BAB 33:Zuriat

33.5K 665 19
                                    

Sedang seronok Joy membaca majalah di atas sofa,tiba-tiba tekaknya terasa mual.Joy pantas berlari ke sinki lalu dilepaskan segala muntahnya yang membuatkan dia merasa mual itu.

"Uwekk......" terasa lega sedikit dia apabila dapat membuang muntah itu.Tercungapt-cungap Joy dibuatnya.

"Apasal aku ni hah??Harini je dah 4 kali aku muntah..Apa yang aku makan??" Joy masih lagi berfikir-fikir.

Lama dia termenung.Sedang leka termenung,tekaknya terasa mual lagi..Joy muntah lagi buat kali ke lima.

Kepalanya diurut-urut sedikit agar kurang terasa pening

"Aduh...asal ni??peningnya.."

Joy masih lagi pelik..Tiba-tiba riak wajahnya berubah gelisah..

"A...a..aku mengandung ke??" Bulat mata Joy apabila fikirannya terlintas akan pekara itu.

Joy perlahan-lahan menyentuh permukaan perutnya yang berlapik.Wajahnya bertukar warna pucat.

PINTU farmasi dibuka pantas oleh Joy.Dia terus mencari-cari barang yang ia perlukan iaitu pregnant test.Matanya merayap-rayap pada kawasan sekeliling kerna takut jika ada orang yang dikenalinya ternampak ia membeli pregnant test.Nanti macam-macam pula yang heboh.

"Berapa??" Soal Joy kepada wanita yang menjaga kaunter pembayaran itu

"30 ringgit 90 sen"

Joy terus membuka dompetnya dan memberi jumlah sebanyak 50 ringgit.

"Keep the chances"

Dia pantas menapak keluar dari kawasan farmasi itu lalu masuk ke dalam perut keretanya dengan memakai kaca mata hitam.

Keretanya laju memecut.Kalau ada polis traffic waktu tu,sudah kena saman agaknya.Bukan main laju lagi.

Setelah sampai di kawasan rumahnya,Joy terus masuk ke dalam dan mengambil pregnant test itu untuk diuji.Dia agak gementar untuk melihat hasilnya nanti.

Tanpa berlengah lagi,dia meluru masuk ke dalam bilik air.

"Fuh..." Joy menatap lama wajahnya pada cermin sambil mengeluarkan keluhan pada bibirnya.Pregnant test yang dipegangnya perlahan-lahan dilihat.

"OH MY GOD!!" Tiga perkataan yang dikeluarkan pada bibirnya sebaik sahaja melihat pregnant test itu berwarna merah.

"Aku mengandung?..arrhh!!" Joy terjerit kecil.

Joy merenung kembali wajahnya pada cermin.Dia tidak boleh terima akan kehadiran bayi ini.

"Apasal lah aku ni bodoh sangat!! Tengok apa dah jadi..kau dah mengandung anak Suho,Joy!!kau memang bodoh!" Bertubi-tubi kesalahan diacukan pada dirinya sendiri.

"its okay!! Itu tak bermaksud yang aku akan putus asa untuk dapatkan Ad..Anak ni??hurmm..ar!! Lantak sama dia ah..aku akan gugurkan!"

Sungguh kejam lidahnya berkata-kata.Bayi yang tidak berdosa didalam perutnya itu juga terlibat sama.

"MACAM mana?? Seronok tak malam semalam kau kerjakan si Bella tu??Apa reaksi dia??Soal Joy setibanya dia di sebuah kereta milik Suho

Suho hanya diam dan menundukkan sedikit kepalanya.Takkanlah dia hendak beritahu pada Joy yang dia tidak sama sekali menyentuhku.

"Hoii! Apasal kau diam?? Takkanlah baru semalam berasmara dengan perempuan tu, kau dah bisu? Haahahah!"

"Apa kau cakap ni?" Suho bersuara.

"Hah! Bersuara pon kau! Aku ingat dah bisu.Aku tanya ni, kau dah jalankan tugas kau ke belum?" Soal Joy semula

Pandangan mata Suho amat jelas seperti orang yang bersalah.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now