BAB 8: AkadKu

50.3K 941 32
                                    

"Kalau Bella sayangkan papa,Kahwinlah dengan abang Ad..Papa merayu sangat dekat Bella.Tolong papa kali ni."

Papa merayu padaku sehingga ingin mencium kakiku di lantai tetapi aku menahan.Sejahat-jahat aku,Aku takkan biarkan papa menunduk padaku.Biarlah aku yang cium kaki dia tetapi jangan papa.Walaupun ada kekasaran pada diriku,masih lagi ada kelembutan.Aku juga manusia biasa.

"Papa..please..jangan buat bella rasa bersalah." Lembut suara ku.

"Selama ni Bella tak pernah nak dengar cakap papa,tapi kali ni papa betul-betul harap yang bella akan turut perintah papa"

"Papa...Bella..Bella...Bella tak boleh!" Tercungap sedikit suaraku.

"Takpelah..Bella memang takkan dengar cakap papa kan?? Its okay..papa keluar dulu"

Perlahan-lahan pintu bilikku dibuka olehnya.Rasa bersalah dihati amat terasa.Mana satu aku perlu pilih?. Jaga perasaan aku atau perasaan papa??.Ikutkan hati aku memang akan pilih untuk jaga hati dan perasaan papa tapi kenapa Ad perlu ada dalam hal ni? Kenapa perlu Ad? Dia yang merosakkan diri aku lah papa! Open your eyes.

Aku menarik dalam nafasku.Bunyi sedu kesedihan masih terdengar.

"Papa..." perlahan suaraku manyapanya yang ingin berlalu pergi.

Langkah papa terhenti.Lalu,dia menoleh ke arah ku.

Dengan relanya aku menjawab..

"Bella turut arahan papa!"

Aku dengan penuh rela dan paksa sanggup menuruti arahannya.

Satu titis air mataku jatuh semasa membuat keputusan itu.Diriku ini bagai dihempas dari bagunan yang tinggi.Aku tak tahu apa yang akan jadi lepas ni.

Papa tersenyum tetapi hatiku hancur.

"Esok nikah!" Itu lah perkataan yang keluar daripada mulut Ad.

"Are You crazy??"

"Yes..im crazy!" Laju dia melawan kata-kataku.

"Aku cuma nak tanya kau satu benda.Apa lagi yang kau nak dari aku hah?? Sorrylah..aku ni takde harta benda..maklumlah harta papa semua kau yang dapat kn."

Mata Ad sinis memandangku.Biasanya,dia yang akan berkasar dengan aku tetapi disebabkan papa ada di sebelah,dia dah mulakan shooting dia untuk berlakon.

"Suka hati Ad lah..papa ikut je."

Aku pelik.Kenapa papa selalu tunduk dengan Ad.Papa ni dah kena bomoh ke apa?.Diorang ingat aku ni apa? Boneka?

"Sah kau ni gila! Im your sister!! Walaupon aku ni bukan adik kandung kau tapi perlu ke kau kahwin dengan aku??"

"Memang perlu!!" Ada sahaja yang dia hendak menjawab.

"Bella...kita kan dah cakap pasal hal ni.." papa menambah lagi.

Asyik-asyik aku sahaja yang disalahkan.Teruk sangat ke aku ni??

Aku menarik nafas.Kalau nak cakap pasal hati?hati aku memang dah lama mati.

"Ok fine! Aku kahwin dengan kau tapi kau kena ingat satu benda.Kau akan menyesal bila kahwin dengan aku nanti."

Ad menghampiriku.Dia berbisik pada telingaku.

"Aku rasa aku tak menyesal kot but aku takut kau je yang menyesal nanti.Good luck to being my wife Bella!"

Tidak serta merta bulu romaku naik tegak.Seram sejuk.Apasal suara dan riak wajah dia macam
tu?.macam nak bunuh orang je.

"Relaks bella!! Jangan takut dengan dia." Bisik hatiku.

Ad berlalu pergi...

Hari yang bakal mengubah hidupku telah tiba.Hari yang aku tidak ternanti dan hari yang paling aku benci.Berat hatiku untuk meninggalkan hidupku yang baru.

Aku disolek di dalam bilik.Wajahku terus direnung pada cermin solek itu.langsung tiada ukiran senyuman pada wajahku.

"Hah..Bertuah Ad ye!! Cantik pengantin perempuannya ni." Mak andam yang menyolek wajahku terus melihat wajah yang disolek olehnya.

Aku senyum.Terpaksa jua mengukirkan.

"Betulke apa yang aku buat ni?? Kenapa hati aku ni berat je.." setitis lagi air mataku jatuh.

Tiba tiba..pintu bilikku terus dibuka oleh orang yang paling aku rapat,Jihyo.

Jihyo memandangku dengan penuh kesayuan.

"Jihyo..." serak sedikit suaraku.

"Janganlah nangis..hari ni kan kau nak jadi isteri Ad."

Aku menggeleng kan kepalaku lalu air mataku terus pecah berderai.

"Aku taknak semua ni wei!!Aku tak nak!" Gincu yang dipakai pada bibirku terus aku mengelapnya menggunakan tangan.

"Aku faham perasaan kau sekarang....tapi janganlah macam ni..Ramai orang tengah tunggu kau dekat luar tu.." Pujukan jihyo memang mendalam.

Reda sedikit hatiku yang hancur ini.

"Suho tahu tak pasal hal ni??" Soalku dengan penuh kesedihan.

Jihyo terdiam seketika lalu menganggukkan kepalanya bermaksud Suho tahu tentang hal ku.

Suara ku memecah di hadapan Jihyo.Semakin kuat suara tangisanku.

"Wei aku rindu dia..Aku taknak tinggalkan dia!! Tolong aku jihyo..Aku sayang dia." Kesedihan kembali semula.

"Bella!! Aku tahu kau kuat..jangan macam ni please...orang dah tunggu tu.. jomlah!"

"Jihyo....."

Jihyo merenung ke arahku.

"Tolong jangan macam ni eh Bella..kita keluar jom"..

Aku pon menurut juga akhirnya..

Aku melangkah di bawah.Banyak mata yang tertumpu memandangku turun.Aku hanya muram sahaja..

"Bella..senyum lah sikit muka tu!" Bisik jihyo ke arah telingaku.

Aku pon senyum juga...

"Hah..kan manis tu.."

Tangan Ad sudah menyambut tangan Ustaz itu.

"Bismillahhirahmannirahim..Adrian Sufi Bin Mohd Aadami, aku nikahkan dikau dengan Nabila Quraisya Bt Mohd Wohyun dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran tunai..

"Aku terima nikahnya Nabila Quraisya Bt Mohd Wohyun dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran tunai...

Sah!

Dengan itu,Segala -galanya telah mengubah diriku serta hidupku.Hanya sekali akad sahaja aku sudah bergelar isteri kepada lelaki yang bernama Adrian Sufi.Lelaki yang langsung tiada hati perut.

Jihyo melihat mataku yang sudah berlinangan..

" sabar..jangan nangis dulu."

Ad datang kepadaku dan menyarungkan cincin pada jari manisku.Sejurus sahaja itu,Ad menghampiriku untuk mencium dahiku.Aku mengelak.

Keadaan terdiam seketika.Orang di sekeliling memandang.

"Bella.." Jihyo memberi isyarat.

Ad terus mendapatkan dahiku.Aku terpaksa mencium tangannya.Kepalaku masih tidak memandang raut wajahnya.

"Hallo my wife!" Sempat dia berkata padaku.

Kata-katanya itu seolah-olah mahu menyindir.

Ad berlalu pergi.





Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now