"Ni awak punya ke?" Soal Aiman sambil menunjukkan buku dan cermin mata itu ke arah Sumayyah.
Matanya terbeliak besar melihat buku diarinya sendiri berada pada tangan Aiman
"Mana awak dapat ah?? awak curi saya punya eh?" Pantas tangannya merampas barang itu.
Aiman hanya tersenyum yang mempunyai seribu satu maksud" nasib baiklah saya yang jumpa, kalau orang lain?? tak parah?? nanti keluar pulak gosip dekat hospital ni 'Doktor Sumayyah menulis diari tentang cinta pada lelaki yang bernama..."
"Diamlah!" Sumayyah laju memotong percakapan Aiman yang setengah jalan itu.
Cermin matanya disarungkan.
"saya tak sukalah orang yang ceroboh privasi saya ni!Tolong hormatlah!"Aiman terdiam apabila melihat Sumayyah yang sedikit berang"Saya bukan sengaja nak baca, saya just nak pastikan yang tu awak yang punya"
"Saya sibuk, saya kena pergi" Sumayyah terus melangkah keluar dari ruangan biliknya itu meninggalkan Aiman keseorangan.
"Maya...." Aiman cuba meredakan keadaan tetapi langsung tidak dihiraukan oleh doktor itu.
Aiman mengeluh perlahan. Keadaan menjadi sunyi.
________________
"Aunty, kita nak beli apa lagi?" Putri kemas memegang pimpinan tangan oleh Jihyo . Shopping mall yang besar itu dirantau oleh mereka sehingga bertimbun beg yang dipegang oleh tangan kanan Jihyo.
"Putri nak beli apa?? Putri cakap je, Aunty belanje!" Keningnya dijongketkan berkali-keli.
"Betul ke ni?" Girang suaranya.
"Iyeeee"
"Tak tipu??"
"Tak,..Aunty tak tipu" Jihyo mengangkat tangannya seperti berikrar.
"Okay, kalau macam tu, jom kita pergi situ" Tangannya menunjukkan sebuah kedai yang dipenuhi teddybear,toys,PSP..
Parah..hahahaha"Hah? bankrup lah Aunty.."
Putri terus melepaskan pimpinan tangan dari Jihyo dan berlari menuju ke kedai itu.
"Eh Putri! Tunggu Aunty.."
Jeritan itu langsung tidak dihiraukan oleh anak kecil itu. Yelah, bila dah nampak kesukaannya, semua benda tidak dihiraukan lagi.
"tunggu..Putrii????" Kelibatnya mula hilang.Pelik Bin ajaib betul
"Putri???" Jihyo mencari kelibat Putri yang laju berlari. Semua penjuru dan setiap lorong kedai itu, dirantau oleh Jihyo untuk mencari Putri.
Namun masih tidak jumpa!"Putri??...Putri!"
Jihyo masih mencari dan cuba berfikir dengan positif. Mungkin ada di sekitar-sekitar ini juga!.
"mana Putri ni..tadi ada..haishh..Putri janganlah macam ni" Bisiknya perlahan. Hatinya mula tidak tentu arah apabila seluruh kedai itu tidak terlihat pon kelibat Putri.
"erm cik..ada nampak tak budak kecil umur dalam lingkungan 5 tahun, lalu dekat sini??" Soal Jihyo kepada seorang wanita yang sibuk memilih barang disitu.
Hatinya bertambah gelisah..
Dadanya mencungap-cungap menahan debaran yang semakin berleluasa"Putri?? !!!!"
Dia masih tidak berputus asa untuk mencari Putri.
Firasatnya kuat mengatakan bahawa anak kecil itu masih ada di sekitar sini.."Opss..sorry!" Lantas diminta maaf oleh Putri setelah melanggar lelaki yang bertubuh sasa itu.
Beg lelaki itu terjatuh.Putri pantas mengambil beg itu lalu diberi kepada tuannya " Sor....eh??? Uncle?" Perkataan sorry tergendala apabila Putri mendongak dan melihat lelaki itu ialah Uncle Ad yang pernah ditemuinya kelmarin.
Dia tersenyum senang.
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...