BAB 17:Cinta pandang pertama

39.1K 852 15
                                    

Selepas menunaikan solat subuh,
Aku terdengar seperti orang membuka pintu rumah.Aku terus turun menuruni anak tangga untuk ke bawah.

Aku melihat Ad sedang hayal dengan minuman kerasnya.Dia bersandar pada sofa di ruang tamu.

"Ad..ape benda semua ni?" Soalku marah seperti tidak percaya.

Aku mual sewaktu terhidu minuman keras itu pada badan dan mulut Ad.

"K..ka..kau tak payah mual sangatlah! Bukan ini ke air favourite kau dulu?" Sengih Ad.

Gurlp! Aku terdiam

"Itu semua dulu!..Ad sudah-sudah lah tu!! Buang air tu..saya boleh buat air untuk awak kalau awak dahaga"

Ad masih lagi meneguk air itu.

"Kau diam boleh tak!! Semak ah! Menyibuk betul lah kau betina!..ke kau nak minum jugak?" Ad tersenyum sinis.

"Saya takkan minum air kencing syaitan tu! Sudah lah tu Ad"

Ad bangun dan perlahan-lahan menghampiriku.

"Mesti kau rindu nak rasa air ni kan?sebab tu lah kau banyak sangat songeh kan?"

Ad senyum dalam keadaan hayal

Aku berundur.Aku mengatur langkah untuk naik ke atas tetapi tanganku pantas ditarik oleh Ad.Kini aku berada di dalam dakapannya.

"Ad tolong jangan buat kerja gila boleh tak?!" Aku menjerit untuk dilepaskan.Tetapi hanya sia-sia.

"Buka mulut kau!!" Ad menengking.

Aku tetap berkeras untuk tidak  mendengar arahannya

"Ad tolong jangan buat saya macm ni Ad..awak tak kesiankan saya ke Ad? Tolonglah saya merayu pada awak."

Ad tersenyum sinis.Air mataku sudah pon berkaca.Aku sudah dapat mengagak perbuatan Ad.

Aku melutut sambil memeluk kakinya untuk merayu tetapi sebaliknya aku terus ditendang.

Ad memaksa untuk aku membuka mulut.Minuman keras yang dipegang oleh Ad terus disiramkan ke dalam mulutku serta pada badanku.

Aku tersedak ketika minuman itu berada dalam mulutku.

"Now..aku dah lepaskan rindu kau!Sedap kan air tu.." hinanya lagi.

Air mataku sudah laju mengalir tetapi bukannya mengalir disebabkan kekejaman Ad,tapi disebabkan air yang haram itu sudah menjejak ke lidahku.

Aku teringat akan hukum meminum minuman itu. 40 hari amalan ku tidak akan diterima oleh Allah.Sedih tak terkataku dibuatnya.

"Subahanallah!!" Jerit hatiku.

Ad tersenyum sinis lalu dia mengaturkan langkahnya ke atas.

Aku terus berlari menuju ke bilik air.Aku menangis sambil memutarkan pili paip itu dengan pantas.Aku mencuci di seluruh mulutku tetapi mungkin perbuatanku itu sia-sia kerana aku sudah pon tertelan minuman itu.

Aku memeluk erat tubuh badanku dengan air pancut yang menyirami diriku.Aku juga cuba mencungkil anak tekak ku untuk mengeluarkan semula air kotor itu.

Suaraku tersedu-sedu.Aku langsung tidak merasa kesejukan ketika itu walaupun air laju mengalir kerana sedih dan pilu menjadi raja di hatiku.

   AKU ke pejabat seperti biasa untuk menjalani tanggungjawabku.Aku mengatur langkahku masuk ke dalam bagunan yang besar itu.

Tiba-tiba aku dilanggar oleh seseorang sehingga tubuh badanku jatuh terduduk di atas lantai.Pinggang ku terasa sakit.Lebih-lebih lagi aku baru sahaja keguguran.Memang terasa sakitnya.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now