BAB 37:Terakhir

28.2K 721 41
                                    

"Aku bagi kau masa dalam 5 minit untuk pack semua pakaian kau.Lepastu aku dah taknak tengok muka kau lagi"Ad tenang bertutur tanpa memandangku mahupun menjeling.

Aku masih tercengang.Adakah ini semua mimpi? masa berlalu amat pantas.Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sudah jadi sebentar tadi.

"Kau tunggu apa lagi??Aku dah taknak tengok muka kau lagi.Jijik!"Ad menapak masuk ke dalam rumah meninggalkan aku keseorangan.

AIR mataku tidak henti-henti mengalir semasa aku mengambil semua pakaianku di dalam almari.
satu persatu aku memasukkan bajuku ke dalam sebuah beg bagasi.

Setelah selesai mengemas baju, aku terlihat sekeping gambar Aku bersama Ad ketika majlis akad nikah.
Ya!pada saat itu aku amat benci padanya.Itulah orang tua-tua pesan,jangan terlalu benci dekat seseorang,nanti jatuh cinta.

Aku peluk erat gambar itu lalu terus memasukkan ke dalam beg.

Aku ke ruang tamu untuk mencari Ad.Tetapi,kelibatnya juga aku tidak lihat.Puas aku mencari merata tempat,ruang dapur pun tiada kelibat dirinya.
Benci benar dia pada aku sehinggakan tidak mahu melihat wajahku ini.Hina sangatkah aku??

Aku menapak keluar.Anak mataku terhenti pada lelaki yang duduk pada kerusi malas di koridor.Ad!.Hatiku terjerit kecil.

Aku perlahan-lahan menghampirinya walaupun terasa agak gementar dan takut.Aku tetap memberanikan diri.

"Ad, sebelum awak nak cakap apa-apa, tolong beri saya peluang untuk bercakap dahulu."Aku perlahan bersuara akan tetapi Ad tetap membelakangiku.

Ad diam.

"Sebelum saya keluar dari rumah ni, saya nak minta maaf dekat awak jikalau saya ada kekurangan atau salah silap sepanjang saya menjadi isteri awak,Saya juga manusia biasa yang tak jauh dari kesilapan."

"kau ada lagi 1 minit" jawab Ad tanpa menoleh ke arahku.

"Ya,awak bukan lelaki pertama yang saya cinta.Tapi awak lelaki yang terkini dan terakhir saya cintai.Saya akan jaga anak yang awak kata anak haram ni dengan baik.Halalkan makan minum saya sepanjang saya hidup dengan awak.Terima kasih kerana beri saya kasih sayang yang telah lama saya dahagakan.Saya sayangkan awak sangat-sangat"

satu persatu air mataku jatuh.Akhirnya aku dapat luahkan semuanya pada dia.Aku terus menyeka air mata supaya Ad tidak kedengaran suaraku teresak.

"kau boleh berambus,masa kau dah habis"

aku menarik dan menghembus nafas sedalam-dalamnya.Sukar bagiku untuk menerima perpisahan ini.Aku tiada kasih sayang ibu mahupun ayah.Aku juga tidak mempunyai adik beradik untuk bergantung kasih sayang.Aku cuma ada dia,dan kini aku hilang seorang suami.Ianya amat sakit untuk terima.

"baiklah kalau itu yang awak nak,saya akan pergi dari sini dan takkan kembali dekat awak,saya janji yang saya takkan...saya takkan jumpa awak lagi."

Suaraku teresak.

"Assalammualaikum..." Ucapku buat kali terakhir.

Aku pantas menyeka air mata yang jatuh.Kakiku terus menapak keluar dari rumah yang penuh kenangan manis mahupun pahit bersama dia.

"saya pasti saya akan merindui kenangan dalam rumah ni,Ad" Bisik hatiku yang berat untuk meninggalkan rumah itu.Aku harus terima bahawa ini Kali terakhir aku berpijak di rumah itu.
tetapi aku tetap harus pergi

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now