BAB 45: #IPB

30K 711 71
                                    

3 hari sudah berlalu, erm bosan jugak duduk dekat hospital ni..But its okay, tenang sikit fikiran sebab tiada siapa yang mengganggu.

"Nurse, saya nak buat pembayaran bil hospital." Sapa Aiman ,sebaik sahaja berdiri di hadapan kaunter itu.

Tidak sempat Aiman meneruskan bicaranya, telefon bimbitnya berdering terlebih dahulu menunjukkan satu panggilan masuk.
"sorry"ucapnya kepada seorang nurse itu sebelum menjawab panggilan itu.
Dia pantas menyelak skrin untuk dijawab panggilan itu.

"Excuse, saya nak bayar bil hospital" Seorang lelaki yang agak goodlooking menghampiri nurse itu sambil tersenyum ramah.

"Maaf ye Encik, Encik perlu ikut turutan.. Saya perlu selesaikan bil Encik tu dulu" Jururawat itu menunjukkan ke arah Aiman yang sibuk bercakap di dalam telefon.

Lelaki itu senyum" Ouh okay! Maaf ye"

"Erm siapa nama pesakit?" Soal jururawat itu sebaik sahaja Aiman menamatkan panggilan telefonnya.

"Nabila Quraisha"

"Okay, sebentar ye" jawab Jururawat itu. Tangannya lincah mencari fail-fail yang tersusun di atas meja.

Lelaki di belakang Aiman terkejut mendengar nama itu. Riak wajahnya berubah serta merta
"Bella?? itu bukan nama Bella ka?"getusnya dalam hati.

Dia perlahan-lahan menghampiri Aiman untuk melihat siapakah gerangan lelaki dihadapannya itu. Apa kaitannya dia dengan Bella? apakah Suami? tak mungkin..

Dia menghampiri lagi...

"Aiman??..." Dia terkejut.

Aiman kelihatan langsung tidak terperanjat akan pertemuan itu. Malah, dia hanya buat tidak tahu atau lebih ringkasnya Buat Bodoh

"Hei kau buat apa dekat sini??"Soal Ad penuh ramah

Aiman diam "Berapa bilnya nurse?"

"Eh aku tanya ni, asal kau diam je?" Wajah Ad berubah tidak senang hati akan kelakuan Aiman terhadapnya

"Asal kau sibuk sangat nak tahu? Aku datang sini sebab Bella bersalin!"
Mata mereka bertentangan.

Ad amat pelik dengan kelakuan serta percakapan Aiman yang agak luar biasa dari sebelum ni

"Perempuan tu? huh! Aku ingat dia gugurkan anak haram tu..sayang lagi rupanya.." Ad menyampah. Akan tetapi,jika dilihat riak wajahnya dengan jelas, terpancar satu perasaan yang tidak dapat dikenal pasti. Apa yang boleh dikatakan, Wajahnya amat sayu.

"Jaga sikit mulut kau tu. Sebelum kau hina dia bukan-bukan ,soal siasat dulu itu anak haram atau bukan" Sinis pandangan Aiman terhadapnya.
Aiman pantas mengeluarkan duitnya sebaik sahaja melihat bil sudah pon terletak di atas meja.Dia pantas meletakkan duit itu disitu.

"Kesian kau, Aiman! Jadi pak sanggup dekat anak haram tu. Ini mesti perempuan tu malu kan? kau tu janganlah jadi bodoh sangat!" Tajam kata-kata Ad.

Nafas Aiman laju apabila mendengar hinaan dan cacian dari Ad di hadapan jururawat.

"Baik kau tutup mulut kau kalau takde benda baik yang kau nak cakapkan!"
Leher Ad laju dicekak oleh Aiman menggunakan tangan kirinya sehingga badan Ad tersandar pada dinding.
Tangan kanannya pula kemas menggenggam buku lima

"Kau nak tumbuk aku??Apasal?? kau pun malu digelar pak sanggup? Tumbuklah kalau berani!! kau pon sama je bodoh!!Suka sangat ambik sisa orang.."

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now