BAB 52:#IPB

28.4K 909 42
                                    

Seusai sahaja memberi salam terakhir dalam solatku, tanganku diraih oleh Putri untuk dicium.

"Ibu....." Sapanya lalu duduk di hadapanku.

Aku mengangkat kening sebagai isyarat untuk memberikannya ruang bercakap.

"Putri nak tanya satu je boleh tak??"

Aku mengangguk kecil.Ternanti-nanti akan soalan daripada anak kecil itu.

"Tadi kan dekat sekolah..kawan putri, ayah dia angkat dia balik rumah.."
seperti tergantung sedikit ceritanya.

"Jadi???"Soalku.

"erm..lepastu dia cakap yang dia nak tengok ayah Putri...Putri pon diamlah sebab Putri pun tak pernah jumpa ayah sebenar Putri" Kepalanya tertunduk.

Aku diam seribu bahasa mendengar cerita dari Putri."Soalannya??" Aku tertanya

"Ermm..Putri nak tanya, ma......mana ayah Putri?Dia dekat mana??Kenapa Putri tak pernah jumpa dia?"
Bertubi-tubi soalan diacukan.

Lidahku keras untuk menjawab semua pertanyaan itu. Nafas dihembuskan perlahan sambil membuka telekung yang sedang dipakai olehku.

"Putri...Kan ibu dah pernah cakap yang ibu dah lama tak jumpa dia sebab dia dia dah tinggalkan ibu. So,diaa...bukannya taknak jumpa Putri.. Dia sebenarnya tak pernah tahu yang....."

Bicaraku tergendala. Aku termenung

"Yang???.." Soal Putri ,seolah-olah ingin mendengar kesinambungan cerita itu.
"Ibu????"

"Erm..ermm..takpelah..macam ni, lambat-laun, Putri akan tahu jugak..Putri kecik lagi, tak faham semua benda ni.."
Aku menyimpulkan senyuman kepadanya.

Dia hanya diam dan membalas senyuman palsu " erm..Macam mana eh ibu boleh lalu semua cerita yang ibu cerita tu "
Soalnya lagi. Kali ini seakan-akan matang soalannya itu.

"Memang susah, Putri..Susah sangat-sangat..tapi...satu je rahsia ibu macam mana ibu boleh kuat macam ni. Ibu redha dengan ketentuan Allah..ibu terima dengan hati yang terbuka."

Dahinya berkerut seperti tidak faham akan sesuatu"Erm...Redha tu apa, ibu?"

Aku tersenyum kecil melihat sifat ingin tahu anak kecil itu.Petah bercakap..

"Redha tu.....ermnmm, macam.....ermmmm..."
Aku memikirkan pelbagai cara untuk memahamkan Putri erti perkataan itu.

"Ah??"

Aku menarik nafasku sedalam yang mungkin.
"Macam ni...Suatu hari nanti, kalau ibu dah takde dekat dunia ni..Putri akan faham apa itu erti Redha"
Aku senyum.

"Takde?? Ibu nak pergi mana?"

"Mestilah syurga, sayang...semua orang nak pergi syurga.."Jawabku

"Syurga tu dekat mana?"

"Syurga tu jauhhh...tapi, kalau nak pergi sana..kita kenalah buat baik dekat dunia ni..Jaga solat, aurat.."

Dia menghampiriku lalu pahaku terus diduduk olehnya.
"Syurga tu cantik tak?? ada taman??"
Banyak betul soalannya..

"Eh cantikkk....! Ada taman! Ada bidadari..." Aku bercerita penuh menarik dan real

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now