"Eh,Aiman?? Tak balik lagi ke?dah pukul berapa dah ni.." langkah ku terhenti sebaik sahaja melihat Aiman yang sibuk menyelak kertas.
Dia lantas melihat jam pada tangannya.
"Ya allah..dah nak pukul 11 dah?macam mana boleh tak sedar ni ek?"
"Tulah..sibuk sangat kerja sampai tak tahu yang dekat luar tu terang ke gelap.Dah..pergi balik.."
Aiman terus menyusun semua kertas lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya.
"Jomlah..saya hantar awak sampai dekat kereta awak.." Aiman membuka pintu untuk memberiku ruang jalan.
"Eh..takpayah lah! Apa lah awak ni Aiman.Saya tahu jalan sendiri." Aku tergelak kecil.
"Eh jangan lah macam tu,dah lewat malam ni.Bahaya tahu tak.."
Aku meneruskan lagi langkahku ke luar.Aiman mengiringi.
Kami seronok berbual-bual semasa berjalan menuju ke kereta.Aku tergelak kecil ketika mendengar cerita si Aiman.
"Okaylah..saya balik dulu eh..terima kasih"
Aku menarik pintu kereta untuk dibuka.Tiba-tiba,dengan sepantas kilat seorang lelaki berjaket hitam serta bertopeng melanggar tubuh ku.Aku jatuh ke atas lantai.Berderau darahku kerna terkejut dengan insiden itu.
"Ouch!" Desahku.
"Oii kau buta ke ape?!!Mata letak dekat mana?" Aiman menengking lelaki itu sambil membantuku untuk berdiri.
Lelaki misteri itu menundukkan kepalanya lalu mengeluarkan sesuatu di dalam poket bajunya.
Zhussssssss......Dia menyimbah sesuatu yang kelihatan seperti air ke arahku.Belum sempat ku berdiri...
Aiman menoleh laju lalu menepis tangan lelaki itu dengan pantas.Lebih pantas daripadanya.Botol itu terhempas ke lantai.Akan tetapi,perbuatan Aiman agak sia-sia kerana separuh dari keseluruhan air di dalam botol itu terpercik ke arah lenganku.
"Aurrgggghh!!!" Aku menjerit kuat kerna terasa seperti lenganku dibakar hidup-hidup.Pedih yarrabi..Tersentap aku waktu itu.
Lengan bajuku sudah kelihatan cair dan terhakis.Lapisan kulitku yang pertama juga terhakis.
Lelaki misteri itu terjatuh dan terus bangun membetulkan topeng mukanya.Dia memecut lari dari situ.
"Hoiii!!!" Aiman ingin mengejar lelaki itu tetapi pada masa yang sama,aku meraung kesakitan.Meminta tolong padanya.
"Aiman tolong saya,Aiman!! jangan pergi.Allah!!sakit!.." aku menagis,meraung,menjerit dan segala-galanya hanya menahan pedih pada lengan.
Aku separuh mengelupur di atas lantai.Menahan sakit,itu yang paling memedihkan.
Langkah Aiman terhenti.Dia memandang ke arahku kemudian memandang ke arah lelaki yang sudah jauh berlari.
"Arrgh!" Aiman keliru.Dia terus membuat keputusan untuk membantuku.
"Bella saya minta maaf..Saya tak expect benda ni berlaku.." Suara Aiman sudah pecah.
Aku menitiskan air mata sambil menggenggam erat lenganku.
"Okay sabar,Bella..tahan kejap.." Aiman kelam kabut mengeluarkan sebuah botol yang berisi air. Dia terus menyiram air itu pada lenganku untuk mengurangkan sedikit pedih.
Aku sudah terlantar di atas lantai.
Tetapi apakan daya,tidak berkesan.Kulitku sudah terlebih dahulu melecur.Asid itu pantas menghakis pada lapisan kulit.
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...