BAB 32:Janji

26.7K 636 5
                                    

"Arrrhhhh!!!..." Aku menghentak-hentak tanganku pada stering kereta.Di dalam kereta hanya kedengaran suaraku yang teresak-esak.

Keretaku diberhentikan di tepi jalan raya kerna hatiku tak sanggup untuk pulang dengan diri yang sudah kotor!.Rasa bersalah pada Ad amat tebal.Apa dah jadi dengan diriku sekarang ni??Semuanya dah hancur.

"He..He..hello Jihyo.." Aku memulakan bicara di dalam talian dengan gagap

"Hello??... Bella ke ni??" Jihyo pelik.Mungkin kerna suaraku yang serak akibat tangisan.

"Ya!..Jihyo..to..to..tolong aku!"

"Okay-okay..relax!..tarik nafas dalam-dalam..And then kau cerita dekat aku apa yang dah jadi ni?? Kenapa kau menangis??"

Suaraku makin kuat esakkan..Tak sanggup untuk menjawab semua pertanyaan yang diacukan oleh Jihyo.

"Bella?? Jangan buat aku risau boleh tak?? Sekarang kau ada dekat mana??aku datang sekarang!!nanti kau share location.."

Talian terus dimatikan oleh Jihyo.Risau betul suara dia dalam talian tadi.Aku dah tak mampu lagi berkata-kata,ibarat lidahku ini menjadi beku.

Sesekali aku menggosok-gosok lenganku yang tidak berlapik dengan baju.Aku dah kena sentuh ke??kenapa Joy sanggup tipu aku? Terlalu banyak sangat persoalan yang bermain di fikiranku.Tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan panggilan masuk.

Terpancar nama Adrian pada screen telefon itu.Jariku terketar-ketar untuk menjawab panggilan daripadanya.Aku terus mematikan telefonku.

"Sa..saya minta maaf Ad..."

Aku menyeka air mataku yang mengalir di pipi.Mataku sudah menjadi sembab akibat mengeluarkan air mata yang terlalu banyak.Sedar,tak sedar..Tidak sampai setengah jam,kereta Jihyo sudah berada di hadapan keretaku.Aku langsung tidak menyedari akan kehadirannya.

Tup!Tup!Tup!..Kedengaran seperti seseorang sedang mengetuk cermin keretaku.Aku tidak menghiraukannya..Makin lama,makin kuat ketukan itu.

Setelah penat mengetuk,Jihyo membuat keputusan untuk membuka sahaja pintu keretaku.

"Eh? Tak kunci?? Ish dia ni..pintu kereta pun tak kunci.."

"Bella?? Kenapa ni?? Aku ketuk cermin kereta kau macam orang gila,kau tak dengar??.."

Aku tersentak.

"Jihyo??....wehh...." terperanjat!.Aku terus mendakap tubuh kecilnya.Aku menangis di dalam dakapannya.

"Okay..kau cerita dekat aku perlahan-lahan!..Apa dah jadi ni?? Kau tahu tak,Ad call aku banyak kali tau.."

"Kau cakap ape dekat dia?" Soalku.

"Tak!...aku tak jawab panggilan dia..sekarang ni,aku nak tanya kau!..kau kenapa ni?"

"Aku tak tahu macam mana aku nak cakap dengan kau!Semalam,Joy mesej aku,dia nak jumpa aku..Dia merayu-rayu minta maaf dekat aku..and then, aku pun percaya cakap dia..sebab,waktu tu aku tengok muka dia memang betul-betul ikhlas.."

"Kau jumpa dia??" Soal Jihyo.

Aku mengangguk perlahan..

"Ad tahu tak yang kau jumpa dengan Joy??" Soalnya lagi.

Kali ini,aku menggelengkan kepala.

"Ya allah! Bella!??" Jihyo menepuk pada dahinya sendiri.

"Sebab dia dah beritahu awal-awal supaya jangan beritahu Ad.Aku bodoh weh!! Aku bodoh sebab percaya cakap dia!!"

"Lepastu??"

Aku terdiam sebentar.Hati aku sudah mula bergoncangan.Rasa menyesal di hati,memang sangat kuat.Ianya tidak boleh menggambarkan dengan kata-kata.

"Bella..cakaplah.." lembut suara Jihyo menyapa.

Aku menyeka sedikit air mataku yang jatuh.

"Aku sedar-sedar je pagi ni, baju aku dah koyak rabak..diri aku waktu tu,hanya pakai sehelai baju je..Bila aku nak keluar,Suho ada dekat depan aku dengan tak pakai baju...kau rasa apa yang dia dah buat weh??

Suaraku kembali teresak semula.Tiba-tiba,Jihyo pula yang tergamam.Satu perkataan pun tak keluar dari bibirnya.

"A..a..a..ak..aku dah kena rogol ke weh??Aku bodoh!! Bodoh!! Cepat sangat percaya dekat orang!!" Aku menghentak-hentak dahiku pada stering kereta.Semakin kuat tangisanku didalam kereta itu.

"Sudah Bella!! Sekarang ni,kau nak sakitkan diri kau tu pula??" Jihyo menarik diriku perlahan.

"Macam mana kalau Ad tahu pasal ni?? Kalau aku terangkan dekat dia..dah tentu-tentu dia takkan percaya.."

"Nak menyesal pon dah takde gunanya..benda dah nak jadi!."

Aku tersedu-sedu menghirup udara.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa menyesalnya aku dan andai diberi peluang untuk aku putarkan masa ni semula,aku akan buat!..

"Arrhhhh!!!!!" Dahiku dihentakkan berkali-kali pada stering kereta.

"Bella!!sudahlah tu!! Janganlah nak seksa diri kau pulak!Aku faham perasaan kau..tapi janganlah buat macam ni!" Jihyo meninggikan suaranya

Pantas tangannya menarik beberapa helai tisu untuk dilapkan pada dahiku yang berdarah.Betapa kesalnya aku sehingga tidak menyedari bahawa banyak darah mengalir pada dahiku.

"Jangan seksa tubuh badan kau macam ni,Bella!"

"Jihyo......"

"Bella...aku tahu kau kuat untuk hadap ni semua..Allah tu takkan uji hambanya melebihi kemampuan seseorang.Kau tahu kan??"

AKU memberanikan kaki ini untuk menapak masuk ke dalam rumah walaupun agak sedih dan gementar.Kelihatan kereta Ad terparkir di halaman,tentu dia ada dekat dalam.

"Assalammualaikum..." aku cuba mengeluarkan nada suara seperti tiada apa-apa yang berlaku.Senyuman pada bibirku tetap tidak lekang.

"Waalaikumsalam.." Ad mematikan anak matanya pada diriku.

"Bella?????" Perlahan-lahan Ad mengukirkan senyumannya.Dia pantas berlari ke arahku.

Air mataku hampir sahaja ingin jatuh,tetapi aku tetap kuatkan semangat!

"Bella kau pergi mana?? Kau tahu tak macam orang gila aku cari kau!! Kau nak tinggalkan aku ke??"

Air mata Ad perlahan-lahan jatuh mengalir di pipi.Ya allah...berdosanya aku buat suami aku macam ni.Dia menangis??lelaki yang penuh dengan ego dan panas baran mampu menitiskan air matanya di hadapanku.

"Bella??kau nak tinggalkan aku ke??" Sebak suara Ad.Aku dapat melihat kesedihannya dari mata.

"Ad......apa awak cakap ni??mana mungkin saya akan tinggalkan awak.." tangannya dicapai olehku.

"Habistu?? Mane kau pergi??Kau tak pernah tinggalkan aku macam ni!"

"Ad...Ad..saya dah ada dekat depan awak sekarang ni.." Aku cuba meredakan keadaan..

"Kau boleh janji dengan aku tak?? Tolong jangan tinggalkan aku..Aku tak dapat bayangkan kalau hidup aku tanpa kau!"

Aku terdiam sebentar..

"Ad...andai kata kalau jodoh kita pendek..awak kena teruskan hidup awak..awak tak boleh jadi macam ni..awak kena lupakan saya.."

"Apa benda kau cakap ni?? Aku taknak dan takkan lupakan kau..kau takkan tinggalkan aku kan?? Hah??"

Aku masih diam..

"Jawablah Bella!.."

"Ad...ajal,maut,jodoh,pertemuan semuanya terletak di tangan tuhan..awak tahu kan yang saya cintakan awak?insyaallah jika jodoh kita panjang,saya takkan tinggal awak..percayalah cakap saya..melainkan awak yang tinggalkan saya"

"Tak..aku takkan tinggalkan kau..aku janji!..tolong jangan buat macam ni lagi.."

Sebak aku apabila melihat kesungguhan dan keikhlasan Ad padaku. Perlu ke aku beritahu dia apa yang dah jadi dekat aku??kenapa semua ni jadi dekat aku?? Aku baru je mahu mengecapi bahagia bersama Ad..kenapa benda ni jadi!! Kenapa!!!!!

Mungkin,ini bukan masanya untuk aku berterus terang.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now