Sesudah sahaja aku menyalin pakaian, aku menyusur keluar dari wad itu keseorangan untuk check out sambil lenganku dibalut kain putih.Aku ternanti-nanti akan kehadiran Ad.Kenapa dia tak jenguk aku?
"Mana Ad ni?? Aku nak balik naik apa? Haduhh" telefon pada tangan tidak dilepaskan.Aku cuba mendail nombor Ad tetapi hanya kedengaran suara operator sahaja.
"Fuhhh..ahh..tolonglah jangan sakit time-time macam ni." lenganku terasa pedih.Aku mengusap-usap untuk menghilangkan sakit itu.
Tiba-tiba beg yang dipegang olehku dirampas perlahan oleh seseorang.Aku menoleh laju ke belakang untuk melihat gerangan itu.
"Jom.." Ad berjalan ke hadapan mendahului ku
"Ad?? Saya ingatkan awak taknak datang!"
Langkahnya terhenti.Ad menghadap ke arahku.Cermin mata hitam yang dipakai olehnya dibuka perlahan.
"Aku ada cakap ke yang aku taknak datang?? Setahu aku takde..Engkau tu isteri aku, so ini dah jadi tanggungjawab aku untuk jaga kau!Dah jom! " Dia menyarung semula cermin mata hitamnya lalu membimbing tanganku untuk berjalan bersamanya.
Aku terkejut.Aku melihat genggaman tangan Ad padaku.Bibirku perlahan-lahan mengukirkan senyuman.Omaigod!! Ayat apakah ini??
Di dalam kereta hanya kedengaran bunyi radio sahaja.Kami langsung tidak berbual mahupun menegur antara satu sama lain.
"Dia marah ke ape?? Tak bersuara langsung pon..haduh...nak tanya ke taknak eh?" Aku keliru.Sempat lagi aku menjeling untuk melihat mood nya.
"Ehem...uhukkk!!uhuk ehem!" Batuk.Berlakon sikit.
"Kau kenapa?? Nak tanya,tanya jelah..." Ad tenang mengawal stering kereta.
"Ermm...nak tanya sikit je,tak banyak.."
Ad mengangkat keningnya.
"Ermm..awak marah saya ke??"
Ad menggelengkan kepala.
"Habistu kenapa awak diam je lagi tadi?"
"Takde benda nak cakap,diam jelah!" Ringkas jawapannya..
"Ish dia ni...biasanya mulut dia ada je benda yang nak cakap.Ni mesti ada benda yang tak kena?" Bisik hatiku
Suasana menjadi sunyi semula.Radio menjadi raja di dalam kereta.
"AKU membersihkan di dalam ruang bilikku yang dipenuhi habuk pada meja.Sesekali aku menyusun buku dan surat-surat di almari dan laci.
Sedang sibuk aku mengemas-ngemas,mataku terhenti pada surat yang tertulis"Surat Pernikahan". Kertas itu juga tertulis terang-benderang nama papa dan mamaku.Ini adalah kali pertama aku membaca surat nikah itu.Tiba-tiba minat pulak hendak membacanya.
"Papa dengan mama nikah tarikh1990?? Aik?? Asal tarikh ni lambat ek??"
Aku pelik.Aku teringatkan tahun aku dilahirkan dengan tarikh nikah mereka.Kenapa tarikh mereka lambat? Sepatutnya tarikh mereka nikah lebih awal dari tarikh aku lahir.Ish..
Aku termenung sebentar.Amat pelik! Borang ni salah tulis ke apa? Tapi takkanlah salah?sebab sudah disahkan oleh JAKIM.. Fikiranku makin keliru. Aku nak sangat tahu tentang ni. Hati aku betul-betul tak sedap.
Aku keluarkan borang kelahiranku dan melihat tarikhnya.
"Aku lahir 1989..Papa dengan mama nikah 1990. Ish asal aku lahir dulu?"
Aku menatap lama borang itu.Fikiran ku sedang bermain-main dengan penuh soalan.
Hati aku memang betul-betul tak sedap. Macam ada yang tak kena.Wajah ku sudah bertukar muram.Macam ada yang tak kena.Hati aku ni kuat mengatakan bahawa ada sesuatu perkara yang aku tak tahu.
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romansa|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...