BAB 19: Sayang

40.7K 901 39
                                    

Joy melihat susuk tubuh Ad dari jauh dan terus mendakap tubuh Ad dari belakang.

"Ad..I miss you sayang..." erat pelukan Joy terhadap Ad.

Ad terkejut lalu menoleh ke belakang dan terus mengelat dari pelukan Joy.

Muka Ad bertukar serius dan cuba untuk memberi alasan.

"Whats wrong with you??" Joy mula bengang.

Ad membetulkan tali lehernya yang sedikit senget.

"Takde ape! I just tak suka you peluk I depan orang ramai,lebih-lebih lagi depan staf I."

Joy menepis kasar tangan Ad dan mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Nak tunjuk marah lah konon.

"Selama ni okay je..tetiba pulak harini tak boleh, dah kenapa?" Joy masih bersabar.

"Joy..kalau you peluk I dekat dalam office I,itu I tak kisah tapi kalau luar office,I perlu jaga-jaga sebab papa I sentiasa ada dekat syarikat ni..you know? So please behave." Terang Ad.

"Alasan! Ni mesti betina tu dah sihir you kan?" Suara Joy mula tinggi.

"Betina mana pulak ni?? I takde perempuan lain selain you..what are you talking about?"

"Habistu Bella tu ape?? Cukuplah Ad! I dah tension hidup macam ni!..Ad...." Joy memanggil Ad dengan nada perlahan.

"Kita kahwin jom?" Joy senyum.

Ad terdiam seketika.

"Ad?? I cakap dengan you ni!"

Ad mula tersedar dan bersuara.

"Joy..biar saya settlekan masalah saya dulu and then baru kita kahwin eh? Tak lama pon..sedikit je lagi!"

Ad mencapai tangan gebu Joy.

Joy masih diam.

"Please sayang.." rayu Ad.

"Ok..fine!! Tapi ingat,I buat semua ni sebab I cintakan you.Ad..please jangan hampakan I"

Ad tersenyum..

"I takkan hampakan You..believe me!I love you more" Ad menggenggam erat kedua-dua tangan Joy.

Tingkah laku mereka telah dilihat olehku.Aku menyaksikan mereka di sebalik pintu office tanpa mereka sedar.

Hatiku amat remuk sewaktu Ad mencium kedua-dua belah tangan Joy.Isteri mana yang tidak sedih bila melihat suaminya curang dihadapannya.
Jikalau Ad melayan aku seperti mana dia melayan Joy,akulah orang yang paling bahagia dekat dunia ni.Tapi apakan daya,siapalah aku untuk melawan takdir..

Air mataku berkecai sewaktu melihat kemesraan mereka.Tiba-tiba,Aiman menyapaku dari belakang.

"Bella?" Sapanya.

Aku pantas mengelap air mataku dengan menggunakan kain tudungku.

"Ye.." suaraku sedikit pecah.

Aku membelakangi Aiman kerna tidak mahu dia melihat mataku yang sembab.

"Are you okay?? Sebab dari tadi saya nampak awak asyik berdiri dekat belakang pintu ni je.."

"Takde ape! Saya okay..awak ade apa cari saya ni?" Aku terus menghadap ke arah Aiman.

"Jom kita pergi lunch?" Aiman tersenyum.Seperti biasa,menampakkan giginya.

Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala..

"Haish dia ni...pikir comel buat macam tu?" Soalku.

"Yup..comel kan??"

Aku membuat muka "meluat+muntah"

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now