BAB 6:Seksaan lembut

68.8K 974 54
                                    

Aku mengurungkan diriku di dalam bilik tanpa makan mahupun minum.Aku langsung tidak menghiraukan pada kesihatanku kini.Kejadian malam semalam masih terngiang-ngiang di ingatan ku.Adakah itu mimpi?? Kenapa harus reliti??.

Aku berdiri di tepi tingkap sambil merenung di luar.Setitis lagi air mataku mengalir.Aku memang perempuan liar tetapi percayalah maruah aku sangat  mahal.Tiada mana-mana lelaki pon yang pernah menyentuhku sehingga jatuh ke tangan Ad.

"Kenapa aku?? Kenapa aku?? Aku dah tak larat dengan semua ni.Tolonglah...Aku dah tak larat dah..Arrr!!!!"

Semua barang kosmetik di atas meja menjadi mangsa.Bilikku berselerakkan dengan barang yang bersepah.

Tiba-tiba satu suara garau muncul di luar pintu bilik.Aku dapat menganggak suara itu.Sudah pasti Ad.

"Bella!! Bukak pintu ni..."

Aku mendiamkan diri.Masih takut dengan kehadirannya.

"Aku cakap bukak pintu ni!!! Kau jangan sampai aku pecahkan pintu ni nanti Bella." Suara Ad amat tinggi dan bahasanya juga kasar digunakan".

"Pergi!!! Aku taknak jumpa kau!! Pergi!!" Aku melaungkan sedikit lontaran suara.

"Kau nak benda samalam berulang lagi??"

Aku diam.

"Kau jangan cabar aku Bella.!" Amat seram ugutannya.

Aku perempuan.Perempuan lemah.Aku mula trauma dengan suara-suara itu.Aku takut sangat.Air mataku masih laju mengalir.Nak tak nak, aku perlahan-lahan membuka pintu bilik itu.

Terpancar wajah Ad di hadapan pintu.Pintu yang dibuka oleh ku tidak lah seluas tetapi hanya boleh melihat wajahnya sahaja.

"Aku taknak tengok kau menangis lagi lah!!fedap tahu tak??"

"Kau...nak apa?" Perlahan suara ku.

"Sekejap lagi Papa balik." Serius jugak suaranya.

"Baguslah papa balik awal.."

"Kau jangan nak macam-macam eh.Kalau aku dapat tahu yang kau beritahu papa pasal semalam,kau tahulah apa aku nak buat dengan kau.Aku boleh buat lebih dari tu."  Kata kata yang keluar dari mulut Ad amat menakutkan ku tetapi aku cuba untuk membuang perasaan itu.

"Aku akan tetap beritahu papa pasal perangai kau!! Kau ingat aku nak diam diri?? Aku beritahu papa!!"

Air mataku hampir sahaja berkecai apabila mengungkit kisah semalam.

"Kau jangan cuba nak cabar aku."Riak wajahnya masih lagi tenang.

"No!! Aku akan tetap beritahu!! Aku benci kau!! Kau bukan anak manusia.Kau anak setan!!Aku rasa mungkin arwah bapak kau pon syaitan!!" Hinaanku padanya.

Keadaan terdiam seketika.Ad merenungku tajam.Renungannya amat menakutkan.Aku perlahan lahan menutup pintu itu tetapi...Ad pantas menolak pintu bilik itu.Aku takut.Air mataku telah pon berkecai.Aku mengeluarkan semua tenaga ku untuk menutup pintu itu.Ad masih tidak putus asa.Dia masih menolak pintu itu.Puas aku cuba untuk tutup pintu itu tetapi ianya amat sukar.Akhirnya,Ad berjaya menolak pintu itu.Tenaga Ad tidak dapat aku tandingi.

Aku berlari.Aku taknak dijadikan mangsa nafsunya lagi.Tetapi,Sudah tiada ruang lagi untuk aku melarikan diri.Ingin aku mencapai tombol pintu tandas tetapi dihalang olehnya.Takut yang teramat seperti hatiku ditikam-tikam dengan pisau.

"Kau nak lari mana??" Ad makin menghampiriku.

"Ad..tolong..Ad...aku merayu dekat kau..jangan apa-apakan aku.." langkahku semakin ke belakang.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now