BAB 7: Pilihan terbaik?

51.6K 930 32
                                    

Ad duduk di atas kerusi malas di hadapan kolam renang sambil memegang gitar kesayangannya.

Gitar itu dipetik lembut oleh nya.Satu suara merdu berbunyi.Ad menyanyikan lagu "Someone Like You"

" I heard
That you're settled down
That you
Found a girl
And you're
Married now...

Never mind...
I find..someone like you...
I wish nothing but the best..for you too.."

Aku yang lalu disitu tertarik dengan suara yang merdu itu.Hati aku bertanya-tanya siapakah milik suara itu.Amat merdu dan tenang.

Aku perlahan-lahan mengintipnya.Ternyata Ad!.Orang yang aku tidak menyangka.Kenapa suara dia terlalu tenang jika didengar?? Padahal diri dia tu amat kejam.

Aku terus melihat dia menyanyi dengan penuh penghayatan.

"Aihhh...sedapnya suara.."

Suaraku telah didengari oleh Ad.Ad laju menoleh ke arah ku.Lagu yang dinyanyikan olehnya juga terhenti.

Aku tergamam.

"Kau buat apa tu kat situ?" Kuat suaranya.

"Mmm..mane ade buat ape-ape..aku saja je tengok air kolam ni.."

Aku masih terjegat di situ.

"Kau buat apa lagi dekat situ? Blah lah!!" Ad menghalau ku.

Aku pon bergegas pergi dari situ.

Aku masih di dalam bilik.Handphone ku terus ditenung.

"Aku tak boleh tinggal dekat sini lagi.Aku dah tak sanggup nak jumpa dengan Ad setiap hari.Aku kena pergi dari sini."

Puas aku memikir tempat yang aku mahu pindah tetapi ianya amat sukar.Duit dalam bank aku pulak dah kena beku.Macam mana aku nak pergi??

Nak tak nak,terpaksalah aku beritahu papa.Aku dah tekad..aku nak ke Melbourne,Australia.Tempat lama aku belajar sewaktu dulu.Aku terpaksa memberanikan diri ini untuk membawa diri.Kalau tiba waktunya,aku akan pulang ke sini semula.Itu janjiku.

Sewaktu papa berada di ruang tamu,Aku memberanikan diri untuk menghampirinya.

"Aik...Bella?" Papa menegurku lembut.

Aku yakin yang mood dia tengah baik sekarang.Lebih baik aku cakap cepat sebelum dia bertukar mood.

"Ehem..papa...Bella nak cakap sikit dengan papa.. papa tak busy kan??" Aku cuba juga berlembut dengannya

"Apa dia??? Cakap lah."

Aku makin menghampiri papa.Aku menarik nafas dan terus menghembusnya.Tidak terkata lajunya degupan jantung ini.

"Kenapa? Cakaplah..tadi kata ada nak cakap something.." papa menyapa.Makin laju degupan jantungku.

"Bella ada satu permintaan yang nak minta dekat papa..dan Bella nak papa tunaikannya.."

Papa mengangkat kening.

"Bella...Bella..nak belajar dekat Melbourne!!" Laju aku bercakap..

Papa merenungku.Aku takut.

"Melbourne?? But why?"

"Bella taknak belajar dekat sini lagi..papa bagi kan?" Aku cuba merayu.

Papa terdiam.Tiba-tiba riak muka papa menjadi serius.

"Papa tak benarkan Bella pergi sana." Serius suaranya.

"Papa..please papa!! Bella merayu dekat papa tunaikan permintaan Bella ni..Bella tak minta apa pun..Bella cuma nak pergi melbourne je..tolonglah.!"

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now