BAB 59:#IPB

27.1K 708 40
                                    

Aku perlahan-lahan membuka kelopak mataku. Walaupun ia agak sukar untuk dibuka, aku tetap ingin melihat dimana aku berada sekarang.Pancaran matahari membuatkan mataku sakit untuk melihat.
Pandangan yang kabur juga membuatkan kepala aku pening untuk melihat keadaan sekeliling.

Dimana aku sekarang?
Apa yang dah jadi dengan aku?
Banyak persoalan yang bermain pada mindaku.Semuanya dibiarkan tanpa jawapan.Aku buntu.

"Finally...."Ucap Wanita yang berpakaian kod putih. Siapa dia? Aku hanya melihat warna bajunya sahaja. Wajahnya tidak berapa jelas untuk kulihat.

Apa maksud wanita itu?finally? Apa semua ni??

Aku menggosok dahi yang serba kesakitan.Aku membuka semula mata yang tadi agak kekaburan.Okay,sekarang dah nampak jelas.
Doktor rupanya dia..

"Sa.....sa..saya dekat mana ni?"Soalku lemah. Entah mengapa aku rasa tubuhku seolah-olah baring di atas katil ini sudah berpuluh-puluh tahun.Sakit sangat sendi-sendi ni.

"Awak dekat hospital..."Senyum, Maya

Aku berkerut dahi.Cuba mengingati apa yang telah terjadi."Hospital??Saya buat apa dekat sini?"

"Ermmm...Awak tak ingat apa-apa ke?"

Aku berkerut lagi. Ingat?? ingat apa?.
Aku hanya mampu menggeleng.

"Yeke? Bella,cuba awak ingat semula apa yang jadii.." Doktor itu seolah-olah mendesak aku untuk ingat semula.

Aku melihat pada nametag kodnya. Sumayyah?. Macam pernah kenal dengan nama ni. Tapi dekat mana eh? arr...ingattt.
Aku memejam mataku serapat-rapat yang mungkin. Aku cuba untuk mengingat apa yang terjadi dan siapa doktor di hadapan aku ini.

"inilah Sumayyah. Kawan lama saya dekat rumah anak yatim dulu. Kiteorang ni terpisah dari kecil. Tak pernah contact pun!"

Ya!Aiman.... Itu sahaja yang terfikir pada fikiranku.  "Saya ingat...."Perlahan suaraku.

"apa dia?"

"Saya ingat awak.."

Doktor itu tersenyum.Melihat akan senyuman itu, aku juga turut membalas senyuman itu.

"Saya tak boleh tinggal sini lama-lama..Anak saya takde siapa jaga,saya kena balik."

senyuman wanita itu tiba-tiba sahaja hilang. Kasar ke aku cakap? Ke ada yang tak kena.

"Ermm ,Bella...ermm awak nak makan apa-apa?? Saya boleh tolong belikan.."
Entah dari mana dia datang,tiba-tiba sahaja bersuara.

"Ad???awak buat apa dekat sini?"Aku pelik.Kenapa dia hadir?

"awak,saya?"Bisik hati kecil lelaki itu.

"Bella!!!!....."Tiba-tiba satu suara kecil masuk dari pintu itu. Diekori oleh seorang lelaki, Aiman.
Pantas sahaja tubuhku diraih oleh Jihyo.
Erat sangat pelukan itu.

"Jihyo....."Teruja aku apabila melihat wanita yang aku rindui itu.Seriously aku sendiri pun tak tahu kenapa aku rasa seolah-olah lama sangat aku tak jumpa diorang.

"Wehh...kau tahu tak lama kiteorang tunggu kau untuk kau sedar!Alhamdulillah, doa aku termakbul jugak! weh...aku rindu gila-gila dekat kau!"Menitis air mata Jihyo.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now