BAB 40:Akad ke 2

32.1K 654 54
                                    

"I tak kira!!you berani buat..you kena berani tanggungjawab!You fikir I ni apa??you dah sedap-sedap dapat I,you nak lari macam tu je?"

Nafas Ad turun naik menahan debar di dada.Rambutnya yang serabai sudah cukup membuatkan dirinya kelihatan seperti orang gila.

"Joy pleaselah..macam mana I nak bertanggungjawab dekat semua ni walhal I sendiri tak tahu pon apa yang dah jadi..."

"What?? kita dah kena tangkap basah! nak atau tidak,you kena juga kahwin dengan I!!keputusan I muktamad!!"

"Joy..please kita lupakan semua ni..kita  tak boleh kahwin dan takkan kahwin..please Joy!"Ad melutut di hadapan Joy sambil menangis dan merayu-rayu kepadanya.

Joy terkejut dengan tindakan Ad

"No!!Ad...kita tetap akan kahwin!!Sama ada you suka atau tak, kita tetap kena nikah"Joy terus bangun dan pantas mencapai beg tangannya untuk keluar.

Keadaan sunyi, yang tinggal cuma air mata yang berlinangan pada kelopak mata Ad. Sungguh dia tidak mahu menikahi dengan wanita yang tidak dicintainya. Dia tersepit dengan keadaan sekarang. Dia keliru sama ada ingin mengikut kata hati ataupun rasa

ikutkan hati,mati
ikutkan rasa,binasa

Arghh!

         AD mengakhiri rakaat solat istikharahnya dengan memberi salam.
"assalammualaikumwarrahmatullah,"

Dia menghelakan nafas ketenangan setelah selesai menghadap ilahi.

"Bismilahirahmannirahim..
Ya allah..jikalau benar aku telah bermaksiat dengan wanita yang bukan muhrim denganku,aku memohon ampun darimu ya allah..Aku redha dengan ketentuan yang telah kau beri padaku kerana aku percaya bahawa engkau adalah sebaik-baik perancang.Aku terima dugaan darimu dengan seikhlas hati....Aku minta maaf kerana aku dah lakukan perkara yang paling kau benci iaitu penceraian..sesungguhnya kau maha mendengar lagi maha mengetahui..Amin..amin amin yarabalalamin..

Ad termenung seketika..Dengan tiba-tiba memori aku bersama dia muncul di dalam fikirannya.

"Bella...kau janji dengan aku yang kau takkan tinggalkan aku??"
Aku(yang dahulu) tersenyum
"Ad..awak kan suami saya..kenapa pulak saya nak tinggalkan awak?? melainkan awak yang tinggalkan saya"

Air mata Ad pantas jatuh ke atas sejadah yang didudukinya.Pantas dia menyeka perlahan pipi gebunya..
"Allahuu..."
Ad menghembuskan nafasnya perlahan kerna menahan sebak
"aku rindu dia,ya allah..aku rindu sangat-sangat dekat dia..Tapi kenapa?..kenapa dia sanggup curang belakang aku sampai mengandungkan anak lelaki lain"

Rumah Ad sunyi..Hanya bertemankan bulan sabit di atas awan..

          "SAMPAI hati kau Joy buat aku macam ni??Apa salah aku?? aku dah buat macam-macam untuk kau..Aku dah buat Bella dengan Ad bercerai, apa yang tak cukup lagi??cuba cakap dengan aku!!" Suho memberhentikan perjalanan Joy di tepi jalan.
Dia memakir keretanya di hadapan kereta Joy.

"Kau nak apa?? aku dah nak kahwin dengan Ad dah..tak payah kacau aku lagi lah..Rimas!!"

Suho menghentak tangannya di atas kereta,melepaskan geram!.
"Tak!!!ini semua plan kau kan??"

Terkedu Joy dibuatnya.Tidak pernah-pernah Suho panas baran dan bertindak agresif seperti ini.

"Aku dah nak kahwin..jadi jangan kacau aku!...kalau kau betul-betul sayangkan aku dan anak kau ni, biarkan aku hidup bahagia dengan Ad!"

"Bahagia dengan menipu macam ni??kau tak kesian ke tengok Ad jadi pak sanggup untuk anak aku ni??Aku ayah dia, jadi aku yang patut bertanggungjawab..bukannya dia!"
Suho penuh emosi sewaktu bicara..sukar baginya untuk melepaskan anak dan wanita yang dicintainya.

"Suho..let me go!!Kalau betul kau sayang aku dengan anak ni, jangan ganggu aku lagi.."
Joy mengatur langkahnya untuk memasuki perut kereta.Padel minyak ditekan dengan laju

Keretanya memecut laju dari situ dan meninggalkan suho keseorangan.

"Arhh!!!"Jeritan Suho langsung tidak dihiraukan oleh pemandu-pemandu di lebuh raya itu.

      
       Joy keluar dari perut keretanya dengan pakaian yang langsung tidak pernah dipakai olehnya iaitu baju kurung serta selendang.
Itupon seakan-akan terpaksa..

Joy berlari anak menuju ke arah Ad yang asyik termenung dari tadi.

"Im sorry...tadi ada traffic jam"Menipu lagi. Walhal baru sahaja bertemu dengan Suho

"Asal lambat sangat??Tahu tak dah berapa jam I tunggu??kalau macam tu kita tak payahlah teruskan pernikahan ni..Kita balik jee" Ad merungut dengan riak wajahnya yang langsung tiada debaran sebagai pengantin.

"eh wait!!!..janganlah macam tu, merajuk pulakk.."

Ad memberhentikan pergerakkannya kerna ditahan oleh Joy.

"uhhh.." bunyi keluhan dari bibir Ad. Ad hanya memberi jelingan lalu menapak masuk ke dalam Bangunan yang besar itu.

"Yes...akhirnya!!"

"Bismillahirahmannirahim.."ucap seorang lelaki yang bersongkok di hadapan Ad. Tangannya dihulurkan untuk memulakan akad nikah Ad bersama Joy.

Ad masih termenung. Diam... Dia tidak menyedari tingkahlaku lelaki yang akan menikahkan dia dengan Joy itu

"Ad!..tuuu"Joy menyedarkan lamunan Ad..

tersentak sedikit.

"ermm..ermm..sa...sa..saya minta maaf ustaz..

"takpe..boleh kita mulakan??"soal lelaki itu

Ad diam lagi..Bibirnya berat untuk bercakap perkataan sedia pada lelaki itu..

"Ad!!apa yang you tunggu lagi?? cepatlah..jangan buang masa boleh tak" Joy khuatir dengan tindakan Ad yang ragu-ragu untuk berjabat tangan dengan lelaki itu.

Ad menarik nafas dalam lalu dihembusnya.

"Dah sedia??"soal lelaki itu lagi..

"ya allah..betul ke apa yang aku buat ni??" Ad berbisik didalam hati kecilnya.

"Encik????Dah sedia ke belum??kalau belum sedia,takpe..Encik boleh ambil masa Encik untuk berfikir.."

"No!!!Kami perlu nikah sekarang..tak boleh tangguh!"Joy menyampuk dengan bantahannya

"jadi macam mana??"soal lelaki itu kepada Ad.

"Saya...sa...saya....saya.."

"hah??"lelaki itu berkerut..

"saya sedia.."ucap Ad

Joy menghembuskan nafas leganya.Terukir senyuman pada bibir.

Ad mula berjabat tangan dengan lelaki itu.Satu demi satu perkataan disebut semasa lafaz nikah dilafazkan.

Hanya Sekali lafaz sahaja Ad sudah sah bergelar suami kepada Joy dengan adanya beberapa orang saksi di situ.

"finally...aku dah jadi isteri Ad..fuhh..Jangan harap kau akan dapat Ad semula,Bella!" Joy tersenyum gembira tetapi bukan pada wajah Ad. Dia hanya muram dan asyik mendiamkan diri setelah selesai akad nikah itu.

Setelah semuanya selesai...Ad langsung tidak bersuara mahupun berbicara dengan Joy.Joy mula berasa dirinya seperti patung yang asyik syok sendiri semasa berbual dengan Ad.

"you ni kenapa?? Diam je.."Soal Joy tidak puas hati.

"Takde apa nak cakap, diam jelah.."

Joy menahan tubuh badan Ad yang sedang berjalan menuju ke arah keretanya

"what??What's wrong with you?? Hello!! im your wife now!! You buat I macam tak wujud je kan??Asal?? Hah??you teringatkan betina lama you tu??Ingat eh..I isteri you!"

"Joy..apa yang you nak lagi?? kita dah kahwin kan?? apa yang you tak puas hati lagi?? I penat lah kalau perangai you macam ni..letih tahu tak?!" Sedikit tengkingan pada Joy.
Ad menepis tangan Joy yang tidak henti-henti melekat pada lengannya.

"Ad??Arghh!"

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now