BAB 38:AYAH

27.7K 651 19
                                    

"Kenapa awak pandang saya macam tu??"Soalku tidak selesa dengan perlakuan Aiman yang asyik memandangku.

"Kenapa awak taknak cerita dekat saya eh pasal awak sekarang ni??Awak cakap yang awak anggap saya ni kawan awak..tapi kenapa perlu berahsia??"Aiman menyoalku semula.

Aku diam.Aku mengalihkan pandanganku ke luar jendela.

"Jihyo dah ceritakan semua dekat saya.."Jawabnya lagi..

"Jihyo??"

"Yup..tapi awak jangan marah dia sebab saya yang paksa dia untuk beritahu saya.."Aiman berdiri menghampiri sisi katilku.

"Aiman...saya bukan nak berahsia dengan awak..Cuma saya taknak menyusahkan awak je..itu je.. "Aku menjawab dengan penuh lembut

"Menyusahkan??Apa yang menyusahkan??Awak tu..awak tu tengah mengandung,awak jangan banyak fikir sangat.."

"Nak atau taknak,saya kena fikir juga. Sekarang ni,sayalah ayah dan sayalah ibu pada anak ni. Saya kena fikir macam mana saya nak cari kerja untuk sara anak ni."Aku cuba tahan sedaya upaya supaya mataku tidak berkaca di hadapannya.

"Kerja??kenapa awak perlu kerja??Awak kena banyak rehatlah,Bella!"

Anak mataku terhenti pada Aiman

"Akaun saya dah kena beku,Aiman.."Aku pantas menyeka air mataku yang jatuh. Sudahlah dihalau dari rumah,Akaunku juga turut dibekukan oleh Ad.Kenapa dia sanggup buat aku macam ni?Jikalau dia betul-betul dah tak nak fikir pasal aku lagi,sekurang-kurangnya..fikirlah tentang anak ni.

"What??Ad bekukan??"

Aku hanya diam.Termenung.
Keadaan tegang seketika.

"Kenapa tergamak dia buat macam ni??Astagfirullahalazim.."Aiman mengurut dahinya.
Dia mengukir wajah simpatinya sambil bibirnya istighfar.

Lama Aiman mengambil masa dengan diam dan termenung.Sesekali,matanya meninjau ke arahku.

' Ya allah..Patut ke aku bertanggungjawab terhadap seorang insan,seorang wanita dan bakal seorang ibu yang teraniaya di hadapan aku ini,ya allah..Aku sangat-sangat kesian dekat dia..Aku tak sanggup tengok dia macam ni..Aku nak lindungi dia,aku nak jaga dia.' Bisik Hati Aiman yang jauh termenung memandang ke arahku

Aiman menarik nafasnya dalam.

"Kalau saya cakap yang saya nak jadi ayah kepada anak awak tu,awak terima tak??.."Tanpa gagap bicara,tanpa ragu-ragu,Aiman berterus terang kepadaku.

Mataku tepat memandang wajahnya.Serius.
Aku diam

"Saya ikhlas,Bella!"

"Saya tak faham..apa maksud awak??"soalku

"saya cuma nak anak awak tu anggap saya ni seorang ayah dia..Saya akan tanggung perbelanjaan dia sampai dia besar..termasuk awak..itu janji saya"

Jujur dari hati,aku dapat lihat kejujuran dan keikhlasan dari matanya.Tapi...ya.memang tiada alasan untuk aku menolak permintaannya.Cuma,Aku taknak satu hari nanti,aku terhutang budi dengannya.

"Takpelah Aiman,Saya taknak susahkan awak..cukuplah awak dah tolong saya ni pon saya dah berterima kasih"Tolakku dengan nada lembut.Tidak mahu dia terasa hati

"Bella..awak tahukan saya sayangkan awak??Saya juga akan sayangkan anak awak tu..Tolonglah,saya cuma nak ringankan beban awak je..anggap sahajalah yang saya ni ayah angkat kepada anak kandungan awak tu.."Rayu Aiman.

Tidak dijangka,ada lagi insan yang mahu menolong sehinggakan perlu merayu dihadapanku.Rasa sedih dan sakit di hati yang masih terpahat telah bercampur bauk dengan rasa sebersalah terhadap Aiman.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now