"Aku tak benarkan kau gunakan anak tu untuk kepentingan kau! Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni??" Suho menarik Joy masuk ke dalam perut keretanya.
"Hei..apa kena dengan kau ni?! Aku tak menyusahkan kau pon!"
"Ya!! Memang kau tak menyusahkan aku..tapi,anak dalam kandungan tu,anak aku!!Kau tahu tak anak tu langsung tak berdosa. Kanapa kau perlu libatkan anak ni??" Suho meninggikan sedikit nada suaranya.
"Apa hak kau untuk tengking-tengking aku macam ni?? Kau bukannya suami aku!"
"Tapi aku berhak mempertahankan anak aku!!" Kali ini,Suho betul-betul berang.
"Ok fine!! Aku takkan gunakan anak ni..tapi,kau kena ingat syaratnya..sama ada aku akan gugurkan anak ni ataupun kau takkan jumpa aku dan anak kau ni lagi..."
"Apa kau merepek ni?? Dengar cakap aku! Jangan sesekali kau gugurkan dia." Suho menggengam erat tangan Joy.
"Kalau kau taknak aku gugurkan anak ni,just ikut plan aku...dan kalau Ad tanya kau pasal Bella,aku nak kau mengaku apa yang kau dah buat!" Arah Joy
"Tapi aku tak sentuh dia langsung!"
"Just follow my plan!"
Joy terus meninggalkan Suho keseorangan di dalam kereta.Hatinya amat keras dan sukar untuk dilembutkan.
"Joy...Joy!" Suho meneriak memanggil Joy.Tetapi perbuatannya hanya sia-sia.Joy langsung tidak mengundur.
"Arghh!" Stering kereta ditumbuk oleh Suho untuk melepaskan geramnya.Anak rambutnya yang tempias,diselak ke belakang.
"Hurm....aku nak buat apa eh dengan gambar ni?? Hurmm..Takkanlah aku nak delete?? Gambar ni senjata aku untuk dapatkan Ad balik.."
Joy tersenyum sinis sambil melihat gambarku bersama Suho di dalam galeri telefonnya.Gambar itu kelihatan agak seksual kerna Suho langsung tidak berbaju dan hanya mengenakan dirinya dengan seluar pendek. Manakala,aku berbaju singlet yang menampakkan lenganku serta berpelukkan bersama Suho.
"Hurm...kau tunggu jelah nasib kau,Bella..Just wait and see!!"
MALAM yang dingin bersama angin sepoi-sepoi bahasa menemani diriku di balkoni rumah.Amat seronok jika mengambil angin pada waktu begini.Tetapi,fikiranku sibuk memikirkan hal lain.Kawasan rumahku yang berumput hijau ditenung lama olehku.Lama-kelamaan,mataku menjadi sayu dan terasa mengantuk untuk lena di atas katil.Jam menunjukkan jam 11 malam,Pelik!kenapa Ad tak balik-balik lagi ni?? Dah lewat sangat ni..Biasanya waktu sebergini dah sampai rumah..hurmm
Aku masih termenung.Pelbagai perkara yang bermain di fikiranku.
Aku memegang perutku yang berlapik dengan baju.
"macam mana ka..ka..kalau aku mengandung anak suho??Allahu...tolong aku Ya Allah.."
Tiba-tiba tubuhku terasa hangat.Seperti seseorang berada di belakangku sambil memeluk.
"Sayang...kenapa tak tidur lagi ni???" Suara garau Ad muncul.
terkejut aku!
"Ermm..saya tunggu awaklah..Eh wait!!..awak panggil saya apa tadi?" Aku menoleh menghadapnya.
"Sayang...kenapa?? tak boleh ke?"
"bukan tak boleh,tapi...."
bibirku ditutup pantas olehnya.
"mulai dari hari ini, Saya dah taknak awak panggil 'saya,awak'.. " kata Ad.
"habistu nak panggil ape?"
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...