BAB 41:Hari Demi Hari

31.4K 728 56
                                    

Hampir seminggu Ad dan Joy bernikah tetapi mereka langsung tidak pernah tidur sebilik mahupun melakukan tanggungjawab seorang suami dan isteri. Mungkin 'Ya' bagi Joy tetapi 'tidak' bagi Ad, Dia tetap berkeras hati untuk tidak tidur sekatil bersama wanita yang sudah bergelar isterinya itu. Itulah perjanjian Ad kepada Joy apabila mereka sudah tinggal sebumbung.Memasak?? Erm..tiap-tiap hari Ad merasa makanan di luar, naik muak dibuatnya.Joy memasak??pergi ke dapur pun sekali,dua kali je seminggu.

"Sayang..I ada benda nak beritahu you ni..actually I plan nak beritahu semalam,tapi you dah tidur awal" Sapa Joy kepada suaminya yang duduk di ruang tamu sambil menghirup kopi buatan Ad sendiri.

Joy excited

"Kalau rasa benda tu tak penting,tak payah cakap..I penat,I nak rehat!" Acuh tidak acuh sahaja sahutan dari Ad.
Remote control ditekannya berkali-kali.

"You ni memang kan??langsung tak appreciate I, as your wife.. I ni bukan anak patung tau dekat rumah ni.."

Anak mata Ad terhenti pada Joy."Appreciate??kalau you tak tahu apa itu appreciate,baik you diam..I ni suami you,pernah you layan makan minum I?? sampaikan I pergi office pon,I gosok baju I sendiri.. Bila I fikir-fikir balik,baik I tak payah ada isteri!"

"Ad...you kena terima kekurangan I..and I pon terima kekurangan You. But trust me,I love you so much"Joy menyelak-nyelak anak rambut Ad yang terluncur pada dahi.

"Eh, pergi mati sama cinta kau tulah!" tangan Joy ditepis Olehnya.

Joy terkejut.Tiba-tiba sahaja mood baran Ad muncul

"hah?? Ad,how could you! kenapa you emo semacam ni??So,anak you yang I kandung ni pun pergi matilah?Ok fine!" Joy terus bangun dari sofa itu tetapi pantas sepasang tangan menarik Joy untuk kembali duduk di atas sofa itu.Ad!

Ad terbeliak.

"Apa maksud You??Anak I??"Ad pelik. Hatinya tertanya-tanya..

Joy memalingkan wajahnya dari Ad
"Apasal pulak nak tanya?? benda ni tak penting bagi you kan?"

"Joy,please bagitahu I.. you isteri I,so I berhak tahu pasal you"Ad menggenggam erat tangan Joy untuk memujuknya agar memberitahu perkara itu.
"Fine.I minta maaf,tadi I emosi sikit..Im sorry okay?"tambah Ad lagi

Joy mengukirkan senyuman di bibirnya. Hatinya berbunga-bunga apabila dipujuk oleh suaminya sendiri tanpa paksaan.

"Ok fine!..Actually I nak beritahu you yang I ...erm...I pregnant.."Joy senyum hingga menampakkan gigi taringnya sambil tangannya membuat simbol peace

Ad terdiam.Suaranya seakan-akan sukar untuk dikeluarkan.Mana mungkin anak dalam perut Joy wujud walhal dia langsung tidak menyentuh wanita itu

"NO...No!Hohohoho, Joy,sejak bila kita pernah buat benda tu padahal tidur sekatil pon tidak!No...tak mungkin!"Ad menggeleng-gelengkan kepalanya seakan-akan tidak boleh menerima fakta ini.

Joy berkerut.."Excuse me..ewahh,you dah lupa time kita kena tangkap khalwat tu??You nak I cerita balik apa yang you buat dekat I waktu tu?Yes!memang time tu you tak sedar apa yang you buat. Tapi I jadi mangsa pemuas nafsu you!"

Ad mematikan anak matanya tepat pada Joy.Dia sukar percaya perkara yang tidak pernah terlintas di fikirannya berlaku. Seolah-olah ini mimpi walhal ianya realiti.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now