BAB 12:Padamu ku memohon

39.5K 845 75
                                    

Aku bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh.Aku juga turut menunaikan solat sunat.

"Bella!..Bella!!.." kuat suara Ad memanggilku.

Aku memang dengar suaranya tapi aku tetap khusuk di dalam solatku.

Ad lantas membuka pintu bilik.Dia ternampak aku yang baru habis solat dan sedang berdoa.

"Kat sini rupanya kau..huh!! Sejak bila rajin solat lak ni? Demam ke ape?" Ad ketawa seorang diri.

Aku tetap tidak mengendahkannya.

"Kau dengar tak aku panggil kau ni?"

Aku masih lagi diam dan terus berdoa.

"Haish..aku paling pantang kalau orang buat-buat pekak je ni!"

Badanku terus ditendang oleh Ad.Aku jatuh tersembam di atas sejadah.Sakit tulang belakang memang terasa.Apalah dosa aku kali ini sehingga diperlakukan seperti ini.

"Ad..awak nampak tak saya tengah buat apa?? Kalau awak taknak hormat saya its okay tapi tolonglah hormat dengan ibadat saya?bukannya saya suka-suka buat pekak!"

"Takde gunalah kau buat semua ni!! Tuhan takkan dengar doa kau lah!! Kau tak ingat ke apa dosa yang pernah kau buat sebelum ni??Bella..Bella..kau ingat tuhan tu nak ampunkan kau ke?Haish..buang tenaga je buat semua ni.." gelak Ad.

Air mataku berlinang mendengar hinaan daripada Ad.Terus jatuh air mata ini.

"Astafirullahhalazim..Ad awak sedar tak apa yang awak cakap ni?? Saya yakin yang Allah tu dengar semua doa saya.Ad..kita solat sama-sama eh..pintu syurga tu masih luas terbuka untuk kita Ad." Aku memegang erat tangannya.

"Hurh..Yes! Aku sedar apa yang aku cakap ni..Bella..kau tu isteri aku,Kita pergi ke neraka jelah ye..Takpayah lah kau buat ni semua.Kita berdua pon dah banyak dosa sebelum ni.Alang-alang dah banyak dosa tu,kita ke neraka je."

"Awak tahu tak seksaan dekat neraka macam mane?Awak memang dah tekad nak masuk sana ke Ad?Saya taknak! Saya tetap pilih ke syurga!.

Aku terus keluar dari bilik itu.

"Kau dengan aku sama jelah!! Kau jangan nak berlagak baik depan aku!" Masih terdengar jeritannya lagi di dalam bilik.

Aku keluar ke office untuk bertemu dengan papa.Katanya ada hal yang penting.

Sampai sahaja di hadapan office,Seorang perempuan memandang tajam ke arahku.Tidak dinafikan,agak cantik.

"So..Kau lah isteri Ad ye?" Soalnya padaku.

Aku senyum lalu mengangguk.

"Ye saya!.Puan ni siapa ye?

"Excuse me..aku belum kahwin lagi!"

"Ouh sorry..Cik ni siapa? Soalku semula.

"Tak perlu minta maaf sebab tak lama lagi aku akan berkahwin.BTW My name is Joy.Aku bakal menjadi isteri kepada CEO syarikat ni."

Aku terdiam.

"Saya tak faham..."

"Lembabnya kau ni..Maksud aku dengan Ad!"

Aku masih lagi diam.

"Aku nak kau minta cerai dengan dia!sebab aku taknak bermadu." Tambahnya lagi.

"Kenapa saya perlu minta cerai dengan dia?? Dia takde buat apa-apa pon."

Walaupun Ad sudah bermacam-macam menderaku,aku tetap tidak membuka aibnya pada orang kerna Buruk dan baiknya dia tetap suamiku.

"Dahlah Bella..Takpayah berselindung..Ad dah cerita dekat aku segala-galanya..Dia yang nak kahwin dengan aku..Lagipon tak payahlah kau nak pakai bedak dekat muka kau tu tebal sangat sebab aku tahu ada kesan lebam.Ad pukul kau..Ad rogol kau..Ad seksa kau..Kau masih tahan lagi ke? Suaranya kuat di telingaku.

Rasa malu juga muncul kerna Semua tentang aib diriku diketahui olehnya.

"Ouh..maksudnya,awak dengan Ad dah ada hubungan lah ni?"

Dia tersenyum sinis.

"Macam ni lah ye..selagi saya mampu bertahan..saya bertahan sebagai seorang isteri.."Aku tenang berkata-kata.

"Eh pompuan..Apa yang susah sangat kau ni?? Tinggalkan jelah Ad tu..Dia bukannya nak dekat kau!" Tengking Joy.

"Kalau dia memang cinta kan dekat awak..Suruh dia sendiri yang lafazkan cerai dengan saya..Dahlah saya dah lambat.Assalammualaikum...." aku terus beredar.

"Ergh!! Takpe..Kau tunggu nasib kau..Kau belum kenal aku lagi! Kalau aku kata aku buat..Aku akan buat! Jangan cabar aku Bella"

Aku masuk ke dalam pejabat papa.Terlihat papa dan Ad sudah pon berada di dalam.

"Sorry..Bella lambat sikit sebab tadi jem." Explainku.

"Kenapa tak naik sekali dengan Ad? Papa memandang Ad

"Ermm..Tadi Bella kata dia nak pergi sendiri sebab takut Ad miss meeting." Ad merenungku tajam.

"Ok..takpelah..Bella duduk dulu..Ada perkara penting yang papa nak cakap"

"Macam serius je?"

"Ye..memang serius..ini tentang syarikat Cahaya Holdings." Tambah papa.

"Papa dah buat keputusan yang papa nak serahkan Cahaya Holdings ni kepada.....

Aku dapat melihat kebimbangan pada wajah Ad.Aku langsung tidak mengharapkan apa-apa jawatan dari Cahaya Holdings ini kerna aku serahkan semuanya pada papa.

Papa diam seketika.Ad menantikan jawapan daripada papa.

Satu saat..
Dua saat..
Tiga saat..

"Ad!" Jawapan daripada papa.

Aku tidak merasakan apa-apa.Ad sudah pon tersenyum girang.Aku yakin yang dia happy kerana hajatnya telah tercapai.

"Bella tak kesah kan??" Soal papa

Aku hanya menggeleng.

"Takpelah papa..Bella tak kisah pon.Kekayaan dekat dunia ni bukannya boleh bawa mati.Yang penting sekali kekayaan di akhirat.Itu paling penting."

Papa tersenyum.

"Tapi jangan risau..Ada juga bahagian untuk bella uruskan juga ye.." Papa pon terus keluar dari bilik itu.

Ad pantas mengunci pintu bilik tersebut.

"Kau saja je kan perli aku depan papa!"

"Bila masa pulak saya perli awak?"

"Kau jangan buat-buat lupa lah! Yang tadi kau cakap kekayaan dunia tak boleh bawa mati bagai! Itu apa?" Tengkingnya tetapi tetap mengawal suaranya supaya tidak didengari oleh papa.

"Awak terasa ke?? Itu bukan perli Adrian Sufi! Tapi kalau awak terasa terserahlah."

Ad ingin menamparku tetapi tidak kesampaian kerana bimbang staf di ofice itu ternampak perbuatannya.

"Nasib baiklah kita dekat office.Kalau dekat rumah aku rasa kau dah arwah kot. Kali ni kau bernasib baik!"

Ad berlalu pergi..

Aku melihat susuk tubuh Ad sudah pon hilang dari pandangan mata.Rasanya dia keluar lah tu.

Walaubagaimanapon cara dia melayanku,aku tetap tidak berhenti berdoa pada Allah supaya hatinya dilembutkan





Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now