa tak pergi office ke harini? Aduh!..macam mana aku nak keluar ni.Mesti papa tanya macam-macam soalan.Kacau daun betullah..aku dah lambat dah ni." Aku bercakap sendirian di penjuru tangga.

Nak tak nak, aku terpaksalah redah jugak.

"Bella??Nak ke mana tu?" Papa mula menyoalku.

"Aduh! macam mana papa boleh nampak aku keluar ni?? haish..tak jadilah niat aku nak keluar diam-diam." Aku menepuk dahiku.

"Ya papa??" soalku dengan penuh lembut.Nak bodeklah katakan.

"Nak pergi mana?"

"ermm..Kelas!" Jawabku dengan sopan.

"Ada ke kelas waktu tengahari macam ni?" Papa ragu-ragu

" Ada kot."

"Kot??"

"Erm..mm..okaylah, Bella pergi dulu eh.Bye!"

Aku bernasib baik pada waktu itu kerana dapat mengelat daripada Papa.Nasib baiklah anak pungut tu takde dekat rumah tu. Kalau tak, lagi susah aku nak keluar dari rumah penjara tu.

Telefonku berdering.Sudah terpampang nama di skrin itu tertulis Jihyo,rakan baikku.

"Hello!". aku memulakan suara.

"Wei..kau dekat mana ni?? kitaorang dah lama tunggu kau tahu tak?? Suho pon ada sekali."

"Ye!! aku on the way lah ni."

"cepat sikit!"

"Ye.." Aku cuba untuk menyakinkan Jihyo.

Aku mencapai kasut tumit tinggiku yang berukuran 4 inci.Enjin kereta BMW merahku dihidupkan.Terus aku memecut laju keluar dari kawasan rumah itu.

"HELLO!!..sorry aku lambat sikit." Aku membuat riak wajah kesian.

"Kitaorang tunggu dekat sini dah hampir Setengah jam!" rungut Jihyo

"Ala..traffic jam lah.."

"Yelah Bella!!."

Aku berdiri di sebelah Suho sambil memegang erat tangannya.

" Jomlah! kata nak pergi karok."Suho mempelawa.

" Sayang..saya laparlah, kita pergi makan dulu lah." muncungku ditajamkan.

"Alolo..kesian cinta saya ni.Ok kita pergi makan dulu eh?"

"Woii cepatlah!! tak payahlah nak buat asmaradana dekat sini". Jihyo dan rakanku yang lain merungut.Sebenarnya diorang jeles sebab takde teman lelaki yang hensem macam Suho.Suho tu kira bertuahlah dapat aku sebab aku ni memang jual mahal sikit dekat lelaki.Bukan senang nak dapat aku.Ceh..Ayat..

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now