BAB 22:Imamkan Aku!

37K 887 46
                                    

"Ya allah...kau ampunkanlah segala dosa-dosa ku.Aku tahu,aku berdosa.Aku tahu,aku tak layak untuk ke syurgamu.Tapi,aku jugak tak mampu nak tanggung seksa di nerakamu.Kau terangkanlah hati aku yang sudah lama gelap ini,Ya allah,.Kau jadikanlah aku seorang suami yang baik terhadap isteriku,Bella.Sesungguhnya,aku mula menyanyanginya dan mencintainya.Amin yarabal alamin.." Ad menyapukan telapak tangannya pada muka.

Dia termenung sambil duduk di atas sejadah.Aku memerhatikan Ad dari luar bilik.Semua doanya amat menyentuh hatiku.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku sewaktu mendengar segala rintihan hatinya.

"Terima kasih Ya allah..kau makbulkan doa ku juga akhirnya.." aku tersenyum melihat Ad.

Aku memberanikan diriku untuk menghampirinya.Perlahan-lahan aku mengaturkan langkahku.

Aku duduk di tepinya.Ad menyedari akan kehadiranku.

"Erm.erkmm..kau buat apa dekat sini?? Kau ngintip aku eh?" Ad membuka songkok di atas kepalanya.

"Ha'ah..saya terngintip..Bukan sengaja.Awaklah!saya terdengar doa awak tadi,pasal tulah saya ngintip." Aku senyum.

Ad terdiam.Muka sudah merah menyala.Mungkin tidak selesa.

"Ad..awak janganlah malu dengan saya.Saya happy tau sebab awak dah mula berubah.Saya ni isteri awak,bukannya orang luar pon."

Ad lama merenung wajahku.Tangannya aku capai,dipegang erat.Songkok yang dibuka olehnya tadi,terus aku sarungkan semula pada kepalanya.

"Hensem awak pakai macam ni.." puji yang ikhlas olehku,ecehwah..

"Bella..." panggilnya.Nada yang lembut

Aku memandang ke arah raut wajahnya.

"Bella..aku banyak sangat buat kau menangis..banyak sangat sakitkan kau! Aku ni memang tak layak jadi suami kau kan?Aku dayus.!Aku pernah bunuh anak aku sendiri.Aku tahu,aku memang tak guna"

"Ad..forget about the pass..kan saya dah cakap..saya dah lama maafkan awak..Yang pasal anak kita gugur tu,saya dah lama redha" tangannya masih dipegang erat olehku.

Aku masih senyum walaupun Ad langsung tidak mengukirkan senyumannya.

"Boleh tak..kalau... kalau aku..nak..." gagap bicaranya.

"Nak ape?"

"Nak...nak...."

Aku mengangkat keningku.

"Nak..nak imamkan kau dalam solat!"

"Allah!!" Detik dalam hatiku.Adakah ini mimpi??.Ad mahu menjadi imam terhadapku?Ya allah..syukur alhamdulillah..

Aku tersenyum memandang wajah Ad yang lebih tenang dan ikhlas.Aku menitiskan air mataku dihadapannya.Bukan air mata sedih tetapi air mata bahagia.

"Lah..kenapa kau menangis pulak ni??" Soalnya.

"Saya happy tengok awak yang sekarang ni.."

      RAMAI pekerja-pekerja di pejabat,keluar masuk untuk memulakan tugas harian mereka.

Sehinggalah mata Ad tertancap pada seorang wanita berpakaian seksi dan ketat di pejabatnya.Cara jalannya,macam kenal.Dengan lentuk tubuhnya.Sah! Joy!

"Sayang...kenapa I call you tak dapat??" Joy memegang tali leher Ad.

Semua pekerja di situ memerhatikan babak yang dimainkan oleh Joy.Ad tidak selesa akan perlakuan Joy itu.

Ad menepis tangan Joy dan menariknya keluar dari kawasan dalam pejabatnya.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now