"Pa...bila papa nak bangun??papa tak rindu dekat Bella ke?..Bangunlah papa.." Aku menatap penuh sayu wajah papa.Makin teruk pula keadaan dia.Aku tahu dia tiada harapan untuk hidup tetapi kita tidak tahu keajaiban tuhan.Aku masih lagi berharap.
Aku termenung seorang diri.Tiba-tiba alat bantuan pernafasan papa terhenti.Lamunanku terhenti.Degup jantungku laju.Aku terperanjat.
"Pa??pa??papa!!" Aku pantas berdiri lalu membuka alat pernafasan tersebut.Terperanjat aku,sehingga jari-jariku menjadi sejuk
Darah ku sudah berderau.Kenapa benda ni berlaku dengan tiba-tiba?.Allahu..
Aku mengelabah
"Doktor!!..doktor tolong!!" Aku sudah keesakkan.Seluruh tenaga aku gunakan untuk menjerit memanggil doktor.
"Pa!!Papa bangunlah!!Bangun!" Aku menggoncangkan tubuh badannya untuk disedarkan.Tetapi perbuatanku hanya sia-sia.Doktor pula lambat masuk.
"Puan,bawa bertenang..sila keluar dulu ye!" Jururawat disitu menarikku untuk keluar.
"Taknak!!saya taknak keluar..saya nak dengan papa saya.." aku menepis kasar beberapa orang jururawat itu.
Air mataku sudah berkecai.Apatah lagi hati??.
"Puan..sila keluar,saya akan bantu semampu yang saya boleh!" Pujuk doktor lelaki itu.
Akhirnya,aku pon berada diluar.Aku cuba untuk menolak pintu itu tetapi jururawat itu pantas menutupnya.
Tubuhku direbahkan ke atas kerusi.Tak larat untuk berdiri.Sesekali aku menyeka air mata yang jatuh.
"Allah!..selamatkanlah dia.."suaraku tersedu.Aku langsung tidak peduli bahawa diriku diperhatikan oleh orang ramai yang lalu lalang disitu.
Aku melihat susuk tubuh Ad memecut lari ke arahku.Dia mendapatkanku lalu mencangkungkan kakinya menghadap wajahku.
"Ad..papa!!!.." aku melihat wajahnya.
Ad terus mengesat air mataku yang jatuh.Suaraku tidak berhenti dari sedu.
"Janganlah nangis..aku tak suka tengok kau nangis macam ni..sabar kay?insyaallah papa okay!"
Suaraku masih lagi kedengaran kuat.Aku masih tidak berhenti mengalirkan air mata.Semua perasaan menghantuiku.
Wajahku ditatap lama oleh Ad.
Kepalaku terus dibenamkan kedalam dakapannya.Ad memeluk erat tubuhku.Allah..tenangnya pelukkan dia..
"Ini ahli keluarga pesakit kan?" Soal doktor itu dengan tiba-tiba.Kemunculannya,menyedarkanku.Aku pantas berdiri untuk mendapatkannya.
"Ye! Saya anak dia..papa saya macam mana doktor?? Dia okay tak?" Bertubi-tubi aku menyoal.Mata dan hidungku sudah kemerahan.
Doktor itu diam.Sukar untuk bercakap.Dia mengalihkan pandangannya ke arah Ad pula.
"Papa saya macam mana doktor??" Soal Ad.
"Doktor jawablah!!" Aku menolak lengan doktor itu dengan kasar.Sewaktu itu,aku tidak dapat mengawal emosiku.
"Sabar.." bisik Ad.
Suaraku pecah semula.Kenapa doktor ni?.Cakaplah!! Jangan seksa aku macam ni!..papa kenapa?.
Tiba-tiba,dua orang jururawat menolak katil roda di sebelahku.Aku melihat,selimutnya telah ditutup pada muka orang yang terbaring itu.Entah mengapa mataku tertancap pada mereka.
Degup jantungku makin kencang.Tak!! Itu bukan papa.Papa ada dekat dalam wad.Itu orang lain.
"Maaf,saya tak dapat selamatkan ayah puan..Saya minta maaf sangat-sangat!" Penuh sayu suara doktor itu.
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...