Aku mula menapak masuk ke dalam keretaku.Suho yang memandunya.Tiba-tiba...
"Keluar Sekarang!" Ad datang menghampiriku.
Aku terkejut kerana sepantas kilat dia terjegat di hadapan keretaku.Aku tersentak dengan kehadiran Ad.
"macam mana kau boleh ada dekat sini?" Aku keluar dari perut kereta
" Abang kata balik sekarang!" suara Ad mula meninggi. Semua orang yang berada di situ hanya memandang kami berdua.
"Apasal kau nak tengking-tengking aku ni?"
"Balik sekarang.." suaranya mula reda
"Bella Taknak!".Aku masuk semula di dalam kereta tetapi ditarik oleh Ad.
" Abang cakap balik se..ka..rang"
" Aku cakap aku taknak!!" Aku tetap berkeras dengan keputusanku."
"Betul ni taknak balik?" Ad mula menyoalku.
"Taknak!!"
Suho yang dari tadi memerhati aku terus keluar dari kereta itu.
" Apasal kau nak larang dia keluar dengan kitaorang?". Suho menyebelahiku. Lega sikit rasanya sebab ada orang backup
" Kau jangan masuk campur.Aku abang Bella.". Ad masih kelihatan tenang.
" Abang?? huh!! tak sedar diri lagi ke anak pungut? Aku ni boyfriend Bella.Suka hati akulah aku nak bawa dia pergi mana.Kalau aku nak ramas-ramas dia pon kau siapa?."Suho memegang perlahan menuju ke pinggangku.
kata-kata yang keluar dari mulut Suho membuatkan Ad makin panas.Ditambah lagi dengan perlakuan Suho yang asyik memelukku.Aku cuba untuk mengelak dari pelukan Suho tertapi tangannya lebih kuat mencengkam.
" Kau lepaskan dia."Nafas Ad berdegup kencang
"Kau cakap apa ni?? takkanlah aku nak tolak rezeki depan mata". Bibir Suho semakin dekat dengan leherku.
"Suho.." Aku menjauhkan leherku daripada dicium olehnya.
"Sayang..kenapa??.pelukan Suho masih lagi kemas.Aku makin kurang selesa dengan perlakuannya.
"DUSH!!!!" Satu tumbukan diterima oleh Suho.Ad makin hilang sabar dengannya.Suho terus jatuh rebah di bawah dengan mulutnya yang berdarah serta lebam kebiru-biruan.
Tanganku pantas ditarik kasar oleh Ad.Aku cuba menepis tetapi gagal.
"Lepaskan aku!!! aku taknak balik!! lepaskanlah!!" jeritanku tidak dihirau olehnya.Ad menarikku menuju ke dalam perut kereta Audi miliknya.Aku tetap berkeras untuk menarik tanganku.
"Lepaskan aku!!!!Aku taknak balik!!!!" Separuh tenagaku digunakan untuk menarik tangan ku.Aku tidak sangka tenaga seorang lelaki lebih kuat jika dibandingkan dengan perempuan sepertiku.
Tetapi akhirnya,aku tetap dimasukkan ke dalam keretanya.Aku mengaku yang aku tidak dapat mengalahkan tenaga lelakinya.Dia menarikku sehingga memeluk tubuhku seperti boneka perhiasan.
Aku tercungap di dalam kereta.Aku tidak mampu lagi untuk bersuara mahupun melawan kerana tenagaku hanya tinggal untuk bernafas sahaja.Aku tidak dapat menahan kemarahanku sehinggalah air mataku menitis.Semakin lama,semakin laju air mataku mengalir.Entah tiba-tiba pulak aku rasa perit dekat dalam hati ni
"Tak payah nangis lagi.Abang akan tetap hantar bella pergi rumah.Pasal kereta tak payah risau.Abang dah settlekan" Jelas Ad
Aku tetap membisu.Di dalam kereta hanya kedengaran suaraku yang teresak menangis.
Setelah tiba di kawasan rumah, aku terus masuk ke dalam rumah dengan menghempas-hempaskan barang.Papa yang melihat kelakuanku menjadi pelik dan terus bertanyakan kepada Ad
" Kenapa dengan Bella?
"Papa tanyalah dia sendiri.Keras kepala betul."Ad menanggalkan kodnya.
"Bella!!! turun!! papa belum habis lagi dengan bella." Tinggi suara papaku.
Aku yang baru sahaja hendak menyusur ke dalam bilik terhenti.Aku pon pergi juga kepada papa.
"Apa?? cepatlah Bella penat ni."Acuh tak acuh sahaja pertanyaanku
"Bella buat apa sampai abang Ad marah dekat Bella?. Reaksi papaku amat serius.Kalah dengan harimau.
Aku memandang Ad yang sedang duduk di atas sofa empuk.
" Bella keluar dengan kawan-kawan bella je.! itupon salahke?" Aku menjelaskan kepada papa.Tetapi...dia pula yang batu api.
"Bella tipu papa kan?? lepastu keluar dengan jantan.Mana Bella kutip jantan tu?" Ad batu api.
Kata-kata Ad membuat aku bertambah benci dengannya.Rasa seperti aku ini hamba abdinya.Geram!!
"Kau tak payah nak sibuk dengan aku!! Aku cintakan dia. lagi satu aku nak ingatkan kau yang dia tu bukan dikutip.Engkau tu yang dikutip!!tak sedar diri!!". Setelah meluahkan segalanya di dalam hati,barulah puas sikit hati ni.
Tetapi....
"Pang!!!!!" Papa pantas menampar pipiku tanpa jangkaan. Aku terjatuh di lantai akibat tamparan yang amat kuat.Aku merasakan bagai dibuang oleh keluarga.Tiba-tiba perasaan dipingggirkan timbul di hatiku.Aku selalu bertanyakan soalan pada diriku betul ke aku ni anak kandung dia? kalau betul,kenapa dia perlu buat macam ni?
"Papa pon nak salahkan Bella jugak ke?" suaraku mula berderai.Air mataku laju jatuh ke lantai.Aku bingkas bangun sambil memegang pipiku yang masih terasa sakit. Sakit yang teramat sakit di dalam hati ini.Bagaikan dicucuk-cucuk dengan pisau yang tajam.
"Sampai hati papa naik tangan dekat Bella.Selama ni papa tak pernah pon berkasar dengan Bella termasuklah dengan arwah mama.Tapi kenapa harini papa berkasar dengan bella? Aku tidak mampu menahan perasaan sakit di dalam hati.Semuanya telah hancur bila lima jari papaku hinggap di pipi.
"Sebab Bella kurang ajar!! itu sebagai pengajaran untuk Bella"
Pandangan ku hanya tertumpu pada Ad.Aku merenung dia dengan mata yang tajam.Boleh pulak dia buat muka selamba dia!.
"Puas sekarang?" mataku memang tajam memandang Ad walaupon air mata masih bercucuran
"Bella..." cuba untuk memujukku dengan suaranya.
"I hate U guys!!!"
Aku terus berlari naik ke anak tangga.Tombol pintu bilikku dipulas dan terus dikunci olehku dengan pantas.Aku melepaskan segala perit di dalam hati ini di dalam bilik.
"Argh!!!!!...Aku benci kau!!! arr!.."
Semua peralatan di atas meja solek jatuh bersepah ke atas lantai.Sewaktu itu,Aku tidak fikir apa.Aku cuma baling sahaja semua barang yang berada di hadapanku.Itu sahaja cara untuk aku lepaskan tekanan.
"Aku benci kau Ad!!! kau jahat!!!" suaraku mula sayu kerana air mata mula menguasai diriku.Marah,benci,kecewa,dan yang paling penting ialah Sedih yang berada dalam hatiku.Aku hanya mampu menangis,menangis,menangis dan menangis.
Ini lah nasibku.Sudahlah anak yatim,takde tempat untuk mengadu pula tu.Mataku terpandang pada sebuah Frame gambar yang berada di sisi katilku.Terus aku mencapainya.Air mataku terus jatuh menitis di atas Frame yang diisi dengan gambarku dengan mama sewaktu bercuti di luar negara.
"I really miss you mama!. kenapa mama tinggalkan Bella? Bella dah takde sapa-sapa lagi.Ayah dah ada anak baru.Dia dah tak sayangkan Bella lagi...Mama...Mama.. Bella rindu mama"
Frame itu diusap dan dicium olehku lalu diletakkan pada dadaku.Rinduku pada arwah mama memang tidak terkata.Kadang kala aku rasa takbur,ingin sangat nak pergi ke alam lain itu secepat yang mungkin Hanya kerana hendak berjumpa dengan Mama.
"Mama tunggu Bella eh?..Bella jadi sosial macam ni bukan bella yang nak.Semuanya bersebab.Bella Stress,mama" dicium lagi Frame itu.
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...