Tekak mula terasa mual.Kepala ku dengan tiba-tiba pening.Bukan pening biasa, tapi kali ni memang teruk peningnya.Seolah-olah mengambil pil hayal.
Aku terus berlari menuju ke sinki dan terus muntah.Loya di tekak memang tidak dapat digambarkan.
Aku terus tersandar di sofa sambil mengurut-urut kepala.
"Haish..apasal tiba-tiba pening kepala ni??uwek..uek." Hendak muntah tetapi sering tersekat.Itu yang paling perit.
Jadi,aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.Takut ianya akan melarat.Nak tak nak,aku terpaksa gagahkan tubuhku ini untuk bangun dan memandu kereta.
AKU bangun dari katil tersebut sebaik sahaja diperiksa oleh doktor.
"Ada apa-apa yang tak kena ke doktor?? Sebab saya tak pernah pening kepala sampai macam ni sekali." Ngadu ku.
"Ini kali pertama puan mengandungkan anak sulungkan?" Tanya doktor itu.
Aku terkejut.Anak sulung?Sewaktu itu aku terdiam seketika kerana keliru.
"Saya mengandungkan anak sulung??A..apa maksud doktor?"
Doktor itu berkerut dahi.
"Yela..saya tanya sama ada dalam kandungan puan ni anak sulung ke tidak?" Jelas lagi doktor itu.
Mataku membulat.
"Sa..sa..saya mengandungke??" Getar suaraku.
"Ya puan."
Doktor itu tersenyum.
Berderau darahku sewaktu mendengar jawapan daripada doktor itu.Aku mengandung?
Di dalam benakku hanya terlintas Adrian Sufi.Macam mana aku nak beritahu perkara ni pada dia?.Terima kah dia???Aku pun juga
terkejut dengan berita ni.Tak mungkin aku akan gugurkan anak ini.Anak dalam kandungan ku ini langsung tidak bersalah malah ia anugerah tuhan.
"No..tak mungkin aku akan gugurkan." Bisik hatiku.
Aku memegang erat perutku.Memang sayang dengan kandungan ini.
Setibanya di rumah,aku melabuhkan diri di atas sofa.Perasaan gembira dan risau menghantui diri.
"Aku dah nak jadi ibu??Huh..macam tak percaya je.." aku tersenyum sendiri.
Aku terdengar bunyi enjin kereta di halaman.Aku bingkas bangun lalu menjenguk di luar.Terlihat Ad sudah pon membuka pintu.
"A..awalnya awak balik hari ni?" Soalku menggelabah.
"Kenapa? Kau tak suka tengok muka aku dekat rumah ni? Dah meluat?"
"Bukan macam tu cuma pelik je." Aku lembut bertutur dan tidak mahu melawan perintahnya kerana tidak mahu disakiti olehnya.Jika diriku disakiti,aku tak kisah cuma yang buat aku risau anak dalam kandungan ni.
"Kau ada keluar pergi mana-mana ke?" Ad menghampiriku.
Aku samakin mengundur.
"Ta..tak saya tak pergi mana-mana pon.."
"Kau jangan nak tipu aku..tadi aku rasa enjin kereta kau panas.Baik kau cakap dengan aku sebelum aku paksa kau bercakap."
"Ya..tadi saya pergi pasar beli barang..ta.ta.tapi sekejap je.Tak lama."
Ad makin memdekatiku.
"Lain kali cakap betul-betul! Tak payah nak berputar belit! Kalau aku dapat tahu kau tipu aku,nahas kau, aku kerjakan! "
Dahiku terus ditolak olehnya sebelum berlalu pergi.Nasib baik dia tak tahu perkara sebenar.Nafas lega dilepaskan olehku.
"Perlu ke aku beritahu dia tentang kandungan ni?? Ya allah buntunya..Kalau aku beritahu dia tentu dia takkan diam.Tapi anak dalam kandungan ni darah daging dia haisss" dengusku sendiri.
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romansa|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...