BAB 21:Untuk Dia

37K 943 37
                                    

Adakah air mata Ad ini adalah air mata untuk Ad ke jalan yang benar semula.?

"Aku dah lupa cara untuk solat,Aiman.Aku tak pandai! ..Takpe,kau pergi je lah..Orang jahil macam aku ni tak layak jejak kan kaki dekat masjid yang indah ni.!" Suara Ad makin reda

"En.Ad...percayalah yang Allah tu maha pengampun!Sejahat mana pon En.Ad ni,..kalau En.Ad dah terdetik di dalam hati ni nak berubah,just go!"

Ad memandang raut wajah Aiman yang memberikan kata semangat padanya.

"Aku ni terlalu jahat,wei!" Kelopak mata Ad mula membanjiri lagi.

"Manusia boleh berubah!! Macam ni lah En.Ad,saya boleh ajarkan En.Ad untuk mula solat!saya ikhlas nak tolong.."

Ad diam..

"Tengok masjid ni dari luar pon dah rasa berdosa,apatah lagi jejak kan kaki ke dalam.." tambah Ad lagi.

"En.Ad pernah tak terdetik dekat dalam hati untuk berubah?" Soal Aiman.

"Pernah..tapi..."

"Tak payah 'tapi-tapi' lagi dah!!En.Ad betul-betul nak berubah atau tidak?itu soalan saya"

Ad mengangguk perlahan dengan penuh ikhlas.

"Kalau macam tu,jom ikut saya!"

Aiman terus membuka pintu kereta untuk keluar dari isi kereta itu.Ad juga mengikuti langkah Aiman.

"Jom kita ambil air sembahyang dulu.." ajak Aiman..

"Tapi..Aku.." tidak sempat Ad memenuhi ayatnya,Aiman terlebih dahulu memotong.Aiman seakan tahu apa yang hendak Ad cakapkan.

"Takpe En.Ad! Saya akan ajar!"

Ad mengangguk perlahan.Sejujurnya,Ad memang malu dengan Aiman kerna dia langsung tidak tahu apa-apa.Tetapi,dia kuatkan hatinya untuk teruskan semua ini.

     "TERIMA kasih lah..Aiman,sebab kau banyak sangat ajar aku tentang agama!" Ad memulakan suara di dalam kereta.

"Takpe En.Ad,Tak payah lah terima kasih dekat saya.Saya ni hanya nak tolong saudara saya sahaja."

"Tapi,Kenapa kau beria sangat nak tolong aku ah? Padahal aku pernah cari gaduh dengan kau dulu.Ish..bila fikirkan balik,teruk juga attitude aku eh?"

"Teruk lah jugak! Haahaha! Salah ke kalau saya nak tolong En.Ad?Kalau En.Ad nak tahu,bukan senang tau orang macam En.Ad ni nak berubah.Susah nak jumpa sekarang ni! " Tambah Aiman lagi.

"Tak sangka,orang yang aku layan macam sampah sekarang ni ada dekat sebelah aku. Beria-ria nak tolong aku pulak tu.Allah..jahat betul aku ni!" Ad bermonolog sendirian

Aku tertunggu-tunggu kepulangan Ad di rumah.Pelik,kerana dari office lagi aku tidak melihat batang hidungnya.

"Haish..mana Ad ni?? Dia terasa ke apa yang aku cakap dekat office tadi?.Tapi sepatutnya aku yang terasa bukan dia! Mungkin dia keluar dengan Joy kot.Kalau bukan Club,maybe date." Pelbagai persoalan yang bermain di benakku.

Tidak sampai 5 minit berlalu,aku terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah.Itu pasti Ad.

"Awak...." aku terus menyapanya sebaik sahaja dia menjurus masuk ke dalam rumah.

Ad terkejut dengan suaraku.

"Kau tak tidur lagi ke?" Soalnya

"Tak..tak boleh tidur..saya tunggu awak lah.Awak pergi mana?"

"Tak payahlah tunggu aku..Aku bukannya dah lupa jalan balik rumah.Sebelum ni,aku balik lewat, okay je.." Ad membuka butang pada pergelangan tangannya.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now