Ad menapak masuk ke dalam office dengan memegang beg laptopnya di tepi.
Sewaktu itu,aku sedang menunjukkan bahagian-bahagian bagunan syarikat padanya dan mengenalkannya kepada staf yang lain.Maklumlah dia masih baharu di sini.Perlakuanku itu telah dilihat oleh Ad.
"Wow! Bukan main rancak lagi berborak..Aku ingatkan kau ni jenis yang tak suka layan lelaki tapi ternyatanya yang muda juga kau pilih..Pandai cita rasa kau!Tak sangka..kalau diri tu dah murah memang akan tetap murah lah!"
Percakapan Ad didengari oleh semua orang yang berada di situ.Masing-masing berbisik antara satu sama lain.Aiman memandangku dengan rasa bersalah.
"Apa yang awak cakap ni?Dia ni pekerja kitalah! lagi satu,Jaga mulut awak tu!" Aku mempertahankan kebenaran.
"Kau siapa nak suruh aku jaga mulut?hah?? Jawablah!!" Ad menengking.
Semua orang disitu terdiam.
"Awak dah lah masuk office lambat lepastu suka-suka nak tuduh orang.Now,nak tengking saya dekat orang ramai pulak?Awak tu bos! Awak sepatutnya beri contoh yang baik dekat staf kita! Yes..memang pangkat awak besar tapi kalau awak takde attitude yang besar pon tak gune jugak"
"Berani kau bahasakan aku dekat orang ramai? Besar pangkat kau nampak?" Ad menghampiriku..
"Saya malas nak layan awak.." aku berlalu pergi.
Tetapi Ad pantas menarik lenganku.
"Kau ni memang dah lebih ah!!" Ad menaikkan tangannya pada pipiku.
Di khalayak ramai dia menamparku.
"Woii!! Bro,kau dah lebih tau!Apasal kau nak naik tangan dengan dia? Kalau kau nak pukul,kau pukul aku tapi jangan dia!!" Aiman mencekak leher Ad.
"Wow!!Ada hero selamatkan ye? Ini kali pertama orang bawahan aku biadab dengan aku!!!Kau siapa? Besar ke pangkat kau sampai nak cekak leher aku ni?"Ad semakin membara.
Aku cuba untuk meredhakan keadaan.
"Eh sudahlah!! Aiman baik awak pergi sambung kerja awak!jangan nak masuk campur!" Walaupun hatiku berat untuk memarahi Aiman,Aku terpaksa melakukannya demi kebaikan.
Aiman terdiam sambil memandangku.
"Pergilah!! Tak faham bahasa ke?!" Aku menengkingnya lagi.
Aiman pon pergi tanpa sebarang bantahan.Ad merenungku sinis sambil berkata..
"Aku belum habis lagi dengan kau!" Dia pon berlalu pergi masuk ke dalam bilik office nya
Aku mengesat air mataku agar tidak dilihat oleh staf yang lain.
"Dah-dah..semua boleh sambung kerja balik.." arahku dengan suara yang pecah.
Aku menapak keluar dari bagunan syarikat itu.Aku duduk di bangku stesen bas untuk melepaskan sebak dan malu.
Suaraku amat serak ditambah lagi dengan sedu akibat tangisan yang teruk.Agak kuat tangisanku.Mujur sewaktu itu tiada orang.
"Saya minta maaf...disebabkan saya awak kena marah dengan bos kita tu." Seseorang sedang menyapaku.
Aku menoleh ke kiri.Ternyata,Aiman.Dia sedang duduk berhampiran denganku.
"Aiman." Aku terus mengesat air mataku.
Aiman menghulurkanku sehelai kain kecil.Aku terus mengambilnya.
"Terima kasih.." jawabku.
"Kasih diterima.."Aiman tersenyum..
Aku mengendahkan kata-katanya kerana aku menyangkakan itu hanya sekadar gurauan.
"Aiman..saya minta maaf lah sebab saya marah awak tadi..saya takde niat pon nak marah awak..awak terasa ke tadi?"
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...